AKHLAK MULIA

Membalas Kejahatan Dengan Kebaikan?

“Sesungguhnya rahmat Allah Swt amat dekat kepada orang-orang yang berbuat baik.”
(QS. Al-A’raf: 56)

Pada suatu hari Rasulullah saw bertamu ke rumah Abu Bakar Ash-Shidiq. Ketika sedang asyik berbicara tiba-tiba datang seorang Arab Badwi terus mencela Abu Bakar. Makian kotor serta umpatan-umpatan kasar keluar dari mulut orang itu. Namun, Abu Bakar tidak menghiraukannya. Malah beliau terus melanjutkan perbincangan dengan Rasulullah. Melihat hal ini, Rasulullah memberikan senyum terindahnya kepada Abu Bakar.

Merasa tidak berhasil dan tidak dipedulikan, orang Arab Badwi itu kembali memaki Abu Bakar. Kali ini, makian dan hinaannya lebih kasar. Namun, dengan keimanan yang kukuh serta kesabarannya, Abu Bakar masih  tidak menghiraukannya dan tetap membiarkan orang tersebut memaki. Rasulullah kembali memberikan senyum terindahnya.

Merasa makin tidak dipedulikan, maka semakin menjadi-jadi lah kemarahan orang Arab Badwi ini.

Untuk ketiga kalinya, ia mencerca Abu Bakar dengan makian yang lebih menyakitkan. Kali ini, selaku manusia biasa yg memiliki hawa nafsu, Abu Bakar tidak dapat menahan amarahnya. Dibalasnya makian orang Arab Badwi itu dengan makian pula.

Terjadilah perang mulut, seketika juga nama-nama satu isi kebun binatang keluar semua, dari mulai kucing sampai unta. Seketika itu juga, Rasulullah beranjak dari tempat duduknya dan langsung meninggalkan Abu Bakar tanpa mengucapkan salam.

Melihat hal ini, selaku tuan rumah, Abu Bakar sedar dengan kesalahannya dan terus berlari mengejar Rasulullah yg sudah sampai halaman rumah.

Kemudian, Abu Bakar berkata, “Wahai Rasulullah, jika aku berbuat kesalahan, mohon jelaskan dan maafkan kesalahanku. Jangan biarkan aku dalam kebingungan.”

Rasulullah lalu menjawab, “Sewaktu orang Arab Badui itu datang lalu mencelamu dan kamu tidak melayaninya, aku tersenyum kerana melihat banyak malaikat di sekelilingmu yang akan membelamu di hadapan Allah.”

Beliau melanjutkan, “Begitu juga keadaannya yang ke-dua kali ketika ia terus menghinamu dan kamu tetap membiarkannya, maka para malaikat semakin bertambah banyak jumlahnya di sisimu. Oleh sebab itu, aku semakin tersenyum.

Namun, ketika yang ke-tiga kali ia menghinamu dan kamu menanggapinya serta kamu membalas makiannya, maka seluruh malaikat pergi meninggalkanmu, dan hadirlah iblis di sisimu untuk semakin memanasimu. Oleh sebab itu, aku tidak ingin berdekatan dengannya, dan aku tidak memberikan salam kepada kamu.”

JADI, BILA ORANG MAKI KITA....KENA BERUSAHA UTK TERUS BERSABAR DAN DIAM SAHAJA. MOGA ALLAH MEMBALASNYA BAGI PIHAK KITA.

******************************************

APA KITA NAK BUAT BILA KENA MAKI?

Tanya lagi?,
“Confirm” la balas balik, kan? Habis tu, orang dah maki kita macam-macam, takkan nak diam aje..

Tapi macam mana ek situasinya pada zaman Rasulullah SAW?

Ini adalah kisah yang diriwayatkan oleh Rabiah al Aslami.

Pada suatu hari Rabiah al Aslami sedang berbicara dengan Saidina Abu Bakar. Sedang asyik berbicara, Saidina Abu Bakar  secara tidak sengaja telah mengeluarkan satu perkataan yang tidak digemari Rabiah.

Lalu Saidina Abu Bakar berasa bersalah dan menyesal atas ketelanjurannya dan berkata, “Rabiah, balaslah ucapanku tadi dengan yang setimpal agar menjadi qisas.”

Rabiah menjawab, “Aku tidak mahu lakukannya.”

Saidina Abu Bakar  mendesak, “Katakan atau aku akan adukan kamu kepada Rasulullah.”

Biarpun didesak, Rabiah tetap dengan pendiriannya untuk tidak membalas kata-kata Saidina Abu Bakar  tadi.

Orang ramai yang berada di situ turut mendesak agar Rabiah mengikut desakan Saidina Abu Bakar, namun Rabiah masih lagi enggan menurut perintah Saidina Abu Bakar .

Lalu, Saidina Abu Bakar pun berjumpa dengan Rasulullah saw dan mengadukan hal yang terjadi antara dia dan Rabiah.

Mendengar cerita Saidina Abu Bakar , Rasulullah kemudiannya bertanya kepada Rabiah hal yang terjadi. Rabiah menceritakan bahawa Saidina Abu Bakar  telah mengeluarkan perkataan yang dia tidak sukai dan meminta dia membalas kembali agar menjadi qisas, tetapi dia enggan.

Mendengar kedua-duanya, Rasulullah saw lantas bersabda, “Betul, jangan balas ucapannya. Tetapi katakanlah, "Semoga Allah Mengampunimu, Abu Bakar.”

Rabiah terus menuruti sabda Rasulullah dengan berkata, “Semoga Allah mengampunimu, Abu Bakar.”

Mendengar kata-kata Rabiah itu, Abu Bakar terus menangis.

Haa, kalau kena maki, macam tu la jawabnya. Bukan apa, takut-takut bila kita berbalas makian, dapat dosa percuma je tak semena-mena. Jangan biarkan nafsu membakar amarah. Sentiasa landaskan Islam dalam segenap perkara kehidupan, ternyata sangat cantik dan indahnya hidup kita.

Jadi, selepas ni, kalau kena maki, nak jawab apa?......“Semoga Allah Mengampunimu”.Pandaiiiiii... Hehe.

All the best ! Semoga kita sentiasa dalam rahmat Allah.

******************************************

Sifat orang yang BERAKHLAK:
1~Orang yang sentiasa cuba untuk mengembirakan orang lain
2~Orang yang bila dekat dengan kita, hati kita rasa tenang
3~Orang yang bila DIA tiada dengan kita, kita akan merinduinya
4~Orang yang sentiasa menyenangkan pasangannya
5~Orang yang manis tutur-katanya.

#Ustaz Kazim Elias#

******************************************

PERMUDAHKAN...JANGAN DISUKARKAN

Bismillahirrohmaanirrohim.

Setiap kali berdoa, berdoalah begini..
"Ya Allah, jika Kau berikan aku ujian, berikanlah juga kesabaran dan petunjuk...agar semakin bertambah takwa dan tawakkal ku padaMu"

Perasan tak...kadang2 kita rasa ada urusan kita yang Allah tidak permudahkan...senang kata...ada aje 'sangkaknya'...kita pun berkata pada diri :
"ya Allah, pasti ada silap dariku...ini pastinya satu teguran dariMu"

Mungkin dgn doa kita supaya diberi petunjuk atas setiap ujian, adakalanya Allah memberikan petunjuk itu menerusi tazkirah yang secara tidak sengaja kita dengar.

Kata ustaz menerusi kitab yang dibacanya, Nabi bercerita kepada para sahabat :
"Di akhirat nanti ada seorang ni Allah masukkan dia ke syurga. Maka ditanya oleh ahli syurga yang lain, "apakah amalan yang membuatkan kamu masuk ke syurga?"
Dia berkata, "aku tiada amalan yang istimewa..cuma dulu masa di dunia aku seorang peniaga...bila orang berhutang dan tidak mampu mnjelaskn hutang pd masa yg ditetapkan, aku beri dia tangguh sampai masa yg dia mampu byr. Bagi yg mudah membayar hutang pula, aku bg dia potongan harga..kalau ada org yg datang nk beli barang tp tiada wang, aku bagi saja secara percuma...aku sedayanya cuba mempermudahkan segalanya..."
Jadi kata Allah, jika begini sekali dia cuba memudahkan segala urusan orang lain, maka adalah tugasKu untuk memudahkan urusannya ke syurga"

MasyaAllah...betapa besar hikmah mempermudahkan urusan orang..pastinya segala urusan kita juga dipermudahkn Allah di dunia dan di akhirat.

Nah...sekarang kita lihat mcmna kita menguruskan kehidupan seharian kita....tanya diri :
"adakah aku sentiasa berusaha cuba memudahkan atau menyulitkan?"

Sebagai bos di tempat kerja, adakah kita terlalu berkira dgn anak2 buah kita? Semua benda nak kena ada hitam putih dari kita...kalau tersilap sikit terus marah...atau kita seorang bos yang murah dengan sifat tolak ansur? Muhasabah diri...Yang manakah kita?

Sebagai seorang isteri, adakah kita sering menyesakkan perasaan suami dengan kerenah kita? Serba serbi tak kena...semua nak kena ikut rules kita? Silap sikit merajuk? Maknanya kita tak berusaha untuk memudahkan urusan rumahtangga kita. Rumahtangga asyik panas saja dengan sikap kita yang menyulitkan.

Sebagai seorang sahabat, adakah kita seorang yang mudah memberi pertolongan tanpa diminta? Atau diminta baru tolong ? Atau tolong bila kita free, kalu tak free jangan harapla nak tolong...kita utamakan hal kita dulu...
Kalau free baru kita tolong, jangan declare diri kita sebagai seorang yang suka memudahkan urusan orang!

Kata ustaz, "seorang yang sikapnya suka memudahkan ini...setiap hari dia akan sentiasa mencari jalan untuk memudahkan urusan orang."

Dan ada juga di kalangan kita...kalau kawan susah, kita mudah aje nak tolong tp bila melibatkan keluarga sendiri, kita sukar-sukarkan.

Muhasabah...muhasabah...
muhasabah!

Pasti inilah puncanya adakala urusan kita Allah sulitkan...

Ya Allahhh...indahnya teguranMu...

P/s
Kata ustaz lagi...dalam apa saja hal, mudah2kanlahhh...jangan disusah susahkan...kita juga yang senang di akhirat nanti...

******************************************


No comments:

Post a Comment