Soalan :
Ustaz, saya dulu2 jahil..banyak tinggal solat. Perlu ke saya qadha' semuanya atau hanya bertaubat sahaja?
Ustaz Azhar Idrus.
Bukang mung sorang, aku pong jahil gok dulu.
Ye jumhur 4 mazhab mengatakan wajib qadha'. Jika kita tak tahu bilangan solat yg ditinggalkan, sampai bila nak qadha'? . Kita qadha banyak2...misalnya qadha utk 4tahun atau lebihkan lagi..nanti bila dah cukup, akan diterbitkan rasa dlm hati kita bhw ianya dah cukup. Mana2 qadha' yg terlebih, akan ditukar kpd pahala sedeqah.
****************
Jadi, bagi yg dulu2nya ada meninggalkn solat, mulai hari ini...berazamlah utk buat SOLAT QADHA' kerana ia dikira hutang dgn Allah yg wajib kita lunaskan.
Selepas kematian kita, waktu untuk mengerjakannya sudah tamat. Oleh itu, bersiap sedialah kita untuk menanggung azab dan seksaan kerana lalai, cuai, abai dan leka untuk mengerjakannya semasa hidup dahulu.
Wallahu 'Alam.
******************************************
5 Gangguan Syaitaan Semasa Solat👇
1. Was- Was Semasa Takbiratul Ihram
Saat mulai membaca takbiratul ihram “Allahu Akbar” , ia ragu apakah takbir yang dilakukannya itu sudah sah atau belum sah. Sehingga ada yang mengulanginya lagi dengan membaca takbir. Peristiwa itu terus menerus terulang, terkadang sampai imamnya hampir rukuk.
Ibnul Qayyim berkata, “Termasuk tipu daya syaitan yang banyak menggangu mereka adalah was-was dalam ber-suci (berwudhu) dan niat atau semasa takbiratul ihram dalam solat”.
2. Tidak Khusyuk Ketika Membaca Bacaan Dalam Solat
Sahabat Rasulullah SAW Iaitu Uthman bin Abil Ash datang kepada Rasulullah dan mengadu,
“Wahai Rasulullah, sesungguhnya syaitan telah hadir dalam solatku dan membuat bacaanku salah”.
Rasulullah SAW menjawab, “Itulah syaitan yang disebut dengan Khinzib. Apabila kamu merasakan kehadirannya, maka meludahlah ke kiri tiga kali dan berlindunglah kepada Allah SWT. Aku pun melakukan hal itu dan Allah SWT menghilangkan gangguan itu dariku”. (HR. Muslim)
3. Lupa Jumlah Rakaat Yang Telah Di kerjakan
Abu Hurairah r.a berkata,
“Sesungguhnya Rasulullah SAW telah bersabda, “Jika salahseorang dari kalian solat, syaitan akan datang kepadanya untuk menggodanya sampai ia tidak tahu be-rapa rakaat yang ia telah lakukan. Apabila salah seorang dari kalian mengalami hal itu, hendaklah ia sujud dua kali (sujud sahwi) semasa masih duduk dan sebelum salam, setelah itu baru mengucapkan salam”. (HR Bukhari dan Muslim)
4. Hadirnya Fikiran yang Mengganggu
Abu Hurairah r.a berkata,
“Rasulullah SAW bersabda, “Apabila dikumandangkan azan solat, syaitan akan berlari sambil terkentut-kentut sampai ia tidak mendengar suara azan tersebut. Apabila muazin telah selesai azan, ia kembali lagi. Dan jika iqamah dikumandangkan ia berlari. Apabila telah selesai iqamah, dia kem-bali lagi. Ia akan selalu bersama orang yang solat seraya berkata kepadan-ya, ingatlah apa yang tadinya tidak kamu ingat! Sehingga orang tersebut tidak tahu berapa rakaat ia solat”. (HR Bukhari)
5. Tergesa-Gesa Untuk Menyelesaikan Solat
Ibnul Qayyim berkata, “Sesungguhnya tergesa-gesa itu datangnya dari syaitan, karena tergesa-gesa adalah sifat gegabah, yang menghalangi seseorang untuk hati-hati, tenang dan santun serta meletakkan sesuatu pada tempatnya.” Tentu saja bila solat dalam keadaan tergesa-gesa, maka cara pelaksanaannya asal boleh. Asal boleh mengerjakan, asal selesai dan asal jadi. Tidak ada ketenangan atau tukmaninah. Pada zaman Rasulullah SAW ada orang solat dengan tergesa-gesa. Akhirnya Rasulullah SAW memerintahkannya untuk mengulanginya lagi karena solat yang telah ia kerjakan belum sah.
Rasulullah SAW bersabda kepadanya
“Apabila kamu solat, bertakbirlah (takbiratul ihram). Lalu bacalah dari Al-Qur‟an yang mudah bagimu, lalu rukuklah sampai kamu benar-benar rukuk, lalu bangkitlah dari rukuk sampai kamu tegak berdiri, kemudian sujud-lah sampai kamu benar-benar sujud dan lakukanlah hal itu dalam setiap rakaat solatmu”. (HR Bukhari dan Muslim)
*****************************************
MELEWATKAN SOLAT
Ada beberapa keadaan yang dibenarkan untuk seseorang itu melewatkan solatnya seperti berikut:
1. Solat Zohor, dikala waktu panas terik yang bersangatan. Sehinggakan panas terik itu menghalang orang untuk datang ke masjid mendirikan solat jemaah. Ditunggu hingga panas itu berkurangan lalu didirikan solat tersebut.
2. Solat Isyak, jika ada majlis ilmu atau majlis zikir maka dilewatkannya. Ataupun berkira-kira untuk tidur sebentar dan bangun semula mengerjakan solat Isyak berserta tahajjud. Namun sebahagian besar ulamak memilih keutamaan solat Isyak di awal waktu.
3. Apabila makanan sudah terhidang dan pada masa yang sama solat hendak didirikan, maka Rasulullah menganjurkan yang makanan itu diselesaikan dahulu. Kemudian baru bersolat.
4. Bila bertemu keadaan kehendak membuang air kecil dan air besar sebelum takbiratul ihram, maka didahulukan perkara mendatang itu sehingga selesai dan berwudhuk kembali. Jika sudah takbiratulihram, haramlah dia memutuskan solatnya kecuali kehendak itu jika tidak diselesaikan boleh mendatang mudharat, maka di waktu itu, bolehlah dia memberhentikan solatnya.
5. Seseorang dalam keadaan mengantuk yang bersangatan dilarang oleh Rasulullah untuk mendirikan solat. Dia boleh tidur sekejap sekira-kira hilang mengantuknya dan kemudian dirikan solat. Dibimbangi jika dia bersembahyang dalam keadaan mengantuk, dia tidak tahu apa yang dia ucapkan di dalam sembahyangnya.
“Tunjangkanlah resah mu di dada SOLAT, Himpunkan perit mu di genggaman DOA, Tutupi kekecewaan mu dgn keTAQWAan dan Nilaikan kesucian hati mu dengan keIKHLASAN hati.”
******************************************
Bermula dari malam, dia terdetik untuk berpuasa sunat, malaikat pun mula mencatit pahala azamnya itu. Kemudian dia berniat dengan ada rasa kesungguhan, malaikat pun mencatit pahalanya. Dia pun bangun sahur, malaikat mencatit amalan sahurnya. Apabila menjelang fajr, bermulalah puasanya, malaikat pun mencatit lagi amal ibadahnya. Menjelang petang, dia update status di FB "petang ni nak berbuka puasa dengan hubby".. maka hancur semua semua yg dicatit oleh malaikat dari semalam. Rugi kerana masih ada sifat untuk menunjuk dalam amal sunnah.
Untuk perkara wajib, war-warkan. Untuk perkara sunat, sembunyi-sembunyikan kerana ikhlas itu ibarat mencari semut hitam di atas batu hitam dan pada malam hari yang sangat gelap. Wallahua'lam..
Ustaz Uthman Daud
************************************************
JURNAL INSPIRASI
Tips dpd Prof Muhaya. Setiap pagi kita perlu buat satu jurnal ttg apa yg kita akan buat arini dari segi ibadah n sikap. List yg kita nak cuba capai tu mestilah sesuai dgn kita. Jurnal setiap org tak sama. Ini sbgai contoh saje :
PENINGKATAN IBADAH
1. Solat Awal waktu
2. Solat rawatib 10 rakaat
3. Solat Dhuha
4. Pagi : al waqiah n Yaseen
5. Pg/ptg : zikir 300
6. Pg/ptg : selawat 100
7. Lps zuhur/Asar : Tadabbur 2 m/s al Quran
7. Lps maghrib : Fadhilat Amal bersama keluarga
8. Lps isyak : as sajadah n al mulk
9. Sblum tidur :
- selawat 100
- zikir fatimah
- bacaan al kursi
PERUBAHAN SIKAP
1. Sentiasa Redha
2. Sentiasa senyum dgn suami n anak
* Pada waktu mlm sblum tidur kita check jurnal harian kita ni brp byk yg tercapai. Jika ada yg lom capai, cari sebab nape xboleh capai n usaha lagi utk capai pd esoknya.
* Jurnal sebegini blh juga kita aplikasi utk anak. Belikan dia diari yg cantik n ajar dia buat jurnal kehidupan pd hari itu n seterusnya jadikan ia kebiasaan.
* Jurnal ibadah utk anak seharusnya hampir sama dgn jurnal ibadah kita kerana anak akan jadikan kita sbg ROLE MODEL. cuma ada tambahan utk MASA BELAJAR.
Sbgai cadangan, kita boleh download SIMPLE CHECKLIST spt gambar utk memudahkan kita menyediakan Jurnal Inspirasi tersebut.
Pls share . Semoga bermanfaat.
******************************************************
SABAR ITU KUNCI SYURGA
Pada suatu hari, serombongan fakir miskin daripada golongan Muhajirin datang mengeluh kepada Rasulullah SAW, lalu berkata: “Ya Rasulullah! Orang kaya mengaut dan membolot semua pahala sehingga mereka mencapai darjat yang paling tinggi.”
Lantas Rasulullah SAW bertanya: “Mengapa kamu berkata demikian?” Ujar mereka: “Mereka menunaikan solat seperti kami bersolat, mereka pun berpuasa seperti kami berpuasa, mereka bersedekah sedangkan kami tidak bersedekah, dan mereka pula memerdekakan hamba, pada hal kami tidak memiliki kemampuan untuk berbuat demikian.”
Selepas mendengar keluhan golongan fakir miskin tadi, Rasulullah SAW bersabda: “Mahukah aku ajarkan kepada kamu amal perbuatan yang dapat mengejar dan mengatasi mereka dan tidak ada seorang pun yang lebih utama daripada kamu, kecuali orang yang berbuat seperti perbuatan kamu itu?” Jawab mereka dengan bersemangat: “Sudah tentulah, Ya Rasulullah. Kemudian Nabi SAW berkata lagi: “Bacalah Subhanallah, Alhamdulillah dan Allahu Akbar sebanyak 33 kali sesudah selesai solat kamu.
Selepas menerima pesanan Rasulullah SAW, mereka pun pulang ke rumah masing-masing dan terus melaksanakannya. Tidak lama kemudian, golongan fakir miskin pun datang kembali menghadap Rasulullah SAW sambil merintih: “Ya Rasulullah! Saudara kami orang kaya mendengar dan melihat perbuatan kami, lalu mereka pun berbuat seperti perbuatan kami. Maka Rasulullah SAW bersabda: “Kurnia Allah SWT diberikan kepada sesiapa yang Dia kehendaki.” (Riwayat Bukhari)
Subhanallah, satu kesah yang hebat. Pertembungan antara sahabat yang kaya dan miskin ketika itu bukan kerana hasad dan takbur. Namun kerana ibadah dan jihad. Perlumbaan untuk sama-sama merebut cinta Allah.
Si miskin ‘cemburu’ kerana si kaya dapat merebut lebih banyak pahala. Sedangkan si kaya bukan sahaja tidak takbur, malah terus bersaing dengan si miskin dalam memburu pahala dan redha Allah.
p/s
Wahai si miskin...Kalahkanlah si kaya itu dengan SABAR mu!! Sesungguhnya Sabar itu Kunci Syurga.
****************************************************
TIDUR JUGA DIKIRA IBADAH
Kalaulah seseorang tu tidur 8 jam sehari,bermakna
Jika sebelum tidur,anda berwudhu dan tidur dalam keadaan berwudhuk..berm
Bermakna, 20 tahun waktu tidur anda dlm 60 tahun kehidupan anda itu, di sisi الله akn dikira 20 tahun anda sibuk beribadat....
Dan jika anda sebar-sebarkan serta sampai sampaikan hal ini kepada org lain,maka sebanyak mana org yg beramal dengannya kelak, kesemua pahala mereka akan ALLAH berikan juga 100% kepada anda tanpa dikurangi sedikitpun pahala mereka.
Oleh itu, ayuh!sebarkanla
****************************************
CARA RAWAT STRESS DAN MALAS BERIBADAH
Berikut saya nak kongsikan apa yang Penceramah bebas Dr Fatma cadangkan...cara2 dan tips mudah nak melawan atau menjauhkn dari gangguan syaitan yg punca stress, kemurungan, malas beribadah.
Setiap apa yg kita lakukan...mulakan dgn A'UZUBILLAHIMINASH SYAITONNIRROJIM....syaitan lari bila dgr kita sebut ni.
Amalkan membaca 3 Qul (surah Al-Ikhlas, Al-Falaq dan An-Nas) sebanyak 3x selepas subuh dan selepas maghrib.
Amal ayat kursi. Syaitan menangis bila dgr kita baca.
Amalkan membaca "Lailahaillahllah wahdahula syarikala lahulmulkuwalahul hamduyuhyiyayumitu wahuwa a'la qullisyai 'in qadir"
-amalkan selepas Subuh 100x, dalam 15 minit je.. ni ialah zikir yang paling syaitan takut....mcm knie terang maksudnya kat atas tadi.
Sentiasa berwuduk kerana selama berwuduk...kita dibawah doa malaikat.
Kawal mata - syaitan masuk dari mata.. "dari mata jatuh ke hati"- dari mata la akan merasuk atau menggagu hati kita.. misalnya kita nampak sesuatu yang tak elok, kita akan prasangka macam2,fikir yang bukan2..
Perlu memilih kawan - kadang2 kawan2 kita adalah syaitan.. kawan2 adalah pengaruh yg kuat ke arah keburukan. Doa supaya diberikan kwn2 yg soleh.
Solat - solat wajib tu dah tentu mesti..berusaha utk solat di awal waktu... amalkan tahajud dan qiyamulail...Bila kita bersolat, kita bercakap dengan Allah.. bila kita mengaji Al-Quran, Allah bercerita kepada kita.
Taubat - sentiasa bertaubat dengan hati yang ikhlas, Insyallah syitan tidak akan ganggu.
Syaitan boleh mengganggu hamba2 Nya tetapi bila seseorang hamba itu telah bertaubat dgn ikhlas.. maka InsyaAllah sucikan dia dari segala dosa2 yg lalu. Bila kita dah kurang dosa....hati akan semakin tenang. Byk dosa punca hati resah gelisah dan susah berubah.
Jgn terasa dgn statement 'kita byk dosa' sb sbgai manusia mmg kita xdpt lari dpd melakukn dosa....beza kita dgn org lain hy lah taubat.
Org yg byk bertaubat akan dicintai Allah berbnding org yg ego utk minta ampun dgn Allah.....
♡Lagi Petua dari Beliau:
1) lepas solat Isya' ambil air satu gelas
2) baca Al-Fatihah sekali
3) baca ayat Kursi sekali
4) baca Surah Al-Waqiah ayat 35-38 sebanyak 7 kali
5) tiup dalam air dan niatkan untuk kecantikan diri dan kebahagiaan rumah tangga.
♡Bila hati bercelaru dan tak tenang...tarik nafas dalam2..lepas tu zikir..Insyallah hati akan tenang.. ataupun baca apa2 surah dari Al-Quran dan tarik nafas dalam2 dan hembus perlahan2.. InsyaAllah hati kita akan tenang.
♡Pesanan untuk isteri :
Jangan sibuk cari kesalahan suami. Fokuslah mencari kebaikan suami sebanyak-banyaknya. Tengok kekurangan suami sbgai ladang pahala utk kita.
♡Kata Saidina Ali r.a; "kalau orang sibuk membetulkan kesilapan diri, dia tidak ada masa mencari kesilapan orang lain....."
Subhanallah...Alhamdulillah...Allahuakhbar..laailahaillallah....semoga perkongsian ini memberi mnfaat.
*****************************************
JADUAL IBADAH IBADAH PAGI
4.00 AM
*Bangun tidur
*Bersihkan diri
4.15 AM
-Solat tahajjud 2-4rakaat
-Solat Taubat 2rakaat
Zikir : istighfar 100x
Doa taubat
-Solat Hajat 2 rakaat
Selawat
Lain2 Zikir
Doa apa2 hajat.
5.00 AM
Tadabbur Al Quran sekurang-kurangnya 1 helai.
5.15 AM
Istighfar sebanyak yang mampu.
5.30 AM
Persiapan utk ke tempat kerja bg yg bekerja/menyiapkan keperluan anak2.
Di awal pagi/Sebelum zuhur, cari masa untuk :
1. Zikir
2. Selawat
3. Baca al mathurat
2. Solat dhuha 2-4rakaat
😘semoga bermnfaat.
*****************************************
JADUAL IBADAH SEPANJANG PETANG
Zuhur
- Solat Sunat Qobliyah Zuhur
- Solat Zuhur
- Wirid selepas solat (rujuk buku wirid)
- Solat Sunat Ba'diyah Zuhur
- Tambahan ibadah lain, sesuaikan dgn masa sendiri cth : Selawat Nabi 500x, mendengar tazkirah di youtube, menziarahi orang sakit, berhubung (mengeratkan sillaturrahim) dengan ibubapa/adik beradik/sahabat.
Asar
- Solat Sunat Asar
- Solat Asar
- Wirid selepas solat (rujuk buku wirid)
- Baca Al Mathurat
- Baca Zikir Petang
*Subhanallahiwabihamdih 100x
*Astaghfirullahal azhim wa atu bu ilaih 100x
*Subhanallah walhamdulillah walaa ila haillallah Allahuakbar 100x
****************************************
AMALAN SEBELUM TIDUR.
PESAN RASULLAH SAW:
Ya Aisyah jangan engkau tidur sebelum melakukan empat perkara, yaitu :
1. Sebelum khatam Al Qur'an,
2. Sebelum membuat para nabi memberimu syafaat di hari akhir,
3. Sebelum para muslim meredhai kamu,
4. Sebelum kau laksanakan haji dan umrah....
Bertanya Aisyah :
"Ya Rasulullah.. .. Bagaimana aku dapat melaksanakan empat perkara seketika?"
Rasul tersenyum dan bersabda, bacalah :
Al Ikhlas 3x seakan-akan kau mengkhatamkan seluruh Al Qur'an.
Bismillaahirrohmaanirrohiim,
Qulhualloohu ahad
Alloohussomad
lam yalid walam yuulad
walam yakul lahuu kufuwan ahad (3x)
Bacalah selawat untukKu dan para nabi sebelum aku, maka kami semua akan memberi syafaat di hari kiamat.
Bismillaahirrohmaanirrohiim,
Allahumma shollii 'alaa syaidinaa Muhammad, wa'alaa aalihi, wa sohbihi wasallim ( 3x atau seeloknya 100x)
Beristighfarlah untuk para muslimin maka mereka akan meredhaimu
"Astaghfirullahalazim li wali waa lidaiya, jami il muslimina wal muslimat, wal mukminin na wal mukminat, al ahya immin hum wal amwat "
Dan, perbanyaklah bertasbih, bertahmid, bertakbir maka seakan-akankamu telah melaksanakan ibadah haji dan umrah
Subhanallah 33x
Alhamdulillah 33x
Allahuakbar 34
* tasbih fatimah ini disyorkan diamalkan setiap kali selepas solat fardu dan sebelum tidur mlm.
SIMPULAN SYAITAN
Semasa kita tidur, Syaitan mengikat di atas kepala kita dengan tiga simpulan. Pada setiap simpulan ia berkata: `Masih jauh malam, maka tidurlah.'
Maka apabila kita bangun dan berzikir, maka terlepas satu simpulan, jika berwudhu terlepas simpulan kedua, kemudian jika sembahyang terlepas semua simpulan itu , sehingga berpagi-pagi tangkas riang gembira dan lapang dada. Kalau tidak, maka ia sempit dada dan malas. (Bukhari, Muslim)
Hai anak, jangan-jangan bapa ayam itu lebih cerdik daripada engkau, yang mana ia mengalun-alunkan suaranya di waktu sahur sedangkan engkau nyenyak tidur. (Lukmanul Hakim)
****************************************
APAKAH AMAL IBADAH PALING UTAMA?
Dalam keadaan semangat berkobar-kobar untuk beribadah, pastinya kita ada tertanya-tanya tentang ibadah apa yang bersesuaian dikerjakan pada ketika itu. InsyaAllah, di sini moga ditemukan jawapannya.
BERGANTUNG KEPADA WAKTU
Pada bulan Ramadhan :
1. Qiyammulai
2. Bersedekah
Pada bulan Muharram dan Sya'ban : Lebihkan berpuasa berbanding ibadah lain.
Ketika menjelang subuh (waktu sahur) : Lebihkan solat dan istighfar memohon ampun.
Ketika mendengarkan azan : membalas ucapan azan tersebut lebih utama daripada membaca quran/berzikir dll.
BERGANTUNG KEPADA TEMPAT
Ada beberapa tempat , yang jika dilakukan ibadah di situ, akan mendapatkan pahala dan keutamaan yang lebih besar dibandingkan jika dilakukan di tempat lain.
1. Solat di Masjidil Haram, setara dengan 100,000 solat di tempat lainnya.
2. Solat di Masjid Nabawi, setara dengan 1,000 sollat di tempat lainnya.
3. Solat di Masjid Aqsha, setara dengan 500 kali solat di tempat lainnya.
SOLAT DI RUMAH
Solat yang paling utama dilakukan di masjid adalah SOLAT WAJIB.
Bagi SOLAT SUNAT,yang paling utama adalah jika dillakukan di RUMAH.
BERGANTUNG PADA JENIS IBADAH
Ketika ingin melakukan sesuatu ibadah, agar ibadah ini lebih mendapat kecintaan Allah, perhalusi keutamaannya ini :
1. Lakukan solat terlebih dahulu kerana Solat lebih utama membaca Al Quran
2. Sebelum berzikir, bacalah Quran terlebih dahulu kerana membaca Al Quran lebih utama.
3. Zikir pula lebih utama daripada sedekah
* Atas sebab ini, orang miskin yang tidak mampu bersedekah seperti orang kaya, nabi suruh banyakkan zikir kerana itu akan dapat menyaingi pahalanya
* Namun keutamaan sedekah pula, ia boleh menjadi pendinding daripada api neraka.
BERDASARKAN KESELESAAN DAN KESULITAN
Kelompok manusia yang dicintai dan dikagumi oleh Allah SWT :
1. Seseorang yang mempunyai isteri cantik dan peraduan yang nyaman nan indah, kemudian ia bangun di waktu malam untuk beribadah. Terhadap orang tersebut Allah SWT berkata: "dia meninggalkan syahwatnya untuk beribadah kepada-Ku, padahal jika ia mau ia dapat terus menikmati tidurnya."
2. Orang yang sedang berada dalam perjalanan bersama rombongan, kemudian ia tidak tidur malam kecuali sedikit, dan ia isi akhir malamnya dengan ibadah.
BERDASARKAN SITUASI DIRI
1. Bagi orang kaya yang kedekut, sedekahnya dengan kerelaan hatinya itu lebih utama baginya dibandingkan qiyamullail dan berpuasa sunat di siang hari.
2. Orang yang berpengetahuan, yang mengetahui sunnah Nabi, ilmu halal-haram, dan ilmu tentang mana yang baik dan mana yang tercela menurut agama: baginya bergaul dengan manusia, mengajarkan dan memberi nasihat dalam agama, itu lebih utama daripada menghabiskan waktunya untuk solat, membaca Al Qur'an dan bertasbih (para Daei/pendakwah)
TAMBAHAN
1. Amal ibadah yang paling utama bagi orang yang jahil :
Menanam dulu rasa takut kepada Allah SWT sebelum melakukan ibadah2 lain.
2. Amal ibadah yang paling utama bagi orang yang putus harapan dari rahmat Allah SWT : menumbuhkan sikap pengharapan kepada-Nya.
3. Amal yang paling utama saat kedatangan tetamu:
melayani dan menemuinya, dibandingkan wirid.
4. Amal ibadah yang paling utama saat membantu orang yang ditimpa kesulitan:
memfokuskan diri untuk membantunya dan menolongnya, dan mementingkan hal itu dibandingkan wirid dan khalwatnya.
5. Amal ibadah yang paling utama saat seorang muslim sakit adalah:
Menziarahinya
6. Amal ibadah yang paling utama saat kematian:
Menyaksikan jenazahnya
Tazkirah ini dipetik berdasarkah hadis-hadis nabi saw, minta maaf perawinya tidak dinyatakan di sini .
boleh rujuk : http://media.isnet.org/islam/gapai/IbadahUtama.html
No comments:
Post a Comment