WAHAI BAKAL KETUA BIDADARI SYURGA

KISAH NASIBAH R.A

Hari itu, Nasibah sedang berada di dapur. Suaminya, Said tengah berehat di bilik tidur. Tiba-tiba terdengar suara gemuruh bagaikan gunung-gunung batu yang runtuh. Nasibah menduga, itu pasti tentera musuh. Memang, beberapa hari ini ketegangan memuncak di sekitar Gunung Uhud.

Dengan bergegas, Nasibah meninggalkan apa yang sedang dikerjakannya dan masuk ke bilik. Suaminya yang sedang tidur dengan halus dan lembut dibangunkannya. “Suamiku tersayang,” Nasibah berkata, “Aku mendengar suara aneh menuju Uhud. Barang kali orang-orang kafir telah menyerang.”

Said yang masih belum sedar sepenuhnya, tersentak. Ia menyesal, mengapa bukan ia yang mendengar suara itu. Malah isterinya. Segera ia bangun dan mengenakan pakaian perangnya. Sewaktu ia menyiapkan kuda, Nasibah menghampiri. Ia menghulurkan sebilah pedang kepada Said.

“Suamiku, bawalah pedang ini. Jangan pulang sebelum menang”

Said memandang wajah isterinya. Setelah mendengar perkataannya seperti itu, tidak pernah ada keraguan baginya untuk pergi ke medan perang. Dengan gagah dinaikinya kuda itu, lalu terdengarlah derap suara langkah kuda menuju utara. Said terus terjun ke tengah medan pertempuran yang sedang berkecamuk. Di satu sudut yang lain, Rasulullah SAW melihatnya dan tersenyum kepadanya. Senyum yang tulus itu makin mengobarkan keberanian Said saja. 

Di rumah, Nasibah duduk dengan gelisah. Anaknya, Amar yang baru berusia 15 tahun dan Saad yang dua tahun lebih muda, memperhatikan ibunya dengan pandangan cemas. Ketika itulah tiba-tiba muncul seorang penunggang kuda yang nampaknya sangat gugup.

“Ibu, salam dari Rasulullah SAW,” berkata si penunggang kuda, “Suami Ibu, Said baru sahaja gugur di medan perang. Beliau syahid…”

Nasibah tertunduk sebentar, “Inna lillah…..” ucapnya, “Suamiku telah menang perang. Terima kasih, ya ALLAH.”

Lihatlah Wahai kedua anakku , Ayahmu telah memperoleh kemenangan , dia telah menjadi Syahid, Ibu menangis bukan kerana sedih kehilangan Ayahmu Nak….tapi ibu sedih kerana tidak ada yang menggantikan ayahmu untuk berjuang bersama Rasulullah . 

Bangkitlah Amar putera tertua Nasibah bin Kaab ,  "Wahai ibu biar aku yang menggantikan posisi ayah untuk berjuang bersama Nabi Muhammad saw "

"Alhamdulillah pergilah nak….jangan kau biarkan Rasululllah terluka". 

Berangkatlah Amar bin Said bersama utusan Rasulullah dan menghadap Rasulullah SAW. 

"Wahai Rasulullah, Saya Amar putera Said akan bergabung dengan mu membela agama Allah.  Rasulullah saw memeluknya dengan rasa terharu. ” Engkau pemuda islam sejati dan Allah memberkatimu". Maka Bertempurlah Amar bin Said dengan gagahnya menghalau pasukan kafir. Hingga akhirnya Amar gugur sebagai Syahid. 

Datanglah utusan kembali  menemui Nasibah bin Ka’ab dan mengabarkan berita gugurnya Amar putra tertua Nasibah. Menitislah air mata Nasibah mendengar berita tersebut, melihat hal itu Utusan Rasulullah cuba menenangkannya . Namun Nasibah dengan tegar mengatakan “Aku menangis bukan kerana kehilangan puteraku Amar , tapi siapa lagi yang aku utus untuk membantu Rasulullah saw berperang, sedangkan putera keduaku Saad masih terlalu remaja untuk ikut berperang melawan pasukan kafir.

Mendengar itu, Saad yang tengah berada di sebelah ibunya, mencelah, “Ibu, jangan remehkan aku. Jika engkau izinkan, akan aku tunjukkan bahawa Saad adalah putera seorang ayah yang gagah berani.”

Nasibah terperanjat. Ia menatapi puteranya. “Kau tidak takut, nak?”

Saad yang sudah meloncat ke atas kudanya menggeleng yakin. Sebuah senyum terhias di wajahnya. Ketika Nasibah dengan besar hati melambaikan tangannya, Saad hilang bersama utusan itu.

Di arena pertempuran, Saad betul-betul menunjukkan kemampuannya. Pemuda berusia 13 tahun itu telah banyak menghabiskan banyak nyawa orang kafir. Hingga akhirnya tibalah saat itu, iaitu ketika sebilah anak panah menusuk di dadanya. Saad tersungkur mencium bumi dan menyeru, “ALLAHHU AKBAR!”

Kembali Rasulullah SAW menghantar utusan ke rumah Nasibah. Mendengar berita kematian itu, Nasibah meremang bulu romanya. “Hai utusan,” ujarnya, “Kau saksikan sendiri aku sudah tidak punya apa-apa lagi. Hanya masih tinggal diri yang tua ini (diriwayatkan ketika itu usianya 52 tahun). Untuk itu izinkanlah aku ikut bersamamu ke medan perang.”
Sang utusan mengerutkan keningnya. “Tapi engkau perempuan....

Nasibah tersinggung, “Engkau meremehkan aku kerana aku perempuan? Apakah perempuan tidak ingin juga masuk syurga melalui jihad?”

Nasibah tidak menunggu jawapan dari utusan tersebut. Ia bergegas saja menghadap Rasulullah dengan kuda yang ada.  Tiba di sana, Rasulullah SAW mendengarkan semua perkataan Nasibah. Setelah itu, Rasulullah pun berkata dengan senyum. “Nasibah yang dimuliakan ALLAH. Belum waktunya perempuan mengangkat senjata. Untuk sementara engkau kumpulkan saja ubat-ubatan dan rawatlah tentera yang luka-luka. Pahalanya sama dengan yang bertempur.”

Mendengar penjelasan Nabi demikian, Nasibah pun segera membawa beg ubat-ubatan dan berangkatlah ke tengah pasukan yang sedang bertempur. Dirawatnya mereka yang luka-luka dengan cermat. Pada suatu masa, ketika ia sedang menunduk memberi minum seorang perajurit muda yang luka-luka, tiba-tiba terpercik darah di rambutnya. Ia menengok. Kepala seorang tentera Islam jatuh dipancung senjata orang kafir.

Timbul kemarahan Nasibah menyaksikan kekejaman ini. Apalagi waktu dilihatnya Nabi terjatuh dari kudanya akibat keningnya terkena anak panah musuh, Nasibah tidak boleh menahan diri lagi.
Ia bangun dengan gagah berani. Diambilnya pedang perajurit yang rebah itu. Dinaiki kudanya.

Lantas bagai singa betina, ia mengamuk. Musuh banyak yang mengelak menghindarinya. Puluhan jiwa orang kafir pun tumbang. Hingga pada suatu waktu seorang kafir mengendap dari belakang, dan memancung putus lengan kirinya. Ia terjatuh terinjak-injak kuda.

Peperangan terus saja berjalan. Medan pertempuran makin menjauh, sehingga Nasibah terbaring sendirian. Tiba-tiba Ibnu Mas’ud menunggang kudanya, mengawasi kalau-kalau ada pejuang yang boleh ditolongnya. Sahabat itu, begitu melihat sekujur tubuh bergerak-gerak dengan payah, segera mendekatinya. Dipercikannya air ke muka tubuh itu. Akhirnya Ibnu Mas’ud mengenalinya

“Isteri Said kah engkau?”

Nasibah samar-samar memperhatikan penolongnya. Lalu bertanya,
“Bagaimana dengan Rasulullah? Selamatkah beliau?”
“Beliau tidak kurang suatu apapun…”
“Engkau Ibnu Mas’ud, bukan? Pinjamkan kuda dan senjatamu kepadaku….”
“Engkau masih luka parah, Nasibah….”
“Engkau mahu menghalangi aku membela Rasulullah?”

Terpaksa Ibnu Mas’ud menyerahkan kuda dan senjatanya. Dengan susah payah, Nasibah menaiki kuda itu, lalu menderapkannya menuju ke pertempuran. Banyak musuh yang dihadapinya. Namun, kerana tangannya sudah kudung, akhirnya lehernya dipancung putus. Rebahlah perempuan itu ke atas pasir. Darahnya membasahi tanah yang dicintainya.

Tiba-tiba langit berubah hitam mendung. Padahal tadinya cerah terang benderang. Pertempuran terhenti sejenak. Rasulullah kemudian berkata kepada para sahabatnya,

 “Kalian lihat langit tiba-tiba menghitam bukan? Itu adalah bayangan para malaikat yang beribu-ribu jumlahnya. Mereka berduyun-duyun menyambut kedatangan arwah Nasibah, wanita yang perkasa.".

Semoga kita dapat mengambil iktibar dari kisah yang agung ini utk meneladaninya. 


Jadikanlah hati kami seperti hati para sahabat!!!

************************************************


Sebuah kisah yang hebat di sisi Allah SWT, insan yang bernama Imam Sufyan as-Thauri.
Beliau merupakan seorang hamba Allah yang sangat soleh. Beliau beribadat dari Subuh ke Isya' di samping menulis beribu-ribu buah kitab. 

Beliau menceritakan, ketika manusia sedang berehat-rehat di dalam syurga, tiba-tiba melintas di hadapan mereka satu cahaya yang menyinar terang. Mereka sangkakan yang cahaya itu Allah SWT, namun ia adalah cahaya dari seorang wanita solehah yang semasa hidupnya SENTIASA TERSENYUM PADA SUAMINYA. Atas sebab itu dia layak menjadi penghuni syurga kerana kesolehannya.

Betapa beruntungnya wanita, hanya dengan berbakti serta taat kepada suami, mereka layak menjadi penghuni syurga .

Bisakah Para Wanita Menjaga Empat Perkara ini? :-

SOLAT
Solat adalah perkara yang paling sukar dilaksanakan oleh wanita...lebih2 lagi untuk solat di awal waktu. Wanita yang memiliki anak kecil pula, mereka terpaksa solat dalam keadaan diganggu oleh anak-anak.

PUASA
Wanita terpaksa menanggung bebanan yang berganda ketika puasa. Bagi mereka yang bergelar isteri dan ibu, mereka sentiasa bergelut dengan kerja rumah yang berterusan.

FARAJ
Menjaga kehormatan diri, menjauhi zina dan menjauhkan perhubungan dengan lelaki yang bukan mahram. 

SUAMI
Taat pada suami adalah amalan yang paling sukar bagi seorang isteri. Lagilah seandainya seorang wanita itu memiliki suami yang kurang baik akhlaknya. Sesungguhnya itu adalah ujian besar bagi mereka.

Jelasnya, melaksanakan keempat empat perkara di atas dengan sempurna bukannya mudah...kerana kesukaran itulah si isteri yang berjaya melakukannya dibenarkan oleh Allah swt untuk memasuki syurga melalui mana2 pintu yang disukainya.

*******************************************************


RASULULLAH SAW MENANGIS KERANA WANITA

Sayyidina Ali berkata: "Saya dengan Fatimah pergi menghadap Rasulullah SAW. Kami dapati beliau sedang menangis, lalu kami bertanya kepadanya, apakah yang menyebabkan ayahanda menangis, ya Rasulullah?" 

Baginda SAW menjawab: "Pada malam aku diisrak hingga ke langit, di sana aku melihat perempuan dalam keadaan amat dahsyat. Dengan sebab itu aku menangis mengenangkan azab yang diterima mereka."

Fatimah pun bertanya kepada ayahandanya: "Ayahanda yang dikasihi, beritakanlah kepada ananda, apakah kesalahan yang dilakukan oleh perempuan itu?"

Rasulullah menjawab: 
**perempuan tergantung rambutnya itu adalah perempuan yang tidak menutup rambut daripada bukan muhrimnya. 
**Perempuan tergantung lidahnya ialah perempuan yang menggunakan lidahnya untuk memaki dan menyakiti hati suaminya.
**Perempuan yang digantung susunya adalah perempuan yang menyusukan anak orang lain tanpa suaminya
**Perempuan kedua kakinya tergantung itu ialah perempuan yang keluar dari rumahnya tanpa izin suaminya.
**Perempuan tidak mau mandi setelah haid nan nifas ialah perempuan yang memakan badannya sendiri, juga kerana ia berhias untuk lelaki bukan suaminya dan suka mengumpat orang. 
**Perempuan yang memotong badannya sendiri dengan gunting api neraka kerana ia memperkenalkan dirinya kepada orang asing, bersolek dan berhias supaya kecantikannya dilihat lelaki lain. 
**Perempuan diikat kedua kakinya dan tangannya ke atas ubun-ubunnya, disuakan ular dan kala kepadanya kerana ia boleh sembahyang tetapi tidak mengerjakannya dan tidak mandi janabah. 
**Perempuan kepalanya seperti babi dan badannya seperti himar ialah ahli pengumpat dan pendusta
**Perempuan rupanya seperti anjing ialah perempuan yang suka membuat fitnah dan membenci suaminya.

Seterusnya Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Perempuan menyakit hati suami dengan lidahnya pada hari kiamat nanti Allah jadikan lidahnya sepanjang 70 hasta kemudian diikat di belakang tengkoknya." 

Usamah bin Zaid menceritakan, bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Aku berdiri di atas syurga, kebanyakan yang masuk ke dalamnya adalah golongan miskin dan orang kaya tertahan di luar pintu syurga kerana dihisab. Selain daripada itu ahli neraka diperintahkan masuk ke dalam neraka, dan aku berdiri di atas pintu neraka, ku lihat kebanyakan yang masuk ke dalam neraka adalah perempuan."

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Aku lihat api neraka, tidak pernah aku melihatnya seperti hari ini, kerana ada pemandangan yang dahsyat di dalamnya aku saksikan kebanyakan ahli neraka adalah perempuan." Rasulullah SAW ditanya, mengapa ya Rasulullah? Baginda SAW menjawab: "Perempuan mengkufurkan suaminya dan mengkufurkan ihsannya, Jika engkau membuat baik kepadanya seberapa banyak pun dia belum berpuas hati dan cukup."

Tidak takut kah kita dengan azab Allah? 
Bertaubatlah.

No comments:

Post a Comment