ASSALAMUALAIKA YA RASULULLAH


Berkata ummu Ma’bad: “Aku melihat seorang lelaki yang tampan dan menarik...

😘Mukanya cerah dan tingkah lakunya amat menarik. 
😘Badannya tidak terlalu kurus dan tidak pula terlalu gemuk, tetapi tampan dan mempunyai susuk tubuh yang seimbang. 
😘Matanya berwarna hitam dan bulu matanya panjang. 
😘Suaranya kuat tetapi tidak keras. 
😘Anak matanya sangat hitam dan bola matanya sangat putih.
😘Alisnya tidak terlalu terpisah dan tidak pula bercantum di antara kedua-duanya, tetapi di pisahkan oleh rerambut yang halus. 
😘Hujung bulu matanya tajam. 😘Rambutnya berwarna hitam pekat, janggutnya lebat dan lehernya jinjang”.
😘Apabila diam dia tenang dan apabila bercakap suaranya bergema seakan-akan memenuhi kawasan di sekeliling. Ucapanya seperti aliran rangkaian mutiara, lembut dan jelas. 
😘Dia tidak pendiam dan tidak pula bercakap banyak. Jika di dengar dari jarak yang jauh, suaranya lantang tetapi sedap di dengar dan jika di dengar dari jarak dekat suaranya lembut dan lunak.
😘Dia sederhana tinggi, tidak terlalu tinggi sehingga kelihatan tidak menarik, tidak pula terlalu rendah. 
😘Dia memberi kegembiraan kepada sahabat-sahabatnya dan mendapat penghormatan serta penghargaan yang tinggi daripada mereka. 
😘Para pengikutnya sentiasa menggelilinginya dan mendengar kata-katanya dengan teliti serta melaksanakan perintahnya dengan secepat yang mungkin. 
😘Dia diberi layanan dengan penuh khidmat dan di kasihi.
😘Dia bukan pemarah dan tidak bersifat kasar.” 


💖Itulah dia Nabi kita Muhammad s.a.w..💖

****************************************
KISAH NABI MUSA INGIN MENJADI 
UMMAT NABI MUHAMMAD SAW

Saya ingin mengambil satu kisah berkaitan dengan Nabi yang digelar Kalamullah (nabi yang dapat berkata kata dengan Allah SWT) iaitu nabi Musa As.

Ketika Nabi Musa ‘as bermunajat di Gunung Thursina untuk “bertemu” Allah swt, Nabi Musa as mengajukan beberapa permintaan terkait isi dalam lauh-lauh (Kitab Taurat)
yang diterimanya.

Nabi Musa as berkata, 
“Ya Tuhanku, aku melihat di lauh-lauh itu disebutkan suatu umat yang menjadi umat terbaik yang pernah terlahir ke dunia, mereka menyuruh sesamanya untuk berbuat kebaikan dan mencegah sesamanya berbuat kemungkaran. Ya Tuhanku, jadikanlah mereka itu sebagai umatku.”

Allah swt menjawab, “Itu adalah umat Muhammad.”

Nabi Musa as berkata lagi, 
“YaTuhanku, aku melihat di lauh-lauh itu disebutkan suatu umat yang menjadi umat terakhir yang diciptakan namun mereka adalah umat yang paling dahulu masuk syurga. Ya Tuhanku, jadikanlah mereka itu sebagai umatku.”

Allah swt menjawab, “Itu adalah umat Muhammad.”

Nabi Musa as berkata lagi, “Ya Tuhanku, aku melihat di lauh-lauh itu disebutkan suatu umat yang memiliki anak-anak yang sudah dapat menghafal kitab suci mereka, sedangkan umat-umat sebelum itu membaca kitab suci mereka dengan melihat. Engkau juga memberikan mereka daya hafalan yang tinggi yang tidak diberikan pada umat-umat lainnya. YaTuhanku, jadikanlah mereka itu sebagai umatku.”

Allah swt menjawab, “Itu adalah umat Muhammad.”

Nabi Musa as berkata lagi, 
“Ya Tuhanku, aku melihat di lauh-lauh itu disebutkan suatu umat yang beriman pada kitab suci yang pertama kali diturunkan hingga kitab suci yang terakhir diturunkan, mereka senantiasa memerangi kesesatan, bahkan mereka juga memerangi makhluk paling pendusta yang bermata satu (Dajjal). Ya Tuhanku, jadikanlah mereka itu sebagai umatku.”

Allah swt menjawab, “Itu adalah umat Muhammad.”

Nabi Musa as berkata lagi, 
“Ya Tuhanku, aku melihat di lauh-lauh itu disebutkan suatu umat yang dapat memakan hasil dari zakat yang dikeluarkan oleh sesama mereka, namun tetap diberi ganjaran yang berlipat-lipat. Engkau mewajibkan zakat itu pada orang-orang kaya di antara mereka dan menyalurkannya pada orang-orang miskin. Sementara ketika umat-umat lain berzakat, jika diterima maka zakat itu akan dimakan api, dan jika ditolak maka zakat itu akan dimakan haiwan buas dan burung-burung. Ya Tuhanku, jadikanlah
mereka itu sebagai umatku.”

Allah swt menjawab, “Itu adalah umat Muhammad.”

Nabi Musa as berkata lagi, “Ya Tuhanku, aku melihat di lauh-lauh itu disebutkan suatu umat yang ketika berniat untuk berbuat baik namun mereka tidak melaksanakan niat
tersebut, maka akan tertulis satu kebaikan. Dan jika mereka melaksanakan niat tersebut,
maka akan tertulis bagi mereka 10 hingga 700 kali lipat. Ya Tuhanku, jadikanlah mereka itu sebagai umatku.”

Allah SWT menjawab : "Itu adalah umat Muhammad.”

Nabi Musa as berkata lagi, “Ya Tuhanku, aku melihat di lauh-lauh itu disebutkan suatu umat yang dapat memberikan syafaat sekaligus menerima syafaat. Ya Tuhanku, jadikanlah mereka itu sebagai umatku.”

Allah SWT menjawab : "
Itu adalah umat Muhammad.”

Setelah mendengar semua itu, Nabi Musa as melemparkan lauh-lauh yang dipegangnya sambil berkata, “Ya Tuhanku, jadikanlah aku salah satu umat Muhammad.”

Allah SWT menjawab : "Aku telah memilih siapa yang akan menjadi umat terbaik ini."

Memang kita tidak meminta untuk menjadi Umat Akhir Zaman namun Allah SWT telah menentukan KITA untuk menjadi UMAT TERBAIK itu. Malahan permintaan nabi Musa ditolak oleh Allah SWT.

Sahabat yang dimuliakan Allah, 
begitu istimewanya Nabi Muhammad SAW di mata Allah SWT, sehingga Allah SWT turut mengISTIMEWAkan Umat Nabi Muhammad SAW.

Jadi, kenapa kita masih tidak ingin menjadi hambaNya yang bersyukur dan masih tegar melawan hukum2 Allah?


Sesungguhnya dunia semakin tua.

******************************************************

KEISTIMEWAAN WUDUK DAN KISAH RASULULLAH SAW MENGENAL KITA UMMATNYA

Daripada Abu Hurairah r.a. katanya, Rasulullah s.a.w. bersabda: “Sesungguhnya umatku akan diseru pada hari kiamat dalam keadaan bercahaya berseri-seri kerana kesan wudhu’. Oleh itu sesiapa daripada kamu yang mampu memanjangkan serinya maka lakukanlah”.

Melebihkan basuhan anggota wuduk bukan bermaksud berwuduk dengan menggunakan air yang banyak tetapi bermaksud melebihkan ruang basuhan : 
1) muka ke bahagian kepala
2) tangan ke atas siku
3) kaki ke atas buku lali 

Pun begitu, para ulamak berselisih pendapat tentang kadar yang mustahab. Sesetengah mengatakan membasuh tangan sehingga ke bahu, kaki sehingga ke lutut dan membasuh muka sehingga ke leher dan belakang telinga. 

Manakala sesetengah ulama yang lain mengatakan sehingga pertengahan di antara siku dengan bahu ketika membasuh tangan dan sehingga betis ketika membasuh kaki.

Buatlah semampu kita dalam melebihkan basuhan anggota wuduk tadi.

Indahnya rahmat Allah ini, seri atau cahaya pada wajah tidak hanya diperolehi dengan berwudhu’ tetapi kelebihan itu akan ditambah lagi dengan sujud kepada Allah taala sebagaimana sabda Nabi s.a.w. yang berbunyi: 
“Umatku akan memperolehi seri pada wajahnya kerana sujud dan seri pada tangan dan kaki kerana berwudhu’ pada hari kiamat”.

RASULULLAH SAW MENGENAL UMATNYA

Dalam satu riwayat, para sahabat bertanya kepada Rasulullah, bagaimanakah mungkin baginda mengenali umatnya di Mahsyar kelak di saat berjuta-juta manusia bercampur antara satu sama lain .

Lalu Rasulullah membalas " Apakah kamu mengenali seekor kuda putih yang bercampur dengan ratusan berwarna hitam?" 

Begitulah juga di Mahsyar kelak, Rasullullah akan mengenali umatnya kesan dari bekas wuduk yang bakal mengeluarkan cahaya yang memancar-mancar. 

Melihat betapa ramainya umat baginda kesan dari cahaya wuduk tersebut, maka Rasulullah memangil-manggil umatnya untuk minum di telaga nabi iaitu Al Kauthar.

Saat nabi menyeru memanggil-manggil umatnya, tiba-tiba datang malaikat menghalang manusia2 tadi ke telaga Kauthar.

Lalu baginda bertanya kepada, kenapa para malaikat menghalang umatnya untuk minum? 

Lalu malaikat menjawab : Ya, mereka umatmu tetapi selepas engkau wafat,mereka tidak melakukan apa yang engkau suruh tetapi mempertahankan apa yang engkau halang." 

Tegas Nabi saw, "Jika demikian, jauhkanlah mereka dari telagaku"

Alangkah sedihnya jika kita sudah memiliki cahaya itu tetapi keistimewaan tersebut tidak dapat kita gunakan bagi menyelamatkan diri kita daripada azab padang mahsyar ekoran kealpaan kita semasa di dunia. 

Bertaubat nasuhalah.

********************************************************

BAGAIMANA UNTUK BERTEMU DENGAN SAYYIDINA MUHAMMAD SAW

Berikut ini jawaban Habib Munzir A Musawa

Mengenai berjumpa dengan Rasul saw adalah dengan merindukan Baginda saw dan memperbanyak amalan sunnah semampunya, dan memperbanyak selawat.

Baginda saw mencintai kita dan memperhatikan kita lebih dari ayah bonda kita. Baginda saw adalah ayah roh bagi semua ummatnya, maka roh kita tetap mudah berhubungan dengan roh Baginda saw, menerusi mimpi misalnya.

Jadi, perkuat hubungan roh anda dengan roh Baginda saw dengan shalawat ini :
”Allahumma shalli alaa ruuhi sayyidina muhammadin fil arwah, wa ‘ala Jasadihi filjasad, wa alaa Qabrihi filqubuur”

(wahai Allah limpahkan selawat pada Roh Sayyidina Muhammad di alam arwah, dan limpahkan pula pada Jasadnya di alam Jasad, dan pada kuburnya di alam kubur).

Lain2 amalan :
1- perbanyaklah bersedekah pada anak yatim.
2- berbaktilah pada ibunda jika masih ada, ini adalah amalan amalan yg sangat dicintai oleh Rasul saw.
3- Jangan tidur kecuali bibir anda terus berselawat pada nabi saw.

Baginda saw akan menjumpa anda, dan yakinlah..

Saya (Habib Munzir) menyukai semua selawat, dulu saya membaca 17 jenis selawat, di antaranya selawat Syeikh Abdulqadir Al-Jailani yang panjangnya 13 halaman, namun kini saya membaca satu jenis selawat saja, yang diajarkan Rasul saw dalam mimpi pada saya, pendek saja iaitu :

“ALLAHUMMA SHALLI ALA SAYYIDINA MUHAMMAD WA ALIHI WA SHAHBIHI WASALLIM“

shalawat ini saya baca 5000X setiap harinya.

Jika anda ingin membacanya silakan, saya ijazahkan pada anda, boleh membacanya 100X, 200X atau lebih atau berapa saja semampu anda. Boleh dibaca sambil membawa kereta, di jalan, atau di manapun.

Masalah mimpi Rasul saw, saya (Habib Munzir) pernah bermimpi beliau saw dan mengadukan banyaknya orang yang rindu dengan Baginda saw namun belum jumpa dalam mimpi. Baginda saw menutup wajahnya dan menangis, seraya berkata :

"Tiada yg memisahkanku dgn mereka selain tabir qudrat, dan mereka akan jumpa dengan ku kelak".

Baginda saw sangat mengambil berat dan rindu pada ummatnya, lebih lebih yang mencintai Baginda saw, dan telah diriwayatkan pada sahih Muslim bahawa Baginda saw bersabda : “Ummatku yang paling cinta padaku adalah yang hidup setelah aku wafat, dan mereka sangat mengidam berjumpa dengan ku daripada harta dan keluarganya”.

******************************************

KISAH NABI MUSA INGIN MENJADI UMMAT NABI MUHAMMAD SAW

Saya ingin mengambil satu kisah berkaitan dengan Nabi yang digelar Kalamullah (nabi yang dapat berkata kata dengan Allah SWT) iaitu nabi Musa As.

Ketika Nabi Musa ‘as bermunajat di Gunung Thursina untuk “bertemu” Allah swt, Nabi Musa as mengajukan beberapa permintaan terkait isi dalam lauh-lauh (Kitab Taurat)
yang diterimanya.

Nabi Musa as berkata,
“Ya Tuhanku, aku melihat di lauh-lauh itu disebutkan suatu umat yang menjadi umat terbaik yang pernah terlahir ke dunia, mereka
menyuruh sesamanya untuk berbuat kebaikan dan mencegah sesamanya berbuat kemungkaran. Ya Tuhanku, jadikanlah mereka itu sebagai umatku.”

Allah swt menjawab, “Itu adalah umat Muhammad.”

Nabi Musa as berkata lagi,
“YaTuhanku, aku melihat di lauh-lauh itu disebutkan suatu umat yang menjadi umat terakhir yang diciptakan namun mereka adalah umat yang paling dahulu masuk syurga. Ya Tuhanku, jadikanlah mereka itu sebagai umatku.”

Allah swt menjawab, “Itu adalah umat Muhammad.”

Nabi Musa as berkata lagi, “Ya Tuhanku, aku melihat di lauh-lauh itu disebutkan suatu umat
yang memiliki anak-anak yang sudah dapat menghafal kitab suci mereka, sedangkan umat-umat sebelum itu membaca
kitab suci mereka dengan melihat. Engkau juga memberikan mereka daya hafalan yang tinggi yang tidak diberikan pada umat-umat lainnya. YaTuhanku, jadikanlah mereka itu
sebagai umatku.”

Allah swt menjawab, “Itu adalah umat Muhammad.”

Nabi Musa as berkata lagi,
“Ya Tuhanku, aku melihat di lauh-lauh itu disebutkan suatu umat yang beriman pada kitab suci yang pertama kali diturunkan
hingga kitab suci yang terakhir
diturunkan, mereka senantiasa memerangi kesesatan, bahkan mereka juga memerangi
makhluk paling pendusta yang bermata satu (Dajjal). Ya Tuhanku, jadikanlah mereka itu
sebagai umatku.”

Allah swt menjawab, “Itu adalah umat Muhammad.”

Nabi Musa as berkata lagi,
“Ya Tuhanku, aku melihat di lauh-lauh itu disebutkan suatu umat yang dapat memakan hasil dari zakat yang dikeluarkan oleh
sesama mereka, namun tetap diberi ganjaran yang berlipat-lipat. Engkau mewajibkan zakat
itu pada orang-orang kaya di antara mereka dan menyalurkannya pada orang-orang miskin. Sementara ketika umat-umat lain berzakat, jika diterima maka zakat itu akan
dimakan api, dan jika ditolak
maka zakat itu akan dimakan haiwan buas dan burung-burung. Ya Tuhanku, jadikanlah
mereka itu sebagai umatku.”

Allah swt menjawab, “Itu adalah umat Muhammad.”

Nabi Musa as berkata lagi, “Ya Tuhanku, aku melihat di lauh-lauh itu disebutkan suatu umat
yang ketika berniat untuk berbuat baik namun mereka tidak melaksanakan niat
tersebut, maka akan tertulis satu kebaikan. Dan jika mereka melaksanakan niat tersebut,
maka akan tertulis bagi mereka 10 hingga 700 kali lipat. Ya Tuhanku, jadikanlah mereka itu
sebagai umatku.”

Allah SWT menjawab : "Itu adalah umat Muhammad.”

Nabi Musa as berkata lagi, “Ya Tuhanku, aku melihat di lauh-lauh itu disebutkan suatu umat
yang dapat memberikan syafaat sekaligus menerima syafaat. Ya Tuhanku, jadikanlah mereka itu sebagai umatku.”

Allah SWT menjawab : "Aku telah memilih siapakah yang akan menjadi umat terbaik ini.
Itu adalah umat Muhammad.”

Setelah mendegar semua itu, Nabi Musa as melemparkan lauh-lauh yang dipegangnya
sambil berkata, “Ya Tuhanku, jadikanlah aku salah satu umat Muhammad.”

Allah SWT menjawab : "Aku telah memilih siapakah yang akan menjadi umat terbaik ini."

Memang kita tidak meminta untuk menjadi Umat Akhir Zaman itu namun Allah SWT telah menentukan KITA untuk menjadi umat terbaik itu. Malahan permintaan nabi Musa ditolak oleh Allah SWT.

Sahabat yang dimuliakan Allah, begitu istimewanya Nabi Muhammad SAW di mata Allah SWT, sehingga Allah SWT turut mengistimewakan Umat Nabi Muhammad SAW.

Jadi, kenapa kita masih tidak ingin menjadi hambaNya yang bersyukur dan masih tegar melawan hukum2 Allah?

Dunia semakin tua.

******************************************


KEUTAMAAN BERSELAWAT

Menerima selawat dari Allah swt ertinya RAHMAT dan jika ia drpd Malaikat dan selainnya, ia bererti DOA.

Nabi saw bersabda : “Barangsiapa berselawat ke atasku satu kali,nescaya Allah berselawat sepuluh kali (iaitu Allah memberi rahmat ke atasnya sepuluh rahmat)”.

Ada sahabat bertanya kpd Rasulullah saw: “Adakah yg demikian itu dgn kehadiran hati?”
Baginda saw menjawab dgn sabdanya :
“Tidak. Tetapi org yg berselawat dgn hati yg lalai pun diberikan rahmat oleh Allah seumpama bukit besarnya dan para Malaikat memohon doa agar diampunkannya. Apabila disebutkan selawat itu dgn kehadiran hati, maka tidak diketahui betapa besar kadar kurniaan rahmat ke atasnya melainkan Allah swt shj yg mengetahuinya” .

Ketahuilah bahawa segala zikir tidak diberi pahala dan tidak diterima melainkan dgn disertai dgn kehadiran hati kecuali membaca Al-Quran dan berselawat ke atas Nabi saw yg mana kedua-duanya diterima dan diberi pahala tanpa kehadiran hati.

FADHILAT SELAWAT 1000X
Nabi saw bersabda : “Barangsiapa yg berselawat ke atasku seribu(1000) kali, nescaya ia tidak mati sehinggalah dibawakan berita gembira mengenai Syurga utknya”.

FADHILAT BERSELAWAT 1X, 10X, 100X, DAN 1000X.
Sabda Nabi saw :
Barangsiapa berselawat ke atasku satu kali nescaya Allah Ta’ala berselawat ke atasnya 10 kali.
Barangsiapa berselawat ke atasku 10 kali, nescaya Allah berselawat ke atasnya 100 kali.
Barangsiapa berselawat ke atasku 100 kali, nescaya Allah berselawat ke atasnya 1000 kali.
Barangsiapa berselawat ke atasku 1000 kali, nescaya ia tidak disentuh api Neraka.

BALASAN TIDAK BERSELAWAT
Nabi saw bersabda : “Barangsiapa lalaikan dirinya dari berselawat ke atasku, maka sesungguhnya ia tersalah jalan ke Syurga”.

SELAWAT DAN SYAFAAT
Sabda Nabi saw : “Sesungguhnya manusia yg paling utama bersama-samaku pd hari Kiamat (iaitu yg paling hampir kpdku dan yg lebih berhak dgn syafaatku pd hari Kiamat) ialah yg paling banyak berselawat ke atasku di dunia di kalangan mereka”.

SELAWAT PENGHAPUS DOSA
Sabda baginda saw : "Selawat kamu ke atasku akan menghapuskan dan menghilangkan dosa-dosa kamu spt air menghapuskan api”.

SELAWAT MEMBUKA HIJAB KETIKA BERDOA
Sabda Nabi saw : “Tiada satu doa seseorg itu melainkan antaranya dan langit terdapat hijab sbg pendinding sehinggalah ia berselawat ke atasku. Apabila ia telah berselawat, maka terkoyaklah hijab itu dan doa itu pun diangkatkan ke langit iaitu diperkenankan” .

SELAWAT MENJADIKAN PELBAGAI HAJAT TERTUNAI
Sabda Nabi saw : “Barangsiapa berselawat ke atasku 100 kali dlm satu hari, maka Allah tunaikan 100 hajatnya. 70 hajat utk akhiratnya dan 30 hajat utk dunianya”.

BERSELAWAT MENERIMA DOA MALAIKAT
Nabi saw bersabda : “Jibril telah dtg kpdku dgn berkata : “Wahai Rasulullah, tiada siapa yg berselawat ke atasmu melainkan 70 ribu Malaikat berselawat ke atasnya”.

MasyaAllah betapa besarnya fadhilat berselawat. Mulai hari ini mari kita sama2 berazam untuk berselawat sebanyak banyaknya.

Allahummasolli'ala sayyidina muhammad
Wa'ala aalihi wasohbihi wasallim

100x = 5minit

Pagi
Sementara menunggu subuh = 200x
Selepas subuh = 100x
Otw ke tempat kerja = 100x

Ptg
Otw balik kerja = 100×
Selepas zuhur = 100x
Selepas asar = 100x
Selepas maghrib = 100x
Selepas isyak=100x
Sebelum tidur=100x

Total 1000x.

****************************************

:: WANGINYA RASULULLAH ::

Ketika Sayyidina 'Ali Radhiyallahu 'anhu wa Karramallahu wajhahu wa 'alaihissalam memandikan jenazah Habibuna Rasulullah Sollallahu 'alaihi Wasallam berkata sambil menangis :
" Engkau wangi di masa hidup dan ketika wafat wahai Rasulullah.. "
Karena air yg digunakan untuk memandikan Rasulullah SAW menjadi wangi, bukan air yg mewangikan jenazah beliau.. Bahkan air itu menjadi wangi setelah dipakai untuk memandikan Rasulullah SAW..

[Kutipan Tausiyah Al Marhum Habibana Munzir Al Musawa]

Anak-anak di zaman Rasulullah jika pulang ke rumah mereka, dan ibu bapa mereka menghidu bau wangi di kepala anak mereka, maka mereka tahulah bahawasanya kepala anak2 mereka telah diusap oleh Rasulullah Sollallahu 'alaihi Wasallam...

[Kalam Al-Habib Ali Zainal Abidin Al-Hamid]


1 comment:

  1. Assalamualaikum.boleh minta izin share..sy nk kredit atas nama siapa?

    ReplyDelete