Sampai khabar kepada Imam Ahmad bin Hanbali bahawa salah seorang muridnya selalu bangun malam dan mengkhatamkan al-Qur`an secara sempurna hingga terbit fajar. Kemudian dilanjutkan dengan sholat subuh.
Imam Ahmad (A) pun ingin mengajarkannya cara mentadabburi al-Qur`an.
Datanglah ia kepada muridnya itu, kemudian berkata: "Aku dengar kamu melakukan ini dan itu..?
Muridnya (M) menjawab: "Ya"
A: "Kalau begitu, cuba nanti malam kamu lakukan seperti yang kelmarin-kelmarin kamu lakukan, tapi saat membaca al-Qur`an, bayangkan kamu membacanya di hadapanku. Atau seakan-akan aku mengawasi bacaanmu.
Keesokan harinya, datanglah si murid, dan Imam Ahmad bertanya hasilnya. Si murid menjawab: "Aku hanya bisa membaca 10 juz saja"
A: "Coba nanti malam baca al-Qur`an seakan-akan kamu membacanya di hadapan Rasulullah SAW"
Keesokan harinya si murid datang lagi dan berkata: "Ya imam, aku hanya sanggup membaca juz 'amma saja"
A: "Nah sekarang, cobalah nanti malam kamu baca al-Qur`an seakan-akan di hadapan Allah 'Azza wa Jalla"
Si murid pun kaget disuruh seperti ini.
Keesokan harinya, si murid datang dengan mata bengkak akibat dari menangis.
Imam Ahmad pun bertanya: "Apa yg kamu lakukan anakku?"
Si murid menjawab sambil menangis: "Ya imam, demi Allah, sepanjang malam aku tidak bisa menyempurnakan bacaan surat al-Fatihah"
*****
Al-Qur`an adalah kalam Allah kepada kita.. Maka bacalah ia dengan hati, bukan hanya sekedar dengan lisan. Semoga ALLAH mengumpulkan
kita di hari kiamat kelak bersama golongan hamba-hamba-Nya yang senantiasa memuliakan Al-Qur'an. Aamiin.
Some time, LESS is MORE but If u are required to do MORE, dont stop..In each has its own blessings..
SubhaanAllah..
*******************************************************
TIPS RAJIN BACA QURAN
Tanya hati : Hidup aku untuk apa sebenarnya, mati aku nanti bagaimana?
Aku tatap al-quran pink atas meja, beberapa hari aku tinggalkan dia tanpa rasa bersalah.
Kalaulah dia boleh bercakap, mesti dia cakap “Bukan lama sangat untuk kau baca al-quran, kau ada 24 jam. Takkan 5 minit untuk 5 waktu solat pun kau tak nak baca aku?”. Astagfirullah.
Aku belek muka surat terakhir yang aku baca, muka surat yang patut di ‘highlight’ isi terjemahannya dengan warna-warni hanya penuh dengan tulisan hitam. Rasa malu dengan Allah.
Aku cari penyelesaian.
Aku baiki jadual harian aku, aku cari solusi bagaimana untuk aku lebih semangat baca al-quran, untuk jadikan al-quran sahabat aku, untuk jadikan al-quran pedoman di setiap hari aku.
Ini antara solusinya untuk rajinkan diriku baca al Quran:
Niatkan Dalam Hati
Niat dalam hati, aku baca al-quran agar Engkau lebih sayang aku ya Allah, agar hari-hari aku ini penuh dengan keceriaan.
Al-Quran Berwarna
Anda suka warna apa? Sekarang macam-macam jenis warna ada jual. Kalau suka pink, beli warna pink. Hehe..Sebelum beli tengok isi terjemahannya sekali. Pastikan tulisannya tidak terlalu kecil.
Fahamkan Isinya
Time baca al-quran, baca dan fahamkan terjemahannya sekali. Baru kita tahu makna tiap apa yang kita baca. Rugi kalau tak baca terjemahan, kalau kita ni orang Arab tak apa.
Setiap kata-kata dari al-quran tu cukup indah, lebih indah dari lirik lagu romantika de amor. Subhanallah!
Highlight isi-isi penting dalam al-quran tu.
Contoh, dalam surah al-fatihah,ayat 05 yang bermaksud,“Hanya kepada Engkau kami menyembah dan hanya kepada Engkaulah kami memohon pertolongan.”
Ayat ni boleh dijadikan zikir setiap hari.
Jadikan al-quran sebagai “PETI ADUAN”.
Bila kita gembira,bila kita sedih, bila kita rasa tak dihargai, bila rasa ingin dicintai, bila kita ingin bertaubat, bila kita ingin menambah iman kita, bila kita ingin masuk syurga.
Semuanya ada dalam al-quran. Bedah isinya,kita akan tahu betapa indahnya kurniaan Allah ini. Subhanallah!
Betapa al-quran itu pelengkap hidup kita.
********************************************************
Bagi yang dah boleh baca quran, cuba check hukum2 di bawah..
1. Ayat saktah (hentikan bacaan tanpa bernafas selama 2harakat)
2. Imalah (bacaan secara miring)
3. Isymam (bacaan dgn isyarat bibir)
4. Cara baca Qolqolah yg melantun. Bezakan Lantunan keras n lantunan lembut.
5. Perbezaan mad muttashil/munfashil/mad lazim
6. Hukum iqlam yg ditandai "mim kecil"
7. Cara baca huruf "nun" dan "min" yg bersabdu.
8. Cara baca idgham dan ikhfa
bg "baris dua tak selari"
9. Cara baca idzhar bagi "baris dua selari"
10. Cara bacaan bila bertemu "nun" yg perlu didengung.
Kalau semua hukum ini anda telah kuasai..alhamdulillah n tahniah. Amalkan bacaan alquran sentiasa..rumah yg sunyi tanpa bacaan al quran diibarat spt kuburan.
Bagi yang belum kuasai bacaan quran, silalah cari guru al Quran dengan segera.
Semoga hidup kita sentiasa di bawah rahmat Allah.
******************************************
KITAB FADILAT AMAL : HADIS 16
Hazrat Aisyah r.s berkata bahawa Rasulullah saw bersabda," Membaca Al Quran dalam solat adalah LEBIH AFDAL daripada membaca al Quran di luar solat. Membaca al Quran di luar solat LEBIH AFDAL daripada tasbih dan takbir (zikir memuji Allah swt). Tasbih adalah LEBIH AFDAL daripada sedekah. Sedekah adalah LEBIH AFDAL daripada puasa dan puasa adalah PENGHALANG API NERAKA".
Apabila puasa sunat yang dikatakan sebagai penghalang api neraka berada pada kedudukan terakhir dalam hadis ini, maka apatah lagi membaca Al Quran yang disebut berada pada kedudukan paling utama, pasti lebih hebat lagi.
Pengarang Kitab Ihya' Ulumuddin telah meriwayatkan daripada Hazrat Ali r.a bahawa :
# sesiapa yang membaca Al Quran ketika berdiri dalam solat akan mendapat 100 PAHALA bagi setiap huruf.
# Sesiapa yang membaca Al Quran dalam solat dalam keadaan duduk akan mendapat 50 PAHALA bagi setiap huruf.
# Sesiapa yang membaca Al Quran di luar solat dalam keadaan BERWUDUK akan mendapat 25 PAHALA.
# Sesiapa yang membaca Al Quran tanpa wuduk akan mendapat 10 PAHALA.
# Sesiapa yang tidak membaca tetapi MENDENGAR DENGAN PENUH PERHATIAN kepada bacaan orang lain pun mendapat pahala iaitu 1 PAHALA bagi setiap huruf.
Subhanallah, betapa Allah itu Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
******************************************
BACALAH SEKURANG KURANGNYA 50 AYAT
Bacaan al Quraan sehari semalam
Rasulullah saw bersabda:
Barangsiapa yang membaca 50 ayat dalam sehari semalam, maka ia tidak dicatat sebagai seorang yang lalai.
Barangsiapa yang membaca 100 ayat, maka ia dicatat sebagai orang yang qaniith (taat).
Barangsiapa yang membaca 200 ayat maka ia tidak akan dibantah oleh al Qur-aan pada hari kiamat.
Dan barang siapa yang membaca 500 ayat, maka dicatat baginya perbendaharaan harta berupa pahala.
So mari kita hitung :
1. Ayat kursi = 1 ayat
- setiap selesai solat [total 5x]
- pagi keluar rumah [1x]
- petang masuk rumah [1x]
- sebelum tidur malam [1x]
TOTAL 8
2. SELEPAS SOLAT 5 WAKTU
Al-ikhlash 1x
al-falaq 1X
an-Naas 1X
asy syarh 3x
[total 39 ayat X 5waktu=196]
- Sebelum tidur [15 ayat]
TOTAL 210
3. Malam
Surah as-Sajadah [30 ayat]
Surah al-Mulk [30 ayat]
TOTAL 60
4. Pagi
- Yasiin [83 AYAT]
-Al-Waqiah [96 ayat]
TOTAL 179
SELEPAS SOLAT ZUHUR
- Baca 25 ayat
SELEPAS SOLAT ASAR
- Baca 25 ayat
* atau if ada masa, blh baca terus 50 ayat lepas zuhur tu. Lps asar blh fokus pada zikir.
Total bacaan al Qur-aan kita sudah mencapai 507 ayat..semoga kita berdoa dpt kekal istiqomah sehingga kita dicatat memperolehi pembendaharaan harta berupa pahala..
****************************************
KHASIAT AL FATIHAH
Al-Fatihah adalah Pembuka Al-Kitab yang diturunkan dari Perbendaharaan di bawah Arasy dan ia merupakan ‘doa’ yang paling mustajab.
Nabi Muhammad SAW bersabda: “Seutama-utama Al-Quran adalah ‘Alhamdulillahi Rabbil Alamin.’ (Hadis riwayat Hakim dan Baihaqi)
Jika diwiridkan dengan khusyuk dan tawaduk, fadhilatnya adalah seperti khatam Al-Quran.
Rasulullah SAW bersabda: “Membaca sekali Al-Fatihah, pahalanya seperti membaca sepertiga Al-Quran.”
Rasulullah SAW juga bersabda: “Surah Al-Fatihah adalah untuk apa ia dimaksudkan dalam bacaannya.” Dan “Fatihah itu pembukaan maksud bagi orang-orang mukmin.”
Sesiapa membaca Fatihah di antara Solat Sunat Subuh dan Fardhu Subuh dengan Istiqomah, maka jika ia inginkan pangkat terkabullah ia dan kalau ia fakir maka akan kaya serta jika ia ada hutang maka akan mampu membayarnya dan kalau ia sakit maka akan sembuh serta kalau ia punya anak maka anaknya itu menjadi anak yang soleh, berkat surah Al-Fatihah.
KHASIAT AL FATIHAH
Al-Fatihah adalah Pembuka Al-Kitab yang diturunkan dari Perbendaharaan di bawah Arasy dan ia merupakan ‘doa’ yang paling mustajab.
Nabi Muhammad SAW bersabda: “Seutama-utama Al-Quran adalah ‘Alhamdulillahi Rabbil Alamin.’ (Hadis riwayat Hakim dan Baihaqi)
Jika diwiridkan dengan khusyuk dan tawaduk, fadhilatnya adalah seperti khatam Al-Quran.
Rasulullah SAW bersabda: “Membaca sekali Al-Fatihah, pahalanya seperti membaca sepertiga Al-Quran.”
Rasulullah SAW juga bersabda: “Surah Al-Fatihah adalah untuk apa ia dimaksudkan dalam bacaannya.” Dan “Fatihah itu pembukaan maksud bagi orang-orang mukmin.”
Sesiapa membaca Fatihah di antara Solat Sunat Subuh dan Fardhu Subuh dengan Istiqomah, maka jika ia inginkan pangkat terkabullah ia dan kalau ia fakir maka akan kaya serta jika ia ada hutang maka akan mampu membayarnya dan kalau ia sakit maka akan sembuh serta kalau ia punya anak maka anaknya itu menjadi anak yang soleh, berkat surah Al-Fatihah.
No comments:
Post a Comment