Daripada Abu Hurairah RA ia berkata, Rasulullah bersabda : “ Apabila kalian memohon kepada Allah SWT maka mohonlah kepada-Nya syurga Firdaus, kerana sesungguhnya Firdaus adalah syurga yang paling baik dan yang paling tinggi. Di atasnya adalah ‘Arasy dan daripadanya memancar sungai-sungai syurga.” Diriwayatkan oleh Bukhori.
MEMBENTUK ANAK SOLEH/SOLEHAH
Kita sbgai ibubapa jgn terlalu ego utk tidak memaafkan anak...
Jgn sesekali kita menjd penyebab anak2 tidak dinaungi rahmat Allah...
Tipsnya, jika kita ada terasa hati dgn anak, jangan sibuk nk pertahankan ego atau memperajakan sikap mudah berkecil hati...dekati anak n terushulur tgn n suruh anak minta maaf...cth, sambil kita hulur tgn kita cakap : "sekarang minta maaf dgn umi n lain kali dgn buat gitu lagi".
Tiada anak yg takkan jadi lembut hati n terharu dgn sikap lembut kita ini. Sikap mulia ini juga akan dicontohinya dlm mndidik anak2nya pula.
Perlakuan anak2 adalah cermin diri kita.
******************************************************
BEBERAPA PANDUAN MENDIDIK ANAK SOLEH SOLEHAH
Salah satu amalan yang tidak terputus pahalanya, sekalipun kita telah meninggalkan dunia, adalah doa “ANAK-ANAK YANG SOLEH DAN SOLEHAH”
Berikut adalah beberapa tips sebagai panduan:-
1] Biasakan anak kita bangun pada waktu subuh
Contoh: Sejak usia masih kecil, ajaklah ia sholat subuh bersama atau berjamaah di rumah atau mesjid... KALAU TIDAK DIBIASAKAN, NANTI MEREKA SUSAH HENDAK BANGUN SUBUH.
2] Sediakan persekitaran dan pendidikan yang Islami
Contoh: sejak dari awal masukkan anak kita dalam Tadika Islam, mengikuti program cuti sekolah yang berunsurkan Islam, dsbg.
3] Berikan teladan, bukan hanya perintah
Contoh: jangan hanya menyuruh ia belajar mengaji atau solat, namun kita sendiri tidak melakukannya ATAU menyuruh anak jangan merokok, tetapi kita sendiri rajin merokok.
4] Ajak anak kita untuk mengunjungi masjid secara tetap.
Contoh: secara rutin, ajaklah anak kita untuk berjemaah di masjid
5] Perkenalkan batasan aurat sejak dari awal
Contoh: Jika sejak awal kita biasakan anak perempuan kita menggunakan tudung, maka bila dewasa, ia akan merasa tidak selesa jika tidak bertudung
6] Biasakan anak kita untuk selalu membawa kelengkapan solat, terutama untuk anak perempuan, ketika dalam perjalanan....
7] Kurangkan anak kita dalam mendengar musik-musik tidak Islamik. Sebaliknya, banyakkan anak kita untuk mendengar ayat-ayat Al-Quran atau nasyid. UMPAMANYA, SEMASA DALAM PERJALANAN BERKERETA, mainkan CD atau ‘tape’ Al Quran
8] Buatlah jadual menonton TV dan dampingi anak ketika menonton. Jauhkan anak dari tontonan yang tidak mengandung unsur pendidikan, seperti: sinetron, film seram, film khayalan, khurafat, dan lain-lain.
9] Ajarkan nilai-nilai Islam secara langsung.
Sampaikan nilai-nilai Islam yang kita kuasai kepada anak kita, dalam usrah bersama anak2, atau selepas setiap kali solat berjemaah.
10] Jadilah sahabat setia baginya.
Jadikan ia selesa untuk menjadikan kita tempat curahan hati yang utama, sehingga kita akan selalu mengetahui masalahnya.
11] Ciptakan suasana hangat dan harmonis dalam keluarga...
Jika keluarga tidak lagi terasa hangat baginya, anak akan mencarinya di tempat lain. SEBULAN sekali atau dua kali, ajak keluarga makan di luar, sambil solat berjemaah di masjid2 di bandar. DUA BULAN SEKALI bawa keluarga berkelah di pantai atau tempat-tempat peranginan.
12] Lakukan semua tips di atas dengan bijak, sabar dan konsisten (istiqomah).
Jangan terburu-buru, jangan guna kekerasan, dan hindari sikap emosional yang dapat membuat anak sakit hati atau jauh hati.
13] BANYAKKAN BERDOA kepada ALLAH S.W.T.
~memohon bantuan dan pertolonganNya, dalam usaha kita itu.
Semoga panduan ini dapat membantu kita menjadi IBU BAPA yang baik bagi anak kita, dan mengajaknya bersama-sama masuk ke dalam surga-Nya yang kekal abadi... Amin.
******************************************
ANAK SAHAM AKHIRAT
Dari dulu kita asyik diserapkan dengan kata-kata,
"belajarlah rajin-rajin..nanti dapat masuk U...keluar dapat kerja bagus..hidup pun senang..."
Mengejar kesenangan dunia itu nampaknya menjadi matlamat hampir setiap orang dalam mencorakkan pendidikan anak-anak.
Di peringkat sekolah rendah dan menengah, sedayanya, ibubapa akan berusaha supaya anak2 mendapat A dalam setiap subject di sekolah.
Dalam masa yang sama, adakah para ibubapa juga berusaha supaya :
* anak-anak solat dengan sempurna dan mencintai masjid.
* anak-anak membaca quran dengan tajwid yang betul dan rajin mentadabbur
* anak-anak mengamalkan sunnah2 Rasulullah dalam segala aspek kehidupan?
Tahniah diucapkan jika anda ibubapa yang memandang anak sebagai saham akhirat.
Ali bin Abi Thalib berkata “Dunia akan pergi meninggalkan, sedangkan akhirat akan datang , dan masing masing dari keduanya mempunyai anak-anak, maka jadilah mereka anak-anak akhirat. Dan janganlah jadikan mereka anak-anak dunia, kerana sesungguhnya hari ini (dunia) adalah hari amal, bukan hari hisab (akhirat). Sedangkan esok adalah hari hisab, bukan hari amal “
(HR Bukhari )
Bermaksud, dunia ini hanya sementara sahaja, tiba masa kita akan pergi meninggalkannya menuju ke alam akhirat yang kekal. Oleh itu semasa di dunia, lebihkanlah amalan. Mendidik anak-anak juga adalah ibadah. Jadi didiklah anak-anak bagi persediaan akhirat yang kekal.
Dunia sudah terlalu tua. 1400 tahun dulu umur dunia diibarat perempuan tuan yang Orang yang bijak akan nampak anak-anaknya sebagai saham akhirat untuknya maka menjadikan anak-anak hafiz dan hafizah merupakan matlamat utama kena anak2 ini akan menarik 10 ahli keluarganya ke syurga bersamanya.
Mulai sekarang tukarlah persepsi kita dalam mencorakkan masa depan anak2.
******************************************
WAJIB BACA
KENAPA PENTINGNYA JADIKAN ANAK SEORANG HAFIZ AL QURAN ?
Hazrat Mu'az al Johani r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah saw bersabda : "Sesiapa yang membaca al Quran dan beramal dengannya maka kedua-dua ibubapanya akan dipakaikan mahkota pada hari kiamat yang sinaran mahkota itu akan melebihi cahaya matahari..."
Sekiranya begini hebatnya manfaat yang diperolehi oleh seseorang daripada amalan orang lain, maka ganjaran orang yang mengerjakan amalan itu sendiri sudah pastinya lebih hebat lagi.
Manakala Hazrat Hakim r.h telah meriwayatkan daripada Hazrat Buraidah r.a tentang sabda Rasulullah saw, " Seseorang yang membaca dan beramal dengan Al Quran akan dipakaikan mahkota daripada Nur (cahaya) dan ibubapanya dipakaikan dengan sepasang pakaian yang nilai pakaian itu tidak boleh ditandingi dengan nilai seluruh dunia. Mereka akan berkata, "Wahai Allah, untuk balasan apakah kami diberikan pakaian ini ?" Akan dikatakan kepada mereka, "Pakaian ini adalah ganjaran untuk bacaan Al Quran oleh anakmu".
MENGAJAR ANAK MEMBACA AL QURAN
Dinukilkan dalam kitab Jami'ul-Fawaid daripada Thabrani r.h bahawa Hazrat Anas r.a telah meriwayatkan satu sabda Rasulullah saw, " Sesiapa yang mengajar anaknya membaca Al Quran, maka segala dosanya yang lalu dan yang akan dating akan diampunkan dan sesiapa yang menjadikan anaknya hafiz al Quran akan dibangkitkan di hari kiamat dengan cahaya wajahnya seperti bulan purnama dan akan dikatakan kepada anaknya, "Mulakan bacaanmu". Apabila anak itu membaca satu ayat, maka satu darjat ibu bapa akan ditinggikan dan demikianlah sehingga keseluruhan ayat Al Quran itu selesai dibaca."
IBUBAPA MENJAWAB PERTANYAAN ALLAH
Sekiranya ibu bapa tidak mengajarkan agama kepada anak-anak mereka kerana mementingkan dunia, anda terpaksa menjawab soalan-soalan daripada Allah swt.
Kenapa agaknya anda lebih utamakan pendidikan untuk kepentingan dunia berbanding pendidikan untuk kepentingan akhirat?
Pastinya kerana anda khuatir, sekiranya anak anda dijadikan sebagai seorang Hafiz atau Alim, mereka akan hanya bergelar Lebai di masjid-masjid sahaja. Atas alasan ini, anda telah menghindarkan anak-anak anda daripada menjadi hafiz Al Quran. Ingatlah bahawa anda bukan sahaja mendedahkan anak-anak anda kepada siksaan yang kekal bahkan anda juga turut akan menanggung penghisaban yang lagi berat.
"Setiap daripada kamu adalah pengembala (penjaga) dan akan ditanya di atas pengembalaannya (penjagaannya)". Maksud hadis ini, setiap orang akan ditanya tentang agama yang telah diajar kepada orang di bawah jagaannya".
Ringkasnya, jika anda memberikan didikan agama yang sesempurna mungkin kepada anak anda, anda akan terlepas daripada tanggungjawab di akhirat nanti. Sepanjang hayatnya, sebanyak mana amalan baiknya, istighfarnya, mak itu semua akan menjadi asbab pada peningkatan darjat anda. Namun jika kerana lebih utamakan dunia anda menjauhkannya daripada ajaran agama, anda akan menanggung musibah di atas perbuatan anda itu. Buku catatan amal anda juga akan diisi dengan segala kelakuan buruk, maksiat, dosa yang dilakukan oleh anak anda. Demi nama Allah, kasihanilah diri sendiri!
API TIDAK MEMBAKAR AL QURAN
Hazrat Uqbah bin Amir r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah saw bersabda,"Jika Al Quran itu dimasukkan ke dalam kulit dan kemudian dicampakkan ke dalam api nescaya kulit itu tidak akan terbakar."
Hadis ini bermaksud bahawa, jika seseorang hafiz al Quran dimasukkan ke dalam neraka disebabkan sesuatu dosa, maka api neraka tidak dapat membakarnya hatta menyentuhnya pun tidak. MasyaAllah.
ANAK HAFIZ MENGELUARKAN 10 PENDOSA DARIPADA NERAKA
Hazrat Ali r.a berkata, Rasulullah saw bersabda,"Sesiapa menghafaz dan mengamalkan Al Quran akan dimasukkan ke dalam syurga oleh Allah swt dan Allah swt akan menerima syafaatnya untuk SEPULUH orang daripada ahli rumahnya yang kesemua mereka asalnya telah wajib memasuki neraka" SUBHANALLAH..
Oleh itu, mereka yang inginkan keselamatan daripada api neraka tetapi mereka sendiri tidak hafiz dan tidak dapat mengingati Al Quran, sepatutnya berusaha bersungguh-sungguh menjadikan salah seorang daripada ahli keluarga mereka seorang HAFIZ. Melalui keberkatan hafiz tersebut, mereka juga akan terpelihara daripada seksaan akibatan amalan-amalan mereka yang buruk.
Betapa besar nikmat Allah swt ke atas dirinya, bapanya, bapa saudaranya, dan datuknya, sama ada sebelah bapa atau ibunya.
Rasulullah saw bersabda, " Belajarlah dan bacalah Al Quran kerana sesungguhnya perumpamaan bagi orang yang mempelajari Al Quran kemudian membaca dan terus membacanya dalam solat tahajud adalah seumpama satu bekas yang penuh dengan kasturi. Bau kasturi yang Wangi ini merebak ke setiap penjuru tempat. Sementara seseorang yang belajar Al Quran kemudian tidur, sedangkan Al Quran berada dalam hatinya adalah umpama bekas yang penuh dengan kasturi tetapi mulut bekas itu tertutup".
Maksudnya, seorang anak yang hafiz akan memakmurkan seluruh rumah dengan cahaya kerohanian dan keberkatan hatta ketika ia tidur/lalai, mestipun orang lain tidak mendapat keberkatan daripadanya namun hatinya masih umpama kasturi.
Tanamkan tekad "1 Rumah 1 Hafiz"
******************************************
BERBAKTI PADA IBU....jalan ke syurga Allah.
Dalam sebuah riwayat diterangkan:
Dari Ibnu Abbas bahwasanya seseorang mendatanginya lalu berkata:
"aku meminang wanita, tapi ia enggan menikah denganku. Dan ia dipinang orang lain lalu ia menerimanya. Maka aku cemburu kepadanya lantas aku membunuhnya. Apakah aku masih boleh bertaubat?"
Ibnu Abbas berkata:
"apakah ibumu masih hidup?"
Ia menjawab:
"tidak"
Ibnu Abbas berkata:
"bertaubatlah kepada Allah ‘Azza wa Jalla dan dekatkanlah dirimu kepadaNya semampumu"
Atho’ bin Yasar berkata:
"maka aku pergi menanyakan kepada Ibnu Abbas kenapa engkau tanyakan tentang kehidupan ibunya? "
Maka beliau berkata:
"Aku tidak mengetahui amalan yang paling mendekatkan diri kepada Allah ta’ala selain berbakti kepada ibu"
(Hadits ini dikeluarkan juga oleh Al Baihaqy di Syu’abul Iman (7313), dan Syaikh Al Albany menshahihkannya, lihat As Shohihah (2799))
Pada hadits di atas dijelaskan bahwasanya berbuat baik kepada ibu adalah ibadah yang sangat agung, bahkan dengan berbakti kepada ibu diharapkan dapat membantu taubat seseorang diterima Allah ta’ala. Seperti dalam riwayat di atas, seseorang yang melakukan dosa sangat besar iaitu membunuh, ketika ia bertanya kepada Ibnu Abbas, apakah ia masih boleh bertaubat, Ibnu Abbas bertanya apakah ia mempunyai seorang ibu, kerana menurut beliau berbakti atau berbuat baik kepada ibu adalah amalan paling dicintai Allah sebagaimana sebagaimana membunuh adalah termasuk dosa yang dibenci Allah.
Berbuat baik kepada ibu adalah amal soleh yang sangat bermanfa’at untuk menghapuskan dosa-dosa. Ini bererti berbakti kepada ibu merupakan jalan untuk ke syurga Allah swt.
******************************************
Subscribe to:
Posts (Atom)
No comments:
Post a Comment