Imam ja’far Ash-Shadiq (sa) juga berkata:
“Malam Jumaat dan hari Jumaat mempunyai hak, maka janganlah sia-siakan kemuliaannya, jangan mengurangi ibadah, dekatkan diri kepada Allah dengan amal-amal sholeh, tinggalkan semua yang haram. Kerana di dalamnya Allah SWT melipatgandakan kebaikan, menghapus kejelekan, dan mengangkat derajat. Hari Jumaat sama dengan malamnya. Jika kamu mampu, hidupkan malam dan siangnya dengan doa dan solat. Kerana di dalamnya Allah mengutus para Malaikat ke langit dunia untuk melipatgandakan kebaikan dan menghapus keburukan, sesungguhnya Allah Maha Luas ampunan-Nya dan Maha Mulia.”
Imam Ja’far Ash-Shadiq (sa) berkata:
“Jika kalian memasuki hari Jumaat, maka janganlah kalian disibukkan oleh sesuatu selain ibadah, karena hari itu adalah hari pengampunan bagi hanba-hamba Allah; pada hari Jumaat dan malam Jumaat Allah menurunkan kepada mereka rahmat dan kurnia lebih banyak daripada mengambilnya dalam waktu yang singkat.”
Pertama:
Memperbanyak membaca tasbih, tahmid, takbir, tahlil dan shalawat kepada Nabi Muhammad SAW dan keluarganya. Keranana dalam hadis dikatakan bahawa malam Jumaat adalah malam yang mulia dan harinya adalah hari cahaya. Dalam suatu hadis dikatakan: paling sedikitnya membaca selawat 100 kali, lebih banyak lebih utama.
Kedua:
Membaca Yasin
Ketiga :
Membaca Surah Al Kahfi sepenuhnya atau semampunya.
Keempat :
Berqiamullai dan perbanyakkan doa.
Kelima :
Perbanyakkan sedekah
No comments:
Post a Comment