BILA KITA SAKIT
Apabila seseorang itu sakit, Allah akan hantar dua malaikat utk duduk dikepala dan kakinya.
Allah memerintahkan malaikat dgr apa yg mereka kata ttg Allah sedangkan Allah maha mengetahui, jika pesakit kata alhamdulillah sikit saja sakitnya, Allah berkata bahawa jika dia meninggal dunia terus aku masukkan dalam syurga dan jika sembuh aku gantikan dagingnya dgn daging baru, tulang dgn tulang baru.
Jika dia tidak redha aku akan masukkannya kedalam neraka.
Bila melawat orang sakit Nabi akan tanya
-nak makan apa,
-bagaimana rasa pada hari ini
-menasihatinya supaya bersabar
-menasihati agar ingatkan ttg pahala besar yg dijanjikan oleh Allah.
******************************************
APA PERLU BUAT BILA KITA DIMAKI/DIFITNAH?
Suatu hari, Rasulullah SAW bertamu ke rumah Abu Bakar Ash-Shidiq. Tiba-tiba datang seorang Arab Badui menemui Abu Bakar dan terus mencela Abu Bakar. Namun, Abu Bakar tidak menghiraukannya . Ia melanjutkan perbincangan dengan Rasulullah. Melihat hal ini, Rasulullah tersenyum.
Kemudian, orang Arab Badui itu kembali memaki Abu Bakar. Kali ini, makian dan hinaannya lebih kasar. Abu Bakar tetap membiarkan orang tersebut. Rasulullah kembali memberikan senyum.
Semakin marahlah orang Arab Badui tersebut. Untuk ketiga kalinya, ia mencerca Abu Bakar dengan makian yang lebih menyakitkan. Kali ini, Abu Bakar tidak dapat menahan amarahnya. Dibalasnya makian orang Arab Badui tersebut dengan makian pula. Terjadilah perang mulut. Seketika itu, Rasulullah meninggalkan Abu Bakar tanpa mengucapkan salam.
Melihat hal ini, selaku tuan rumah, Abu Bakar tersedar dan dikejarnya Rasulullah yang sudah sampai di halaman rumah. Kemudian Abu Bakar berkata, “Wahai Rasulullah, janganlah Anda biarkan aku dalam kebingungan yang sangat. Jika aku berbuat kesalahan, jelaskan kesalahanku!”
Rasulullah menjawab, “Sewaktu Arab Badui datang dengan membawa kemarahan serta mencelamu, kulihat engkau tidak membalas, aku bangga melihat engkau orang yang kuat mengahadapi tentangan, menghadapi fitnah, kuat menghadapi cacian, dan aku tersenyum kerana ribuan malaikat di sekelilingmu mendoakan dan memohonkan ampun kepadamu, kepada Allah SWT.”
Begitu pun yang kedua kali, ketika ia mencelamu dan engkau tetap membiarkannya, maka para malaikat semakin bertambah banyak jumlahnya. Oleh sebab itu, aku tersenyum. Namun, ketika kali ketiga ia mencelamu, dan engkau membalasnya, maka seluruh malaikat pergi meninggalkanmu.
Hadirlah iblis di sisimu. Oleh itu, aku tidak ingin berdekatan dengan kamu, aku tidak ingin berdekatan dengannya, dan aku tidak memberikan salam kepadanya.
Setelah itu menangislah abu bakar ketika diberitahu tentang rahsia tersebut.
******************************************
ALLAH ADALAH SEBAIK-BAIK PELINDUNG KITA
“HASBUNALLAH WA NI’MAL WAKIL” bermaksud – ‘CUKUPLAH ALLAH SEBAGAI PELINDUNG KAMI DAN DIA ADALAH SEBAIK-BAIK PELINDUNG..’
Diriwayatkan bahawa ketika Nabi Ibrahim a.s. diletakkan di atas tungku api, Malaikat Jibril a.s. bertanya kepada baginda – ‘Apakah engkau memerlukan sesuatu pertolongan dariku?’
Nabi Ibrahim a.s. lantas menjawab – “Aku tidak memerlukan apa-apa pertolongan darimu.. AKU HANYA MEMERLUKAN PERTOLONGAN DARI ALLAH”
Baginda kemudiannya menyebut kalimah ‘Hasbunallah wa ni’mal wakil’ ketika dicampakkan ke dalam api, dan dengan izin Allah, api itu menjadi dingin dan selamatkan Nabi Allah itu dari dibakar.. Subahannallah..
ALLAH MAHA PENGASIH DAN PENYAYANG terhadap hamba2nya yang berserah diri dan bertawaqal kepadaNya. Seharusnya, BILA KITA DALAM KESUSAHAN, ATAU KEMURUNGAN, kita kembali pada Allah, BERZIKIR, BERSOLAT SUNAT, MEMBACA AL-QURAN dan bermunajat padanya.
Kalimah ‘Hasbunallah wa ni’mal wakil’ elok kita jadikan sebagai amalan, kerana ia mampu menenangkan jiwa dan menyejukkan hati. Ketenangan hakiki hanya dengan mendekatkan diri kepada Allah s.w.t.... ALLAH MEMBERIKAN PERTOLONGAN DAN KETENANGAN kepada hamba-hambaNya yang mendekatkan diri kepadaNya... Dari sini terlihatlah bahawa Allah itu Tuhan Yang Maha Berkuasa, Yang Maha Memberi Pertolongan, Maha Melindungi dan Maha Mengasihi ketika kita sebagai hamba, menyandarkan diri kita kepadaNya....
Oleh itu, JIKA ANDA MENDAPAT SEBARANG MUSIBAH, MASALAH, TEKANAN ATAU KEMURUNGAN, serahkanlah segala2nya kepada Allah, DIA mengetahui apa yang terbaik untuk anda di dunia dan akhirat.... Ubatilah jiwa anda dengan UCAPAN KALIMAH ‘HASBUNALLAH WA NI’MAL WAKIL’ berkali-kali... hingga anda rasa tenang dan lapang.. ALLAH SENTIASA BERSAMA-SAMA ORANG YANG MENGINGATINYA..
Marilah kita sama-sama mengamalkan kalimah ini setiap waktu dan setiap ketika, tidak kira waktu susah atau senang, moga rahmat dan keredhaan Allah sentiasa bersama-sama kita di dunia & akhirat.. Insya-Allah...
******************************************
BAGAIMANA NAK TENANGKAN HATI MENGHADAPI UJIAN ALLAH SWT
1) FAHAMI BAHAWA KEHIDUPAN DI DUNIA SEMENTARA, AKHIRAT YANG KEKAL
Kita perlu ingat, dunia hanyalah PERSINGGAHAN...dunia adalah tempat untuk kita mengumpul pahala SEBANYAK MANA YANG MAMPU...
2) INGATKAN DIRI, SETIAP UJIAN ADA REWARD NYA.
UJIAN adalah salah satu cara ALLAH MENGANGKAT TARAF seseorang hamba itu sekiranya dia SABAR dan BERSYUKUR. UJIAN diberi di dunia, REWARD diberi di Akhirat kelak. Sekiranya kita sedar betapa besar REWARD yang bakal Allah s.w.t berikan kepada kita nanti, tentunya kita tidak akan takut menerima UJIAN ALLAH, sebaliknya kita akan bersyukur dan menghadapi setiap ujian dengan sabar dan tersenyum bahagia.
3) UMPAMAKAN UJIAN ITU SEPERTI KITA MENDUDUKI PEPERIKSAAN PENTING
Marilah kita umpamakan dugaan Allah itu seumpama kita perlu menduduki peperiksaan, buatlah sebaik mungkin kerana makin tinggi tahap kesukaran peperiksaan itu, semakin tinggi 'habuan' yang akan kita dapat jika kita LULUS UJIAN.
Nabi SAW bersabda: “Sesungguhnya besarnya pahala itu bergantung pada besarnya ujian, sesungguhnya Allah itu apabila dia mengasihi sesuatu kaum dia menguji mereka dengan kesusahan. Sesiapa yang reda dengan kesusahan itu akan mendapat keredaan Allah dan siapa yang tidak reda maka dia akan menerima kemurkaan Allah.” (Riwayat Tirmizi)
4) FAHAMI BAHAWA UJIAN ITU TANDA ALLAH SAYANGKAN KITA
Ujian yang menimpa orang beriman juga adalah satu petanda yang seseorang itu disayangi Allah SWT.
Daripada Abu Hurairah ra katanya, Rasulullah SAW bersabda, maksudnya: “Sesiapa yang dikehendaki oleh Allah kebajikan, baginya ditimpakan penderitaan ke atasnya.”
Bagi orang beriman, mereka akan akan diuji menurut tahap keimanan dan kedudukan mereka di sisi Allah. Malah ujian yang ditimpakan kepada manusia adalah sesuai dengan kemampuan untuk menanggungnya seperti firman Allah SWT bermaksud: “Allah tidak menguji seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya.” (Surah al-Baqarah ayat 286)
5) SENTIASA BERSANGKA BAIK DENGAN ALLAH
Sesungguhnya Allah tidak akan berlaku zalim kepada hamba-Nya. Setiap yang diuji itu adalah sesuai dengan tahap kemampuan hamba-Nya. Cuma sebagai hamba, hendaklah berusaha untuk mengatasinya. Sekiranya seseorang itu tidak berusaha untuk menghadapinya, sudah pasti mereka tidak mampu berdepan dengan ujian yang sedang menimpanya.
6) JIKA KITA DIUJI DENGAN SAKIT, ANGGAP SAKIT ITU SEBAGAI 'KIFARAH DOSA'
Hamba yang ditimpa ujian tidak seharusnya berputus asa, sebaliknya perlu menginsafi setiap kesalahan dan kesilapan yang dilakukan sebelum ini kerana ujian itu adalah kifarah (balasan) setiap perbuatan jahat manusia sepanjang hidupnya.
Manusia yang menerima ujian perlu bersabar sama ada menghadapi ujian penyakit atau bala bencana kerana ia bertujuan menghapus dosa. Ujian yang menimpa orang beriman juga adalah satu petanda yang seseorang itu disayangi Allah SWT.
“Tidaklah seorang muslim tertimpa suatu penyakit dan sejenisnya melainkan Allah akan menggugurkan bersamanya dosa-dosanya seperti pohon yang menggugurkan daun-daunnya” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)
Mengharapkan ganjaran pahala dan bersabar terhadap musibah adalah tanda kesempurnaan iman seseorang, manakala marah dan gelisah atas musibah menunjukkan kelemahan iman.
*****************************************
Posting dari Group Mahalnya SyurgaMu
MENANGANI MUSIBAH
Maka adalah lebih baik, bila setiap kali kita mendapat musibah, untuk kita melihat dan juga untuk kita bermuhasabah, kepada darjat dan pahala yang besar yang Allah Taala sediakan bagi setiap orang yang ditimpa musibah.
JANGAN MENANGIS KETERLALUAN
Orang2 yang ditimpa musibah, jangan menangis dengan cara yang tidak dibenarkan oleh syara',
misalnya apabila ditimpa musibah :
MELALAK,MELOLONG kerana nanti pada hari kiamat,mereka akan menyalak seperti anjing. Ini berdasarkan hadis yang diriwayatkan oleh Imam Attabraani :
"Apabila Nabi SAW menyatakan :
ALLAH MELAKNAT ORANG-ORANG YANG MELALAK MELOLONG KETIKA DITIMPA MUSIBAH DAN JUGA ORANG YANG MENDENGAR YANG TIDAK MENEGURNYA DAN KELAK MEREKA NANTI, AKAN MENYALAK SEBAGAIMANANYA MENYALAKNYA ANJING KEPADA AHLI NERAKA."
Ertinya dalam spesis ahli neraka itu ada makhluk yang kerjanya menyalak dalam api neraka.
Mereka ialah orang yang bila ditimpa musibah : melalak…melolong.
Sehingga lupa ujian itu… tanda kasih sayang Allah,tanda Allah Taala nak beri dia pahala dan darjat.
MUSIBAH KEMATIAN
Mana2 orang islam, yang ditimpa musibah kematian orang yang disayangi…khususnya anak.
Kita kena sedar bahawa Allah jadikan dia untuk menunggu kita di pintu syurga.
Tidakkah kita mau???
Daripada kita melalak,anak tu tak kan hidup balik, malahan kita pulak dapat dosa.
Orang ni mengalami dua kerugian :
"iaitu musibah yang tak akan berundur jadi nikmat…dan juga pahala yang hilang."
Rugi bila dia ada peluang dapat pahala tapi hilang, lantaran tidak bersabar.
MUSISAH DAN SABAR.
Anak2 Adam ataupun umat Muhammad SAW…Apa saja musibah yang menimpanya,lantas dia bersabar, maka Allah Taala akan beri dia pahala dan barangkali itu antara sebab sebagaimana disebut di dalam athaar :
"Ada satu darjat yang tidak akan diperolehi dengan cara sembahyang atau puasa tapi diperolehi dengan sabar kerana mendapat musibah dunia."
Sehingga orang2 yang dulunya sihat di dunia,tak pernah sakit atas dunia, di akhirat kelak dia melihat balasan yang diperolehi oleh orang yang mendapat musibah di dunia lalu dia berkata :
"SEMOGA KAMI BERPELUANG HIDUP BALIK…SUPAYA KAMI DITIMPA MUSIBAH.
LALU KAMI BERSABAR.WALAUPUN BADAN-BADAN KAMI DIKERAT, DIGUNTING-GUNTING…KAMI SANGGUP."
Kenapa nak balik semula di dunia???
Kerana mereka melihat,golongan yang mendapat musibah itu, di akhirat kelak golongan ini mendapat pahala luar biasa yang tidak diperolehi oleh orang2 yang sihat.
NIKMAT SIHAT
Ada sesetengah manusia hidup mereka sempurna jika mereka sentiasa sihat.
Betul…itu satu nikmat dunia…tapi dari sudut yang lain, kamu tidak dapat beberapa KELEBIHAN akhirat.
CARA SEBENAR HADAPI MUSIBAH
Kita lihat, bagaimana ujian Rasulullah SAW? mati semua anaknya!
KITA???
Tidak seberat itu ujiannya.
Jika kita ada 6 anak…Barangkali yang mati seorang…maka kita masih ada 5(anak).
Ini yang dikatakan oleh Urwah Bin Zubair r.a.
Bila seorang anaknya mati n dia kata :
"Ya Allah, segala puji bagiMu yang mengambil 1(anak)…Masih lagi ada 4 anak yang tinggal…Alhamdulillah
…tengok ni…"
Kadang-kadang kita hanya tengok 1 anak yang mati…ni 4(anak yang masih hidup) ni???Apa cerita???
Kenapa tidak melihat ia satu nikmat???
Demikian orang-orang soleh…yang punyai kesabaran yang tinggi dalam menghadapi musibah. Dia tidak melihat apa yang berlaku pada musibah…ataupun apa yang hilang tapi dia melihat apa yang masih tinggal…untuk dia terus melafazkan syukur …dan syukur…
Kerana itu dalam hadis yang sohih :
"Seorang yang Allah Taala ambil jantung hidupnya (anaknya)…
lalu dia memuji Allah selepas dia "istirja'(innalillah…)..dia
memuji Allah lantaran merasa ada lagi nikmat yang banyak…maka Allah Taala berfirman kepada malaikat :
"BINAKAN BAGINYA ISTANA DALAM SYURGA…NAMAKAN ISTANA ITU DENGAN "ISTANA PUJIAN" KERANA DIA MASIH MEMUJI AKU."
Ertinya…
…kita diuji dgn kehilangan sebatang kaki…sedarlah, lagi sebatang ada…tangan pun ada…mulut pun ada…
Setiap kali kita kena musibah,macamana nak hadirkan kesabaran???
👉Pertama perlu kita tau, Allah hanya uji kita sikit…bukan BANYAK!!
Jadi setiap kali kita diuji…kita tengok…apa lagi yang masih berbaki…
TERLALU BANYAK!!!
Katakan pada diri : "kalau saya diuji dengan sedikit sakit pada mana2 anggota badan saya…anggota saya yang lain masih sihat!"
MUSIBAH PENGHAPUS DOSA
Sebenarnya tidak ada sebab untuk memekik melolong seolah-olah membantah takdir Allah!
Manusia hanyalah punyai ruang untuk bersyukur kepada Allah bila ditimpa musibah dan bersabar mengharapkan BALASAN yang BESAR di sisi Allah SWT.
Dalam hadis riwayat Muslim :
Nabi SAW bersabda :
"TIADA SUATU MUSIBAH YG MENIMPA ORANG BERIMAN KECUALI MENJADI PENGHAPUS DOSA2 NYA…
SEHINGGA SEBATANG DURI YANG MENUSUK DIRINYA SEKALIPUN."
"AMAT ANEH URUSAN ORANG BERIMAN…
SEMUANYA AKAN BERBALIK KEPADANYA DENGAN NAMA PAHALA."
Dapat nikmat,syukur👉dapat Pahala
Dapat musibah,sabar👉dapat Pahala.
Walau duri yang cucuk badan dia👉 Pun dapat Pahala!!!
LIHAT RAHMATNYA ALLAH KEPADA ORANG2 BERIMAN!!!
Penyayangnya Allah SWT kepada orang beriman,musibah yang kena pun diberiNya pahala…
Duduklah kamu macamana pun asalkan,
KAMU MESTI BEREAKSI SEBAGAIMANA ALLAH PERINTAHKAN
Bila ditimpa musibah👉SABAR!!!
ITU REAKSINYA!!!
Bila mendapat nikmat👉SYUKUR!!!
ITU REAKSINYA!!!
MAKA DENGAN CARA ITU ALLAH TAALA AKAN BERI PAHALA.
Apapun yang berlaku…langgar batu ke, jatuh ke, ya mungkin orang ketawakan kita…tapi kita dapat pahala…jatuh boleh dapat pahala!!!
BAHKAN BARANGKALI ADA RAHMAT BESAR!!!"
: kuliah "Dosa2 Besar"
: Masjeedul Kauthar
: 23/04/14
*silakan share jika dirasakan bermanfaat.
******************************************
BILA DITINGGALKAN INSAN TERCINTA
Ustaz, saya baru sahaja ditimpa kemalangan, “ ujar lelaki muda itu setelah bersalaman dan terus duduk bersimpuh di hadapan saya.
“Tetapi sedih sekali ustaz, isteri saya meninggal dunia.”
“Innalillah wa in na ilaihi rajiun…” balas saya.Tiba-tiba sebak di hati.
“Isteri dan saya kemalangan. Tetapi dia yang pergi.”
“Tabahlah.”
Saya pegang tangannya erat. Empati menusuk jiwa. Lelaki di hadapan saya ini sangat muda.
Tiba-tiba seorang anak kecil berlari menerpanya. Terus duduk di atas riba. Dari belakang, seorang tua lelaki datang menghampiri kami dengan mendukung seorang anak kecil.
“Dua orang ini anak saya. Ini bapa saya,” katanya sambil menunjuk kepada lelaki tua yang menghampiri kami.
“Yang kecil ini masih belum membiasakan diri dengan ketiadaan ibunya. Dia menyusu badan ustaz.”
Saya masih diam. Terus menggenggam tangannya. Saya tenggelam dalam laut rasa yang sangat menyedihkan.
“Baru dua bulan ustaz…”
Saya mengangguk-angguk kepala lagi. Saya kekal menjadi pendengar. Bukan mendengar dengan telinga, tetapi dengan mata dan hati. Teringat ungkapan yang selalu saya titipkan buat diri sendiri dan teman-teman, “sesetengah masalah bukan untuk diselesaikan tetapi hanya untuk didengari”.
“Kadangkala dalam hati terdetik juga, kenapa Tuhan memanggilnya pergi terlalu cepat. Kami sangat perlukannya,” katanya perlahan.
“Allah sesungguhnya Maha Pengasih dan Maha Penyayang. Ya, ramai orang menyebut ungkapan ini, tetapi saudara yang paling bertuah. Allah sedang mendidik saudara tetang kasihNya.”
“Itu saya percaya ustaz. Namun, apa kaitan itu dengan musibah yang menimpa diri saya ini ustaz?”
“Saudara. Ilmu kita yang terbatas tidak dapat menjangkau ilmu Allah yang Maha luas. Kita hanya nampak yang dekat dan sekarang… tetapi Allah melihat yang jauh dan akan datang. Musibah hari ini boleh jadi keberuntungan pada masa akan datang. “
“Arwah isteri saudara beruntung sebenarnya…” tambah saya lagi hampir berbisik.
“Mengapa ustaz?”
“Dia meninggalkan dunia dalam keadaan saudara mencintai dan meredainya. Tidak ramai isteri yang berjaya meraih keredaan suami ketika meninggal dunia. Sedangkan, keredaan suami itu sangat penting untuk isteri meraih keredaan Allah.”
“Ya. Ya. Dia isteri yang solehah. InsyaAllah.”
“Amin…”
“Tetapi apa hal kami ini ustaz?”
“Allah sedang mendidik saudara menjadi ayah yang tabah. Musibah ini hakikatnya satu ‘mehnah’.”
“Apa maksud ‘mehnah’ itu ustaz?”
“Mehnah ialah ujian yang Allah timpakan kepada seseorang dengan tujuan untuk mendidiknya. Allah mendidik manusia melalui ‘subjek’ yang bernama kematian, kesakitan, kegagalan dan kehilangan.”
“Sedih dan sakit ustaz…”
“Terimalah saudara, yang pedih itu ubat. Yang sedih itu penawar. Siapalah kita ini… kita hanya hamba, bukan tuan, bukan Tuhan. Sebagai hamba kita layak diuji. Tidak ada pilihan, kehilangan ini telah berlaku. Ujian ini maktub. Sama ada kita terima atau tidak, ia tetap berlaku. Pilihan yang masih tinggal buat kita ialah, untuk sabar atau tidak. Jika sabar, ada kebaikan dan manfaatnya. Jika tidak sabar, banyak keburukan dan mudaratnya.”
“Apa kebaikan kehilangan ibu buat anak yang sedang menyusu ini ustaz?”
“Saya yakin pertanyaan ini bukan kerana mempertikaikan tetapi benar-benar inginkan penjelasan..”
“Maha suci Allah. Allah tidak akan menzalimi hambaNya. Tetapi insan kerdil seperti saya ini manalah dapat melihat sesuatu yang tersirat di sebalik semua ini.”
“Kita semua insan kerdil di sisi Tuhan. Dari segi adab seorang hamba, kita wajib yakin bahawa di sebalik pemergian isteri, yakni ibu kepada anak-anak saudara ini pasti ada kebaikannya. Tetapi sebagai seorang manusia juga, kita tidak dapat menahan diri daripada bertanya kenapa? “
“Sesetengah takdir memang tidak akan kita ketahui apa maksud baiknya. Itulah iman. Perlu sentiasa bersangka baik kepada Allah. Mana mungkin seorang hamba tahu semua maksud takdir Ilahi? Yakini sahaja pasti ada kebaikan.”
“Jadi peranan akal di mana ustaz?”
“Akal kita mesti terus berfikir. Jangan dimatikan. Tetapi berfikirlah ke arah kemungkinan-kemungkinan kebaikan di sebalik takdir.”
“Contohnya?”
“Contohnya, Allah mematikan ibu bagi anak-anak saudara untuk membentuk mereka menjadi pemimpin besar di kemudian hari nanti. Lihat para Rasul, nabi, ulama, dan pemimpin dunia, ramai yang berasal daripada anak yatim. “
“Mungkin juga Allah hendak menyelamatkan anak-anak saudara daripada menjadi anak yang derhaka. Lihat betapa ramai ibu yang telah tua renta, telah disia-siakan dan diherdik oleh anak-anaknya sendiri… Mujur, anak saudara telah terlepas daripada dosa derhaka kepada ibu,” tambah saya.
Dia mengangguk-anggukkan kepala seketika seraya berkata,” akal kita berfikir ke arah mencari kebaikan di sebalik ujian ini. Jangan berfikir sebaliknya. Berfikirlah untuk menjustifikasikan kebaikan takdir Allah, bukan keburukannya. Itu lah tanda kita bersangka baik kepada Allah.”
“Oh… begitu. Fikiran kita mesti dikawal dan terarah, bukan disekat, apalagi dimatikan.”
“Bersangka baiklah kepada Allah dengan mencari kebaikan di sebalik setiap takdirNya. Insya-Allah kita akan mendapat kebaikan,” pesan saya sekalipun jauh di sudut hati menyedari saya sendiri juga masih terkial-kial dalam menerima takdir Ilahi.
“Saya sunyi ustaz. Kadangkala patah semangat untuk bangun kembali. Banyak cita-cita dan impian yang pernah kami kongsi bersama tidak kesampaian…”
“Usah begitu saudara. Sunyi itu apabila hati kita lupa mengingati Allah. Hati yang mengingati Allah tidak akan kesunyian. Cari dan binalah hati itu. Pada solat, pada Al Quran, pada selawat, pada masjid ini ada penawar kesunyian itu. Saudara tidak tersisih, bahkan terpilih untuk mencari dan menemui cinta Allah.”
Dia tunduk. Tergenang air matanya.
“Ada masanya saya menangis ustaz. Berdosakah kesedihan ini?”
“ Tidak. Malah itu fitrah.”
“Namun ada yang lebih penting daripada itu.”
“Apa yang lebih penting daripada itu?”
“Peringatan Allah kepada saudara, saya dan semua manusia. Firman Allah, “Katakanlah, Jika bapa-bapa, anak-anak, saudara-saudara, isteri-isteri, kaum keluarga mu, harta kekayaan yang kamu usahakan, perniagaan yang kamu khuatirkan kerugiannya, dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai, adalah lebih kamu cintai daripada Allah dan Rasul-Nya dan dari berjihad di jalan-Nya, maka tunggulah sehingga Allah mendatangkan keputusan-Nya. Dan Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasik (At Taubah,24).”
“Nampaknya saya belum tega, tetapi melalui tragedi ini seolah-olah Allah paksa saya ustaz… paksa saya mencintai-Nya lebih daripada yang lain.”
“Syukurlah dengan paksaan ini. Jika tidak dipaksa mungkin kita alpa. Allah lebih sayang akan hamba-Nya lebih daripada ibu menyayangi anaknya. Ibu yang baik akan memaksa anaknya yang sakit memakan ubat yang pahit. Begitulah kita… yang sakit, sepi dan sayu ini umpama ubat yang Allah paksakan kita untuk menelannya demi menyembuhkan penyakit cinta selain-Nya yang bersarang di hati kita,” pujuk saya.
“Masih ingat impian yang pernah dibina dengan Allahyarham isteri?” tanya saya sambil memegang bahunya.
Dia mengangguk-angguk. Air matanya tergenang. Sungguh, saya terus mencari kata-kata sedangkan mata sendiri sudah berkaca dengan air mata.
“Jika dia masih hidup tentu dia ingin impiannya tercapai. Ingin melihat kedua anak ini membesar sebagai anak yang soleh… Mari kita penuhi hajatnya. Mari kita penuhi impiannya. Jika benar kita sayangi yang telah pergi, mari kita penuhi cita-citanya pada yang kedua anak yang ditinggalkannya ini. Kita mesti bangun daripada kesedihan ini. Jika tidak, impian itu akan berkecai. Buktikan cinta saudara dengan melaksanakan amanah ini. Dan semua amanah ini tidak akan dapat ditunaikan sekiranya saudara terus bersedih…” ujar saya akhirnya.
Bapa muda itu merenung saya. Anaknya sudah tertidur di pangkuannya. Bapa lelaki muda itu masih mendukung anak kecilnya, turut tekun mendengar. Saya yang duduk bertemu lutut dengannya sejak tadi teringat semula kisah-kisah yang pernah saya dengar sepanjang kehidupan ini. Ada isteri yang kehilangan suami. Ada suami yang kematian isteri. Begitulah ajaibnya Allah ‘memanggil’ sesetengah manusia kepada cintaNya… melalui kehilangan!
~ ustaz pahrol ~
No comments:
Post a Comment