PERLU BERDOA CARA MCMNA KITA NAK MATI
Berlaku pada seorang ulama yg terkenal bagaimana dia mati waktu solat dalam keadaan sujud.Itu yg dia selalu minta pada ALLAH.
Yusuf al-Qardawi sebut,mati ni perlu cita-cita macam benda lain juga,seperti kita bercita-cita nak jadi engineer,doktor,arkitek.
Kita kena bercita-cita ,mohon pada ALLAH;
Ya ALLAH matikan aku dalam keadaan aku beriman.
Ya ALLAH matikan aku dalam keadaan aku sedang solat.
Ya ALLAH matikan aku ketika aku sedang berjihad.
Ya ALLAH matikan aku ketika aku sedang baca Quran.
Ya ALLAH matikan aku ketika aku minta.
Kita minta panjang umur,sampai bila kita nak panjang umur?
Bukankah kita akan mati juga.Maka doakan sesuatu untuk mati,bahagian mati.
Ya ALLAH matikan aku ketika aku berkhalwat dengan Mu dan tidak berharap pada manusia.
Ya ALLAH matikan aku dalam keadaan aku bersangka baik pada Mu.
Ini kita mesti berdoa macammana nak mati.Kadang-kadang kita minta doa nak mati,tetapi Isteri nak aminkan pun takut, katanya "jangan bang saya nak panjang umur".
Sampai bila nak panjang umur.Doa panjang umur ni kadang-kadang menipu kita,sehingga kita kata "umur kita panjang lagi".
Lalu kita merancang segala dunia,tapi tak rancang untuk akhirat.
Dunia kita rancang,ini untuk anak-anak,ini sekian-sekian,dunia semua kita rancang......complete.
Tapi mana untuk AKHIRAT???
Kenapa kita tak rancang akhirat,sebab kita rasa umur kita panjang.....bukankah ini termasuk angan-angan yg menipu kita.
Sebab itu kena berhati-hati minta doa panjang umur.Kalau nak minta panjang umur,minta disebaliknya ada sesuatu.
Ya ALLAH panjangkan umurku untukku lakukan ketaatan pada Mu.
Ya ALLAH panjangkan umurku untukku berbakti pada kedua ibubapaku.
Ya ALLAH panjangkan umurku untukku melihat anakku menjadi orang soleh dan bertakwa.
Syarah kitab 'Pelembut hati'
***********************************************
Kita selalu berfikir :
Bagaimana cara saya hendak hidup? tapi kita tidak pernah fikir bagaimana cara kita hendak mati.
Cuba buat pilihan di mana kita akan mati.
Ada yg berniat utk mati dalam majlis ilmu atau, ketika dalam sujud, ketika membaca alquran.
Jadi berdoalah utk mati dalam keadaan yang kita inginkan dan biasakan amalan tersebut ketika kita sihat.
Kita akan mati ikut kebiasaan yg kita lakukan dan begitu juga kita akan dibangkitkan dalam keadaan kebiasaan kita ketika di dunia.
Kuliah Ustaz M.Esa
*****************************
Tanda-tanda kematian yang baik (husnul-khatimah)
Apa yang jelas terdapat nas tentangnya ialah tanda-tanda kematian yang baik (husnul-khatimah) iaitu;
1. Mati dengan mengucap kalimah syahadah.
Sabda Rasulullah saw : “Sesiapa yang ucapan terakhirnya (sebelum mati) ialah Lailahaillallah, maka ia akan masuk syurga”. (Riwayat Imam al-Hakim dari Mu’az bin Jabar . Kata al-Hakim; Hadis ini sanadnya soheh.)
2. Berpeluh di dahi.
Sabda Rasulullah saw;
“Seorang mukmin mati dengan berpeluh dahinya”.
Maksud hadis di atas ialah; jika kelihatan pada dahi si mati renik-renik peluh, maka itu tanda bahawa ia mati dalam iman. Sebab terjadinya renik-renik peluh itu menurut sebahagian ulamak ialah kerana malunya kepada Allah yang memberi rahmat kepadanya sedangkan masih ada dosanya kepada Allah.
Sebahagian ulamak pula berkata; orang mukmin tidak terlepas dari merasai kepayahan ketika mati, namun kepayahan yang dihadapinya ringan sahaja iaitu hanya sekadar kepayahan yang menerbitkan peluh yang berpercikan pada dahi. (Faidhul-Qadier, hadis no. 9145)
Dalam satu hadis yang lain, Nabi saw bersabda;
“Ajarilah orang yang hampir mati di antara kamu Lailahaillallah. Sesungguhnya ruh orang beriman akan keluar dengan bercucuran peluhnya. Adapun ruh orang kafir akan keluar dari rahangnya sebagaimana keluarnya ruh kaldai”. (Riwayat Imam at-Thabrani jil. 3, hlm. 1164, hadis no. 1112)
3. Mati ketika sedang melakukan amal soleh
Sabda Rasulullah saw :
“Sesiapa mengucapkan Lailahaillallah semata-mata kerana mengharapkan keredhaan Allah, lalu ia mati dengan kalimah itu, maka ia akan masuk syurga. Sesiapa berpuasa pada satu hari kerana mengharapkan keredhaan Allah, lalu ia mati ketika sedang berpuasa itu, maka ia akan masuk syurga. Sesiapa bersedekah dengan satu sedekah kerana mencari redha Allah, lalu ia mati sesudah bersedekah itu, maka ia akan masuk syurga”. (Riwayat Imam Ahmad) Menurut Syeikh al-Albani; hadis ini adalah soheh. (Lihat; Ahkam al-Janaiz)
Wallahualam.
****************************************
PERISTIWA SAKRATULMAUT
Bagaimanakah perjalanan seseorang jika ia telah masuk di alam kubur?
Hadits panjang al-Bara’ bin ‘Azib yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad dan dishahihkan oleh Imam al-Hakim dan Syaikh al-Albani menceritakan perjalanan para manusia di alam kuburnya.
SAKRATULMAUT ORANG BERIMAN
Nabi Muhammad saw bersabda:
Seandainya seorang yang beriman sudah tidak lagi menginginkan dunia dan telah mengharapkan akhirat, di saat sakratulmautnya turunlah dari langit para malaikat yang bermuka cerah secerah sinar matahari. Mereka membawa kain kafan dan wangian dari surga lalu duduk di sekeliling mukmin tersebut.
Setelah itu turunlah malaikat pencabut nyawa dan mengambil posisi di arah kepala mukmin tersebut. Malaikat pencabut nyawa itu berkata, "Wahai nyawa yang mulia keluarlah engkau untuk menjemput ampunan Allah dan keridhaan-Nya".
Maka nyawa itu (dengan mudahnya) keluar dari tubuh mukmin tersebut seperti lancarnya air yang mengalir dari mulut sebuah kendi.
Lalu nyawa tersebut diambil oleh malaikat pencabut nyawa dan dalam sekejap mata diserahkan kepada para malaikat yang berwajah cerah tadi lalu dibungkus dengan kafan syurga dan diberi wangian. Hingga terciumlah bau harum yang paling harum di muka bumi.
Kemudian nyawa yang telah dikafani itu diangkat ke langit. Setiap melewati sekelompok malaikat di langit mereka bertanya,
"Nyawa siapakah yang amat mulia itu?"
"Ini adalah nyawa fulan bin fulan", jawab para malaikat yang mengawalnya dengan menyebutkan namanya yang terbaik ketika di dunia.
Sesampainya di langit dunia mereka meminta izin untuk memasukinya, lalu diizinkan. Maka seluruh malaikat yang ada di langit itu ikut mengantarkannya menuju langit berikutnya. Hingga mereka sampai di langit ketujuh. Di sanalah Allah berfirman,
"Tulislah nama hambaku ini di dalam kitab ‘Iliyyin"
Lalu nyawa tersebut dikembalikan ke jasad kakunya di dunia (alam kubur). Lantas datanglah dua orang malaikat yang memerintahkannya untuk duduk.
Mereka berdua bertanya,
"Siapakah rabbmu?",
"Rabbku adalah Allah", jawabnya.
Mereka berdua kembali bertanya,
"Apakah agamamu?",
"Agamaku Islam" sahutnya.
Mereka berdua bertanya lagi,
"Siapakah orang yang telah diutus untuk kalian?".
“Beliau adalah Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam” jawabnya.
"Dari mana engkau tahu?" tanya mereka berdua. "Aku membaca Al-Qur’an lalu aku mengimaninya dan mempercayainya".
Tiba-tiba terdengarlah suara dari langit yang menyeru,
"(Jawapan) hamba-Ku benar! Maka hamparkanlah syurga baginya, berilah dia pakaian darinya lalu bukakanlah pintu ke arahnya".
Maka menghembuslah angin segar dan harumnya surga (memasuki kuburannya) lalu kuburannya diluaskan sepanjang mata memandang.
Saat itu datanglah seorang (pemuda asing) yang amat tampan memakai pakaian yang sangat indah dan berbau harum sekali, seraya berkata,
"Bergembiralah, inilah hari yang telah dijanjikan dulu bagimu".
Mukmin tadi bertanya,
"Siapakah engkau? Wajahmu menandakan kebaikan".
"Aku adalah amal solehmu", jawabnya.
Si mukmin tadi pun berkata,
"Wahai Rabbku (segerakanlah datangnya) hari kiamat, kerana aku ingin bertemu dengan keluarga dan hartaku".
SAKRATULMAUT ORANG MUNAFIK & KAFIR
(TIDAK BERIMAN)
Adapun orang munafik/kafir, di saat dia dalam keadaan tidak mengharapkan akhirat dan masih menginginkan (keindahan) duniawi, turunlah dari langit malaikat yang bermuka hitam sambil membawa kain mori kasar. Lalu mereka duduk di sekelilingnya. Saat itu turunlah malaikat pencabut nyawa dan duduk di arah kepalanya seraya berkata,
"Wahai nyawa yang hina keluarlah dan jemputlah kemurkaan dan kemarahan Allah!’.
Maka nyawa orang munafik/kafir tadi ‘berlarian’ di sekujur tubuhnya. Maka malaikat pencabut nyawa tadi mencabut nyawa tersebut (dengan paksa). Begitu nyawa tersebut sudah berada di tangan malaikat pencabut nyawa, sekejap mata diambil oleh para malaikat bermuka hitam yang ada di sekelilingnya, lalu nyawa tadi segera dibungkus dengan kain mori kasar. Tiba-tiba terciumlah bau busuk sebusuk bangkai yang paling busuk di muka bumi.
Lalu nyawa tadi dibawa ke langit. Setiap mereka melewati segerombolan malaikat mereka selalu ditanya,
"Nyawa siapakah yang amat hina ini?",
"Ini adalah nyawa fulan bin fulan" jawab mereka dengan namanya yang terburuk ketika di dunia.
Sesampainya di langit dunia, mereka minta izin untuk memasukinya, namun tidak diizinkan. Rasulullah membaca firman Allah,
لَا تُفَتَّحُ لَهُمْ أَبْوَابُ السَّمَاءِ وَلَا يَدْخُلُونَ الْجَنَّةَ حَتَّى يَلِجَ الْجَمَلُ فِي سَمِّ الْخِيَاطِ
“Tidak akan dibukakan bagi mereka (orang-orang kafir) pintu-pintu langit dan mereka tidak akan masuk syurga, sampai seandainya unta bisa memasuki lobang jarum sekalipun.” (QS. Al-A’raf: 40)
Saat itu Allah berfirman,
"Tulislah namanya di dalam Sijjin di bawah bumi", Kemudian nyawa itu dicampakkan (dengan hina dina).
Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam membaca firman Allah ta’ala:
وَمَن يُشْرِكْ بِاللهِ فَكَأنَّمَا خَرَّ مِنَ السَّمَاءِ فَتَخْطَفُهُ الطَّيْرُ أَوْ تَهْوِي بِهِ الرِّيْحُ فِي مَكَانٍ سَحِيْقٍ
“Barang siapa mempersekutukan sesuatu dengan Allah, maka adalah ia seolah-olah jatuh dari langit lalu disambar oleh burung, atau diterbangkan angin ke tempat yang jauh.” (QS. Al-Hajj: 31)
Kemudian nyawa tadi dikembalikan ke jasadnya, hingga datanglah dua orang malaikat yang mendudukannya seraya bertanya,
"Siapakah rabbmu?",
"Hah hah… aku tidak tahu" jawabnya.
Mereka berdua kembali bertanya,
"Apakah agamamu?“
"Hah hah… aku tidak tahu" sahutnya.
Mereka berdua bertanya lagi,
"Siapakah orang yang telah diutus untuk kalian?"
"Hah hah… aku tidak tahu", jawabnya.
Saat itu terdengar seruan dari langit,
"Hamba-Ku telah berdusta! Hamparkan neraka baginya dan bukakan pintu ke arahnya".
Maka hawa panas dan bau busuk neraka pun bertiup ke dalam kuburannya. Lalu kuburannya di ‘press’ (oleh Allah) hingga tulang belulangnya (pecah dan) menancap satu sama lainnya.
Tiba-tiba datanglah seorang yang bermuka amat buruk memakai pakaian kotor dan berbau sangat busuk, seraya berkata,
"Aku datang membawa khabar buruk untukmu, hari ini adalah hari yang telah dijanjikan bagimu".
Orang munafik/kafir itu seraya bertanya,
"Siapakah engkau? Wajahmu menandakan kesialan!",
"Aku adalah dosa-dosamu’ jawabnya.
"Wahai Rabbku, janganlah engkau datangkan hari kiamat’ seru orang kafir tadi"
(HR. Ahmad dalam Al-Musnad (XXX/499-503) dan dishahihkan oleh al-Hakim dalam Al-Mustadrak (I/39) dan al-Albani dalam Ahkamul Janaiz hal. 156)
*******************
Lihatlah kisah di atas, tidak semua orang dapat menjawab tiga pertanyaan kubur dengan mudah.
Orang munafik hanya mengatakan saya tidak tahu padahal di dunia ia mengaku muslim, namun di hatinya kufur.
Lagilah orang kafir, pastinya tidak bisa menjawab tiga pertanyaan tersebut.
Yang mudah menjawabnya adalah orang beriman.
Semoga kita termasuk di kalangan orang beriman yang dimudahkan di alam kubur nanti.
No comments:
Post a Comment