MUHASABAH DIRI

JANGAN RASA LAYAK MASUK SYURGA

"Tuan2…
Tidak ada jalan selamat untuk kita, melainkan saya dan tuan2 menghitung kecuaian masing2…

Waktu kita solat..CUAINYA KITA…
KALAU TIDAK KERANA ALLAH TAALA BERLEBIH KURANG DENGAN KITA, SEMBAHYANG SAYA..SEMUA ALLAH TOLAK..

Tuan2 tau apa yang Allah perintahkan kepada kita??

وَمَا أُمِرُوا إِلَّا لِيَعْبُدُوا اللَّهَ مُخْلِصِينَ لَهُ الدِّينَِ

"…kamu semua tidak diperintahkan melainkan ikhlas beragama kepada Allah."(Surah Albayyinah : ayat 5)

ٌ فَمَن كَانَ يَرْجُو لِقَاءَ رَبِّهِ فَلْيَعْمَلْ عَمَلًا صَالِحًا وَلَا يُشْرِكْ بِعِبَادَةِ رَبِّهِ أَحَدًا

"…siapa yang ingin bertemu dengan Allah..maka beramal soleh…dan jangan menyengutukan Allah dengan sesuatu."
(Surah Alkahfi : ayat 110)

Dia akan sampai kepada Allah..

Tuan2…
Allah Taala bila memerintahkan membuat satu amalan, Allah datangkan dengan syaratnya..Allah datangkan dengan adabnya supaya kita dpt kerjakannya dgn sempurna.

Kita diajar dalam solat maghrib 3 rakaat,isyak 4 rakaat..Bermula dari angkat takbir, kita diajar untuk kita terus ingat Allah.

Cuba tuan2 lihat bagaimana kita membatalkan syarat dan adabnya ..Sebaik saja kita angkat takbir..SELURUH DUNIA MASUK KE DALAM OTAK KITA..
…Ia jauh lebih hebat dari dunia internet..dunia google,.
Rupanya otak kita ketika solat..lagi dahsyat..

Tuan2 lihat dalam tempoh 10 minit..
ALLAHU AKHBAR(takbiratul ihram)...apa benda nak masuk?

SEMUA MASUK!!!!

SEMUA KITA BERKIRA2 DAN BERCERITA!!!

Sehingga tempoh waktu solat itu menjadi tempoh berkhayal yang LUAR BIASA !!!

Kalau Allah pandang(kira) benda tu semua tuan2,tak ada satu pun amalan kita Allah terima...

Kita dapati ibadat kita..
…saya dan tuan2…
Terlalu banyak perlanggaran adab…perlanggaran syarat,.TIADA KESEMPURNAAN.

Dalam urusan dunia tuan2…alhamdulillah tak ada perlanggaran adab..!!

KERANA APA???
Kerana bila kita mula berurusan dengan agama…maka syaitan datang mengganggu kita...
Bila sembahyang..haa dia ingat balik..
"Anak kunci kereta letak kat manaaa???"

Ingat…tadi pengerusi dah bagi pengumuman.,ada orang selongkar beg,.."Haa…mana beg aku!!"

Tuan2…SEMUANYA DATANG!!!

"Lepas ni nak makan apa???"
Pikir.,kedai mana aku nak pegi…

Ertinya waktu yg kita patut mencari Allah : KITA MENCARI KEDAI MAKAN..

Dalam sembahyang dia cari kedai makan..
DALAM SOLAT DIA MENCARI MENU!!!!

YANG DICARINYA DALAM SOLAT,SEMUA DUNIA, SEMUA DICARI……MELAINKAN ALLAH..

TETAPI ALLAH TAALA BERLEBIH KURANG DENGAN KITA..

Tuan2,…
…kalau Allah Taala tak lebih kurang dengan kita…takde seorang pun masuk syurga..

Inilag pengakuan Rasulullah SAW sendiri!!!

Baginda SAW menyatakan :
"Tidak ada seorang masuk syurga dengan amalannya…"

Sahabat kata :
"Adakah tuan juga ya rasulullah??"

Baginga jawab :
" Bahkan aku juga…melainkan kerana Allah meliputi aku dengan rahmat dan kurniaanNya.,maka aku masuk syurga..."

Tuan…kalau ikut amalan kita...SIAPA LAYAK???

Hatta saya dah sebut daripada awal tadi..Kalau saya sujud dari mula kita kenal Allah...mula kita baligh sampai saya mati...(sentiasa)dalam sujud..itupun BELUM BERBALOI DENGAN SYURGA YANG ALLAH NAK BERI PADA SAYA…

KERANA SYURGA YANG ALLAH NAK BAGI NI TUAN2,…KEKAL ABADI…!!!

Walhal saya ibadat 20 tahun,30 tahun…40 tahun…Sementelah(apatah lagi) saya tak beribadat banyak tu..

Saya hanya beribadat 1 hari : 1 jam…itu nilai ibadat saya…

1 hari : 1 jam je…

Tuan2 tengok..
Yang lain kita sibuk urusan perut kita…urusan periuk nasi kita…urusan otak kita…seksual kita…kepuasan nafsu…

UNTUK ALLAH????????

Cuba Kira…
Zohor : Berapa minit?
Asar : Berapa minit?

Kira2 semua…baca Quran…menuntut ilmu…Letaklah 3 jam…

3 JAM KAMU NAK SYURGA???

WALHAL UNTUK DUNIA…KAMU BERI 21 JAM…!!!!!!!

TIDUR JE DAH 8 JAM…!!!!
Tu belum cerita tidur dalam kuliah!!!!Haa…!!!…dalam kuliah…asyik kene je…
Itu biasalah…itu standard biasa dlm kuliah..

Tuan2…
Bayangkan… kita beri hak tidur lebih banyak daripada hak mengenang Allah…Tiba2 kita rasa :
"Saya layak syurga.."

LAYAK IKUT MANA???
TAK LAYAK!!!!!
SAPA KATA LAYAK???

Tuan2…
Tidur 8 jam dan ibadat 3 jam…lalu kata layak syurga???

Kalaulah kita kata kita dekat dengan Allah…Kita tanya diri kita balik..
"Awak ibadat berapa jam?
= 3 jam.
Tidur ???
= 8 jam.
BORAK KOSONG?

Tapi kalau kata : "Saya ibadat 8 jam…tidur sejam…"...Ok, nampak rasional…tapi itu pun…belum layak.

Ertinya…kalau orang…dia claim bahawa dia sudah layak ahli syurga…kita cuma tanya tidur je…
…kita belum tanya khusyuk dia!!!

Haa khusuk lagi JAHANAM!!!
Kita cuma tanya tidur banyak mana…

Dikisahkan seorang ulama…dia bernazar tak mahu tidur!!!
Pun dia masih rasa dia tak layak apa2 kerana bila orang ikhlas, Allah lupakan dia dengan amal dia sehingga dia rasa seperti tak buat apa2, seperti dia kosong ibadah!!!

Macam orang kaya…kenapa dia nak jadi kaya lagi…sebab dia rasa masih belum kaya!!! Tuan2 lihat orang kaya makin kaya dia kuat kerja! makin kaya makin sibuk!!! Sepatutnya bila dah kaya tak sibuklah. Rupanya makin sibuk! Sebab apa??
: Untuk dia jadi kaya lagi…

Orang ahli ibadat pun sama!!
Bila dia beribadat,dia rasa :
"Ibadat saya tak banyak…" jadi dia akan terus nak beribadat…
Seperti dia baru mulakan harinya…seperti dia baru mulakan ibadat…kerana apa ?
= kerana dia tak ingat…dia rasa tak ada apa2…kerana dia bimbang…dan kerana sebagaimana kata Hasan Al Basri :

"Sebab kita tidak tahu…amalan mana yang Allah terima"..Kalau kita tau : ok la.

Tuan2, solat kita semalam,konfem ke Allah terima??? Kita tidak pasti…
Kita harap Allah terima…nabi SAW tak bagitau kepastian itu…

Nabi SAW cuma kata buatlah ibadat, ketaatan..semoga Allah beri kamu kebaikan.

Maka kita mesti terus berusaha beribadat kerana kita tidak tahu ibadat mana yang Allah terima.

Kita juga tak tahu, MATI SAYA DALAM ISLAM ATAU TIDAK...

Kerana syarat untuk diterima semua ibadat : mesti MATI DALAM ISLAM…
SIAPA BOLEH MENJAMIN DIA BOLEH MATI DALAM ISLAM???

Jadi, kita mesti berdoa kepada Allah kerana bila2 masa Allah boleh palingkan hati kita. Bila Allah Taala berfirman :
"Jangan kamu mati melainkan dalam keadaan islam…"

Kenapa Allah kata begitu tuan2…
…supaya kita mengambil kira bagaimana kita mati… ISLAM atau TIDAK!!!

Sebagaimana tuan2 mengambil kira bagaimana nak hidup!!!

Saya macamana nak hidup esok???
Esok nak gi keje pukul berapa…nak simpan duit banyak mana…anak saya nak bagi makan apa???

Demikian kita perlu berfikir bagaimana saya mati esok…ISLAMKAH SAYA?
MASA SAYA MATI TU DAH SOLAT SUBUH KE BELUM?
DAH SOLAT ZOHOR KE BELUM?

SAYA PERLU BERFIKIR BEGITU!
Supaya islam saya tegak atas 2 sebab ini…Maka saya tidak boleh berhenti ibadat.

Yang pertama : saya tidak tahu ibadat manakah yang Allah Taala terima.

Yang kedua : saya tidak tahu bagaimanakah kesudahan mati saya.

Saya bimbang bila saya berhenti beribadat…Allah palingkan hati saya…kemudian saya mati sebaliknya… "Wal'iya zubillah…"

Semoga tidak berlaku…
Kebimbangan itu menyebabkan saya terus beribadat…dan saya tidak pandang hari semalam. Hari semalam kira dah habis…kita pandang HARI NI…!!!

Kerana kematian kita tuan2… bukan semalam…HARI NI! KEMATIAN KITA HARI NI!!!!

MUNGKIN SEKEJAP LAGI…
MUNGKIN BEBERAPA MINIT LAGI…!!!

Maka untuk hari ini saya perlu terus beribadat kepada Allah…saya terus berzikir kepada Allah.…semoga saya mati dalam berzikir…saya mati dalam taat…saya mati dalam INGAT ALLAH…!!!

MAKA KETIKA ITULAH TUAN2…
BARULAH SAYA RASA LAYAK UNTUK MENDAPATKAN KEMURAHAN ALLAH SUBHAANAHU WATAALA…"

~ wallahu a'lam bissowaab ~

: ustaz Mat Esa Deraman
: kuliah "sharah hikam"
: 11/05/14 @ madrasah al bararah


No comments:

Post a Comment