Seorang anak kecil sedang bermain-main dengan tanah. Si ibu pula sedang menyediakan hidangan untuk tetamu si ayah. Juadah selesai dihidangkan menunggu tetamu yang akan tiba. Tiba-tiba si kecil itu menabur debu tanah ke atas hidangan yang tersedia.
Lalu si ibu berkata, “ Pergi kamu! Semoga Allah jadikan kamu imam kepada al-Haramayn”. Anak yang dimarahi ibunya itu sekarang sudah membesar menjadi Imam al-Haramayn iaitu Imam al-Sudaisi yang terkenal itu.~
Subhanallah! Kagumnya mendengar kisah tersebut. Begitu makbulnya ungkapan seorang ibu kepada anaknya walaupun dilafazkan dalam keadaan marah sebegitu.
Jabir r.a. melaporkan bahawa Rasullullah SAW berkata,(maksud hadis), “
Janganlah kamu mendoakan yang tidak baik untuk diri kamu, anak-anak kamu dan harta kamu kerana boleh jadi doa kamu itu bertepatan dengan waktu yang mana waktu itu doa dikabulkan sehingga apa yang kamu mohonkan juga dikabulkan.
Hadis direkod oleh Imam Muslim.
No comments:
Post a Comment