DOSA & NERAKA

PETIKAN KITAB FADHILAT AMAL :

Setiap dosa yg kita buat, akan menyebabkan munculnya 1 titik hitam di hati kita. Bila kita bertaubat maka hilanglah titik hitam itu. Tetapi jika tidak taubat dan makin buat dosa, makin bertambahlah titik2 hitam itu hingga akhirnya hati itu menjadi HITAM LEGAM. Hati yang telah HITAM adalah punca mengapa kita merasa tidak ingin untuk melakukan ibadah2 yg disyariatkan Allah, sukar menerima nasihat dan mendorong kita asyik melakukan keburukan.

Sama2lah kita bermuhasabah diri.
# adakah kita sering melakukan dosa? ...dengan kata2...dengan hati...dengan perbuatan...dengan cara berpakaian?
# adakah kita sukar menerima nasihat?
# adakah kita lebih suka melakukan perkara2 dosa tanpa ada rasa bersalah?

Jika jawapannya YA....itu menandakan hati itu sudah HITAM dengan TITIK TITIK DOSA.
Bertaubatlah sebelum terlambat. Dunia ini semakin tua. Sangkakala sudah lama bersedia untuk ditiupkan.


********************************************************

KESAN DOSA KEPADA KEHIDUPAN

Di dalam Surah Ar Rum 30: 59, AL QURAN menyebutkan pelbagai kerosakan dan kebinasaan di permukaan bumi, adalah disebabkan PERBUATAN DOSA YANG DILAKUKAN MANUSIA.

Seorang hamba yang melakukan dosa, ALLAH SWT akan membuatnya LENGAH DAN LUPA MENGERJAKAN PERBUATAN YANG BAIK, dan dia akan melakukan perkara yang kurang atau tidak bermanfaat, yang akan mendedahkan dirinya kepada kerugian dan kebinasaan.

CONTOHNYA, DOSA MULUT ATAU LIDAH, yang dilakukan, akan mengakibatkan terabainya ‘ibadah lidah’ seperti membaca AL QURAN, BERZIKIR, BERISTIGHFAR. Dia akan menjadi malas, lengah dan lalai untuk membaca AL QURAN, berzikir, dan seumpamanya.... BEGITU JUGA HALNYA DENGAN DOSA2 telinga, mata, tangan, kaki dan lain2 anggota.... Demikianlah keadaan sepanjang hidupnya, jika sekiranya tidak SEGERA BERTAUBAT kepada Allah SWT.

DENGAN YANG DEMIKIAN, kebanyakan umurnya dan waktunya, akan dihabiskan kepada perkara2 yang tidak bermanfaat, atau sedikit manfaatnya.... PERUNTUKAN MASA LAPANGNYA TIDAK SEIMBANG... Lebih banyak untuk HIBURAN, bersantai, lengah, leka, bersuka-suka, 'window-shopping' tanpa niat berfaedah, dll... BERBANDING dengan masanya untuk beribadah kepada Allah, solat, MEMBACA AL QURAN, hadir ke mesjid atau surau, majlis2 ilmu, kuliah2 agama, dan lain2....

SEMAKIN TEBAL DAN BANYAK DOSA YANG DILAKUKAN, kepekaannya terhadap perkara dosa akan menjadi semakin ringan dan dipandang RINGAN. AKHIRNYA DIA AKAN TERMASUK ke dalam kategori orang yang dalam hatinya bersarang penyakit “NIFAQ” (kemunafikan). Seperti yang pernah disampaikan oleh seorang sahabat Rasulullah SAW , Abdullah bin Mas’ud r.a. .. BAHAWA ORANG MUNAFIK AKAN MEMANDANG REMEH TERHADAP DOSA. IA MENGANGGAPNYA SEPERTI LALAT YANG TERBANG SAHAJA. SEBALIKNYA, ORANG MUKMIN AKAN MELIHAT DOSA BAGAIKAN GUNUNG YANG AKAN JATUH MENIMPA DIRINYA. DEMIKIANLAH PERBANDINGAN SIKAP ORANG MUNAFIK DAN ORANG YANG BERIMAN TERHADAP DOSA.

SAMA2LAH KITA RENUNGKAN... betapa terdedahnya kita pada dosa lidah, dosa mata, telinga, hati, termasuk dosa menggunakan masa (waktu = umur) kepada perkara yang sia2, yang telah menjadi kebiasaan dalam masyarakat kita.

NUKILAN USTAZ RAMLI JONED.

******************************************

SOALAN
Dalam sebuah kuliah yang saya hadir baru-baru ini, penceramah menyatakan bahawa suami menanggung semua dosa dan kesalahan isteri dan anak-anaknya. Benarkah apa yang dinyatakan? Mohon penjelasannya.

JAWATAN:
Di antara perkara dasar dalam Islam ialah setiap orang menanggung pahala atau dosa berdasarkan usahanya yang tersendiri. Jika dia berbuat amal soleh, maka dia mendapat pahala untuk dirinya. Jika dia berbuat maksiat, maka dia mendapat dosa untuk dirinya. Allah berfirman:

Sesungguhnya seseorang yang boleh memikul tidak akan memikul dosa perbuatan orang lain, sesungguhnya tidak ada (balasan) bagi seseorang melainkan (balasan) apa yang diusahakannya. Sesungguhnya usahanya itu akan diperlihatkan (kepadanya, pada Hari Kiamat kelak). Kemudian usahanya itu akan dibalas dengan balasan yang amat sempurna; sesungguhnya kepada hukum Tuhanmu-lah kesudahan (segala perkara). [al-Najm 53:38-42]

Oleh itu dalam sebuah keluarga, apabila isteri sengaja enggan menutup aurat maka dia sahajalah yang akan menanggung dosa mendedahkan aurat. Apabila isteri bergossip berkenaan orang lain, maka dia sahajalah yang akan menganggung perkataan-perkataan yang disebut atau ditaip olehnya. Dosa isteri tidak berpindah kepada suami atau ayah.

Pun begitu, ada satu kewajipan suami yang jika dia tidak melaksanakannya, dia akan mendosa keranannya. Ia adalah kewajipan mendidik, menasihati dan menegur ahli keluarga agar mereka mentaati perintah dan larangan syari’at Islam. Ini berdasarkan firman Allah:

Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari Neraka yang bahan-bahan bakarannya: manusia dan batu (berhala). Neraka itu dijaga dan dikawal oleh malaikat-malaikat yang keras kasar (layanannya), mereka tidak menderhaka kepada Allah dalam segala yang diperintahkan-Nya kepada mereka dan mereka pula tetap melakukan segala yang diperintahkan. [al-Tahrim 66:06]

Kembali kepada contoh di atas, apabila suami tidak mendidik isteri untuk menutup aurat, maka suami mendapat dosa kerana tidak mendidik sementara isteri mendapat dosa kerana tidak menutup aurat. Sebaliknya jika suami telah mendidik isteri untuk menutup aurat namun isteri tetap enggan, maka suami tidak mendapat sebarang dosa sementara isteri mendapat dosa kerana enggan menutup aurat.

Jadi, kita sebagai orang yang takut kepada azab neraka Allah, marilah sama-sama kita menutup aurat dengan sempurna. Jangan kita tidak menutup aurat atas alasan suami tidak merestuinya. Engkar perintah suami dalam hal kita nak munutup aurat BUKAN DERHAKA ye sb kita sebenarnya dah menyelamatkan suami daripada mendapat DOSA.

Kesian suami kita, kesian kerana dia kurang ilmu....Apakata kita sama2 didik suami...selama ni beliau menjaga kita dengan baik, mengasihi kita, tentunya kita nak masuk syurga sama-sama dengannya kan.

****************************************

BERKECIL HATI PUN BERDOSA?

Taskirah dari seorang sahabat..Peringatan untuk diri sendiri yg sering alpa

" Mengecilkan hati orang adalah berdosa, berkecil hati juga adalah berdosa, tetapi lebih besar dosanya jika kita berkecil hati" 

I'm so confused.

kenapa orang kecilkan hati kita, kita pulak berdosa?? Then I asked my dad what's that mean.

Ayah : Jika seseorang hina kita, die berdosa. Jika kita terasa hati dengan penghinaan dia, kita juga berdosa. Tetapi, dosa kita lebih besar dari dosa dia.
Anak : Uikk, tapi kenapa plakk? Kita tak buat apa2 pun kan?
Ayah : Kerana orang yang menghina kita itu adalah peringatan daripada Allah.
Anak : *Blurrr*
Ayah : Kenapa kita dihina oleh orang itu? Kerana itu adalah ujian daripada Allah. Kenapa Allah hadiahkan kita ujian itu? Kerana DIA nak mengingatkan diri kita yang dah leka dengan dunia. Bila kita berkecil hati dengan orang tersebut, bermakna kita tak redha dengan ujian Allah turunkan.
Kesimpulannya, kita bukan kecil hati dengan orang, tapi kecil hati dengan Allah.
Ayah : Lagi parah bila kita pun cerita pada kawan2 kita... 'Dia dah banyak buat macam ni, macam tu..' dan sebagainya. Dan kawan-kawan kita pula akan cerita pada kawan-kawan lain... 'Kesian kawan kita tu, orang tu dah banyak sakitkan hati dia..' jadi keredhaan kita terhadap ujian Allah tu akan lesap..
Anak : *termakan cili* 

So the conclusion is jangan mudah terasa hati.. Kalau kita terasa hati, maknanya kita tak redha dengan takdir Allah. Nanti Allah pun tak redha dengan kita...Na'uzubillah.
Adakalanya kita yg hanya insan ni lbih cepat terasa..sikit2 nk terasa asbab dari perbuatan orang pd kita..

Sedar x sedar, mereka yng hadir itupun dgn izin Allah. Allah nk uji kita...Allah nk tegur n beri peringatn pd kita...kalau nk ikutkn 'TERASA' mungkin Allah lg bnyk terasa dengan perilaku kita yg teruk..tp Allah masih nk bg peringatan pd kita supaya kita sedar n masih bg kita pelbagai nikmat...

No comments:

Post a Comment