DAKWAH

DALAM BERDAKWAH...ALLAH MELIHAT USAHA, BUKANNYA HASIL.

Kita sering melihat pelangi yang indah. Kita juga selalu memerhatikan kecantikan bintang-bintang yang bergemerlapan. Bahkan suatu ketika dahulu, kita sentiasa mengimpikan untuk menggapai pelangi dan bebintang dikala kita menatap dan merenungnya. Malangnya, ciptaan ALLAH SWT itu bukanlah sesuatu yang dicipta untuk dicapai dengan tangan, tapi sekadar untuk disentuh oleh pandangan mata dan dikaji menggunakan akal dan hati.

Demikian halnya dengan dakwah. Dakwah adalah satu tugas yang sukar. Asalnya ia adalah tugas para rasul Allah. Justeru, pelbagai rintangan akan ditempuhi oleh para du’at.

Antaranya, kurangnya sambutan manusia di atas dakwah yang dibawa oleh mereka. Justeru, janganlah kita merasa kecewa di atas kurangnya penerimaan ini kerana bukan kita orang pertama yang menghadapi masalah ini, tetapi ia pernah terjadi pada para rasul terdahulu.

SALAH FAHAM DALAM BERDAKWAH

Hal ini membetulkan beberapa salah faham yang menjalar di kalangan kebanyakan pendakwah iaitu ganjaran bagi dakwah itu bergantung kepada kesan dakwah. Sekiranya berjayanya dakwah dilihat dari segi hasilannya nescaya para anbiya a.s dikira gagal di dalam dakwah mereka. Ini kerana, terdapat dikalangan mereka yang hanya dapat ‘menarik’ sedikit sahaja di kalangan manusia untuk menyertai dakwah mereka.

Ini dapat dilihat pada dakwah yang dilakukan oleh Nabi Nuh a.s yang telah menyeru kaumnya selama 950 tahun. Firman Allah swt yang bermaksudnya :

“Dan sesungguhnya Kami telah mengutus Nabi Nuh kepada kaumnya, maka tinggalah ia dalam kalangan mereka selama sembilan ratus lima puluh tahun; akhirnya mereka dibinasakan oleh taufan sedang mereka berkeadaan zalim (dengan kufur derhaka).” (Surah Al-Ankabut : 14)

Walaupun dengan jangka masa yang lama ini, hanya sedikit sahaja dikalangan kaumnya yang beriman. Firman Allah swt :

Maksudnya :
(Nabi Nuh terus bekerja) sehingga apabila datang hukum Kami untuk membinasakan mereka dan air memancut-mancut dari muka bumi (yang menandakan kedatangan taufan), Kami berfirman kepada Nabi Nuh: "Bawalah dalam bahtera itu dua dari tiap-tiap sejenis haiwan (jantan dan betina), dan bawalah ahlimu kecuali orang yang telah ditetapkan hukuman azab atasnya (disebabkan kekufurannya) , juga bawalah orang-orang beriman". dan tidak ada orang-orang yang beriman yang turut bersama-samanya, melainkan sedikit sahaja (Surah Hud : 40) .

Ibnu Abbas telah berkata :
Ketika mana Nabi s.a.w dibangkitkan nanti, ada nabi-nabi yang berjalan dengan baginda, dan bersama mereka satu kaum, dan juga nabi-nabi yang hanya ada satu rahd ( الرهط) – iaitu antara 3-10 orang. (Malah), ada diantara mereka yang langsung tidak mempunyai pengikut walaupun seorang pun. (Hadis riwayat Imam Tarmizi, Hadis Hasan Sahih)

Oleh itu, Allah swt telah menyuruh Nabi saw untuk keluar berdakwah tanpa mengharapkan hasilannya. Firman Allah swt :
“Oleh itu, jika mereka berpaling ingkar, maka Kami tidak mengutusmu (Wahai Muhammad) sebagai Pengawas terhadap mereka; tugasmu tidak lain hanyalah menyampaikan (Apa Yang diperintahkan kepadamu)”. (Surah Asy-Syura : 48)

“  . . dan Rasul Allah hanyalah bertanggungjawab menyampaikan perintah-perintah Allah Dengan penjelasan yang terang nyata". (Surah An-Nur : 54)

HIDAYAH DI TANGAN ALLAH

Dan adapun berkenaan dengan hidayah, ia berada di dalam genggaman Allah swt. Firman Allah swt :

Maksudnya :
“ Sesungguhnya Engkau (Wahai Muhammad) tidak berkuasa memberi hidayah petunjuk kepada sesiapa Yang Engkau kasihi (supaya ia menerima Islam), tetapi Allah jualah yang berkuasa memberi hidayah petunjuk kepada sesiapa yang dikehendakiNya; dan Dia lah jua yang lebih mengetahui akan orang-orang yang (ada persediaan untuk) mendapat hidayah petunjuk.”
(Surah Al-Qashash : 56)

JANGAN TERTEKAN KETIKA BERDAKWAH.

Sedarlah bahawa tiada desakan atau tekanan pada diri, jika ada di antara manusia yang menolak dakwah ini atau tiada siapa yang menyambutnya. Sesungguhnya, Allah swt telah menghilangkan tekanan dari nabi-Nya, dan hanya membebani baginda dengan apa yang dia mampu sahaja. Firman Allah swt yang bermaksud:
“Tidaklah engkau diwajibkan (Wahai Muhammad) menjadikan mereka mendapat petunjuk (kerana kewajipanmu hanya menyampaikan petunjuk), akan tetapi Allah jualah Yang memberi petunjuk (dengan memberi taufik) kepada sesiapa Yang dikehendakiNya.” (Surah Al-Baqarah : 272)

Firman Allah swt lagi dalam Al Quran yang bermaksud:

“Maka Jangan-jangan pula Engkau (Wahai Muhammad), membinasakan dirimu disebabkan menanggung dukacita terhadap kesan-kesan perbuatan buruk mereka, jika mereka enggan beriman kepada keterangan Al-Quran ini.” (Surah Al-Kahfi : 6):

Jadi ayat-ayat di atas tadi membuatkan hati Nabi saw menjadi lapang, kerana baginda telah berusaha untuk menyampaikan kebaikan dan hidayah kepada kaum musyrikin, tetapi mereka telah memekakkan telinga mereka dan membutakan mata mereka (dari menerima dan mendengar dakwah baginda saw).
Dan adapun hati yang sensitif itu akan merasa sedih jika melihat manusia meraung-raung di dalam neraka. Begitu jugalah halnya dengan Nabi saw.

Begitu jugalah dengan para du’at di kalangan umat Nabi Muhammad saw. Mereka tidak perlu rasa bersalah jika tidak mampu memberikan hidayah kepada manusia, atau jika mereka tidak menyambut dakwah selepas para du’at mengerahkan sepenuh tenaga yang ada. Ini kerana, Allah tidak akan membebani manusia melainkan di atas kemampuan mereka.

Oleh itu, para daie-daie jangan jadikan penerimaan dakwah sebagai syarat untuk terus kekal di atas jalan dakwah. Sesungguhnya Al-Quran Al-Karim telah menegaskan bahawa tiadanya hubungkait antara dakwah dan penerimaan manusia.

Pun begitu, bukanlah bermaksud para du’at tidak perlu berusaha keras dan menggunakan sebaik-baik cara dan wasilah dakwah, tetapi perlu mahir dalam seni berdakwah itu sendiri.

RASULULLAH SAW MODEL TERULUNG

Rasulullah s.a.w bersabda,
‘‘Percakapan orang yang berakal muncul dari balik hati nuraninya. Maka ketika hendak berbicara, terlebih dahulu ia kembali pada nuraninya. Apabila ada manfaat baginya, dia harus bercakap dan apabila ia boleh mendatangkan keburukan,maka dia hendaklah tidak melafazkannya. Sesungguhnya hati orang yang bodoh berada di mulut, ia berbicara sesuai apa sahaja yang dia mahukan’’.

Itulah dia antara uslub Rasulullah menegur dan berdakwah kepada orang lain.
Lalu mengapa kita sering ketepikan tips-tips yang diajarkan oleh Rasulullah s.a.w?
Kenapa kita sering ‘berkasar’ ketika menegur saudara-saudari kita sesama muslim?

Gunakan budaya menegur sebagai perantaraan untuk menambah kawan dan taulan bukan untuk mencari musuh dan pergaduhan.Yelah menegur tu perkara baik jadi kenapa perlu disakiti hati orang lain? cuba fikir sejenak adakah dia akan berubah jika begitu cara kita?

Hidayah itu milik Allah.

Wallahu’alam.

RUJUKAN

Qowaidud Dakwah ila Allah oleh Dr. Hammam Abdul Rahim, terjemahan oleh Naqib Hamdan (Mahasiswa Universiti Al Azhar Mesir)

******************************************

Ramaikan yang hanya nak jadi muslim yang biasa-biasa....

statement ni bunyinya agak keras 👉THERE'S ISLAM BUT THERE'S NO MUSLIM..

Nak bukti,
cuba tengok sekeliling..
kita wanita, jadi kita tengok wanita dulu....
berapa ramai wanita Islam kita yang benar-benar memahami makna menutup aurat seperti yang disyariatkan?

Perempuan free hair..
Perempuan pakai baju ketat2..

Si lelakinya...
Selesa dengan short n "bermuda" paras lutut...

Anak-anak kecil...
Digayakan si ibu ala-ala artis...seksi!

Sedihhh....

Teringat kata2 Rasulullah,
" Muslim itu ialah yang menyelamatkan muslim yang lain menggunakan lidah dan tangannya "

Tapi ape yg saye buat bile nampak saudara seIslam yg lain tidak menuju jalan ke syurga??

Saye biarkan..saye x selamatkan..
Am I still a Muslim in your eyes ya Allah? ya Rasulallah??

Muslim itu mengucap dua kalimah
syahadah..berapa ramai yang benar2 mengotakan pengertian syahadah yang diucapkan??

Muslim itu yang menunaikan solat 5 waktu sehari semalam..berapa ramai lagi yang kantoi solat 5 waktu??
Still berani mengaku MUSLIM..

Brape ramai yg solatnye di awal waktu?
Brape ramai yg btul2 faham ape yg dibaca dalam solat tu?
Faham makna al fatihah?
Part ni pun kite x lepas..ape ntah lagi pasal solat2 yg lain..
SOLAT JAMA', SOLAT QASAR, SOLAT KHAUF,SOLAT WAKTU SAKIT..kalau org tanye..kite boleh jawab?

Muslim tu yg membayar zakat..berapa ramai still tahan harta utk bayar zakat?
Brape ramai yg btol2 faham zakat tu ape? Brape rmai yg boleh explain ape tu zakat??

Muslim tu yg berpuasa pada bulan Ramadhan..
Brape ramai yg liat nak puasa?
Brape ramai yang faham yang puasa itu bukan setakat menahan lapar dan dahaga??
Brape ramai yang marah anak tak puasa tapi ok bila anak tak solat??
Bile orang tanye lebih2..kite terdiam..suruh pegi refer ustaz, ustazah..

Mengaku ISLAM..rukun Islam x lepas..
Muslim tu mengerjakan haji bile mampu..
Berapa ramai yg dapat duit mendahulukan vacation ke tempat lain drpd pegi haji?
Brape ramai tau perihal haji Rasulullah?
Brape ramai tau haji ni ape sbnarnya?
Brape ramai dpt explain pasal haji kalau org tanye?

Kite sibuk menjangkau ilmu2 lain..
ILMU TENTANG RUKUN ISLAM PUN KITE TAK LEPAS..

Kat Quran disebut..Muslim itu org yg
bertawakkal kat Allah..org yg berharap kat Allah..
Brape ramai yg meletakkan harapan kat
manusia?
Berape ramai yg frust bila pakai produk kecantikan tapi produk tu tak cantikkan kulit mukanya?
Brape ramai yg berharap duit dpt membahagiakan hidupnya?
Ramai..
Sedar tak yang segala hal takkan berlaku tanpa izin Allah...

Nak jadi Muslim yg baik pun kite x lepas..apentah lagi nak jadi Mu'min..MUHSIN? Allahhh....x tau
bile..

Still ramai lagi yg bermentaliti nak jadi MUSLIM yg biasa2 je..

Kite lupa..kite kat akhir zaman..macam2 ujian datang..

sahabat, iman yg biasa2 x dapat selamatkan kita..

DUNIA SEKARANG MEMANG KEJAM
DENGAN MUSLIM..TAPI INGAT..BUKAN SENGAJA ALLAH CIPTAKAN KITA KAT ZAMAN NI..KITA MAMPU..SEBAB TU ALLAH IZINKAN KITA HIDUP DI ZAMAN FITNAH NI..Hatta nabi Musa pun jeles dengan kita..ummat akhir zaman yang terpilih.

Tapi sedar tak..kite belum lagi the real Muslim..kerana orang yang sedar itu dia bertindak..
Orang yang sekadar tahu..dia hanya berdiam diri..
Kekuatan bukan ditunggu..tapi dicari..
Ilmu juga bukan ditunggu..tapi dicari..

JANGAN RASA SELAMAT DENGAN IMAN YANG SEKELUMIT DAN MOTTO "MENJADI MUSLIM YANG BIASA-BIASA SAJA"

******************************************

MENGAJAK KEPADA KEBAIKAN DAN PETUNJUK

Daripada Abu Hurairah r.a, Rasulullah s.a.w bersabda:
"SESIAPA YANG MENYERU MANUSIA KEPADA PETUNJUK, maka dia akan MENDAPAT PAHALA YANG SAMA DENGAN ORANG YANG MELAKUKANNYA, tanpa dikurangkan walau sedikitpun pahala mereka. Sesiapa yang MENYERU MANUSIA KEPADA KESESATAN, maka dia juga akan turut berdosa sebagaimana dosa orang yang mengikutinya tanpa dikurangkan dosa mereka walau sedikitpun"
(Riwayat Muslim no.2674)

Bayangkan jika anda MENULIS SATU ILMU MENGENAI KEBAIKAN, dan ia tersebar kepada satu orang... Kemudian orang itu menyebarkan pula kepada orang yang lain, dan seterusnya hingga berpuluh, beratus dan beribu-ribu orang.... Sekalipun anda telah meninggal dunia, namun ganjaran pahala masih mengalir kepada anda... . Dan bayangkan pula jika anda MENULIS SATU KEBURUKAN, MAKSIAT, FITNAH DAN MENANAM SIKAP BENCI MEMBENCI, dan perkara yang menjerumus kepada dosa, lantas disebar kepada seorang, kemudian dia sebarkan lagi kepada orang lain hingga berpuluh, beratus dan beribu-ribu orang membacanya.... Sudah tentu dosa kita tidak terhitung banyaknya sekalipun kita telah meninggal dunia... Nauzubillah!...

DEMIKIAN JUGA, JIKA ANDA MENGAJAK RAKAN ANDA ke suatu program yang baik, umpamanya ke mesjid, untuk solat berjemaah atau mendengar kuliah pengajian.. ganjarannya samalah seperti di atas... Berbanding dengan ANDA MENGAJAK RAKAN ANDA KE SUATU PROGRAM YANG MAKSIAT, SERTA MELALAI DAN MELENGAHKAN IBADAH KEPADA ALLAH, tentu anda akan mendapat dosa serta dosa orang-orang yang melakukannya...

Wahai saudara seagamaku, nukilan ini daku titipkan untuk diriku khususnya, dan buat diri anda semua saudaraku di luar sana, agar kita tidak menyesal di hadapan Allah s.w.t kelak, hanya kerana kebejatan dan kedhaifan dalam penulisan DAN SERUAN KITA.... Sama-sama renungi, insafi dan bertaubat

*****************************************

Setiap org daripada kita adalah DAIE ?

Tanpa kita sedar, setiap orang telah tetapkan oleh Allah menjadi DAIE (Pendakwah)

Kitalah daie kpd suami kita agar suami kita mendekatkan diri kepada Allah.

Kitalah daie kpd anak2 kita supaya anak2 menjadi anak yg  berakhlak mulia pada ibubapa kerana itu adalah amanah Allah...perintah Allah.

Jika kita nak suami yang soleh,
nak anak-anak turut jadi soleh dan solehah, kita mesti sentiasa muhasabah diri dan pertingkatkan ibadah serta ketakwaan pada Allah supaya kita bisa menjadi qudwah hasanah kepada org lain.

Nak anak bangun solat malam,
kita pun kena rajin bertahajud.
Nak anak rajin mengaji,
kita pun kena rajin mentadabbur.

Jangan marah anak tak solat...
Jika kita pun tak bersungguh dalam ibadah.

Allah berfirman dalam Al Qur'an :
"Dan mereka yang bersungguh-sungguh berjuang di jalan-jalan Kami pasti Kami tunjukkan jalan-jalan Kami. Sesungguhnya Allah pasti bersama dengan orang-orang baik"  (Al Ankabut: 69)

Itu janji Allah.

No comments:

Post a Comment