ZUHUD & MENCARI TENANG

APABILA KAMU DITAKDIRKAN KAYA..

Majoriti orang nak jadi kaya. Tapi adakah kamu sedar, apabila kamu ditakdirkan kaya maka di akhirat nanti Allah akan bertanya...

Dari mana datang kekayaanmu?
Ke mana ianya dibelanjakan?
Barang apa yang kamu beli?
Kenapa dibeli?
Perlukah dibeli?
Halal atau haram?
segalanya akan dipersoalkan..dari sekecil2 barang yang kamu belanjakan...pasti akan dihisap hingga tidak akan tertinggal satu apa pun.

Rasulullah saw bersabda:
"Wahai orang-orang fakir apakah aku tidak memberi khabar gembira kepadamu : sesungguhnya orang-orang mukmin yang fakir akan masuk syurga sebelum orang-orang mukmin kaya dengan jarak setengah hari akhirat, iaitu lima ratus tahun"

Ternyata suatu jarak masa yang cukup lama iaitu 500 tahun. Bayangkan penghuni syurga sudah menikmati aneka hidangan yang lazat-lazat, berbaring di tilam empuk sambil dilayan oleh para bidadari, sementara orang-orang kaya masih berdiri di padang mashyar untuk dihisab amalnya.

Pada dasarnya harta bukanlah sesuatu yang dicintai Allah. Bahkan harta yang banyak dapat merugikan dan membahayakan, kerana dapat menjadikan seseorang lalai dari mengingat Allah swt.

Kita dapat menyaksikan sendiri bahawa tanpa diuji dengan kemiskinan, sangat sedikit seseorang yang kembali kepada Allah swt.

Walau demikian, ada orang yang diberi taufik oleh Allah swt untuk menginfakkan hartanya di mana saja dan dalam keadaan apa saja, bagi mereka harta tidaklah membahayakan.Akan tetapi, Rasulullah saw sendiri bersabda bahawa orang seperti itu sangatlah sedikit.

Pada umumnya, jika terdapat banyak harta, maka juga akan banyak terjadi kefasikan, perbuatan dosa, dan kemaksiatan.

Dalam sebuah hadith disebutkan bahawa orang yang paling banyak hartanya di dunia, dialah orang yang paling sedikit hartanya di akhirat, kecuali orang yang mencarinya dengan jalan yang halal dan membelanjakannya begini dan begitu. (Kanzul-'Ummal).

Tidak salah untuk menjadi kaya, tapi jadilah orang kaya yang takutkan Allah.
InsyaAllah kamu akan senang di dunia dan senang di akhirat.

Tapi apabila kamu ditakdirkan kaya, adakah kamu yakin yang kamu akan menjadi SI KAYA YANG ZUHUD?

******************************************
PENAWAR JIWA GELISAH 👇

Suatu ketika seorang sahabat karib Rasulullah iaitu Ibnu Mas'ud didatangi seorang lelaki yang kelihatan dirundung duka nestapa . Lelaki ini berkata kepada Ibnu Mas'ud ,

 " Saudara , berikanlah kepada ku satu nasihat yang dapat aku jadikan penawar untuk jiwa ku yang gelisah ini . Akhir - akhir ini jiwaku tidak begitu tenteram , jiwa ku sentiasa gelisah , fikiran ku juga selalu kusut , makan ku tidak kenyang , tidur ku tidak lena . "

 Mendengar itu , Ibnu Mas'ud membalas ,

 " Sekiranya itulah penyakit yang menimpamu , hendaklah kamu bawa hatimu mengunjungi tiga tempat ini :

 PERTAMA , tempat orang membaca Al - Quran ;
 sama ada kamu membacanya atau kamu sekadar memndengar orang lain membaca ayat suci .

 KEDUA , majlis ilmu ;
 yang dapat mengingatkan kamu kepada Allah .

 KETIGA , carilah tempat dan waktu yang sesuai supaya kamu dapat beribadat kepada Alllah dengan khusyuk dan tulus ikhlas . "

 Demikian penawar hati gelisah ; kadangkala kita tidak tahu punca yang membawa hati resah . Tetapi sebenarnya itu kerana hati kita tidak diisi dengan sebaik - baiknya . Hati yang kosong , maka mudahlah syaitan masuk menyelinap .

 Firman Allah ,
 " Jika engkau dihasut oleh syaitan , maka mintalah pertolongan daripada Allah . Sesungguhnya Allah Maha Mendengar Lagi Maha Mengetahui . "
 ( Surah al - A'raf : 200 )

******************************************

AKU INGIN BAHAGIA

Cinta itu asalnya dari syurga. Jd mcmna kita nak bawa cinta yg ada ini ke tempat asalnya iaitu syurga.

Semua org ingin bahagia n insyaAllah kita dlm proses utk mencari bahagia. Tapi ramai yg tidak bahagia kerana tak tahu apa sebenarnya BAHAGIA dan jalan2 yang perlu diambil utk BAHAGIA.

Pastinya byk ujian utk capai KEBAHAGIAAN.
Orang tak dpt kebahagiaan kerana TIDAK MAHU berubaha utk bahagia.

Nak hidup tenang bahagia, hendklah kita mnjadi HAMBA ALLAH yg sebenar-benarnya. Kita dicipta utk mnyembah Allah...jika kita ikut, kita akan diberi ketenangan... Jika kita lari dpd tujuan asal kita dicipta, kita akn mnderita. Org yg derhaka kpd Allah, dia bkn sj lawan Allah tp jg lawan dirinya sendiri. Jika ada dlm satu masa kita rasa resah...itu tndanya ketika itu kita telah lari dpd ketaatan kpd Allah. Kerana kata nabi saw dosa itu adalah bila kamu merasa RESAH.

Jadi jgn jadi hamba Allah tanpa ada rasa kehambaan. Orang yg ada agama tp engkar, dia sengsara. Orang yg beragama pula akan TENANG.

Erti bahagia adalah TENANG. sape yg bahagia insyaAllah akn tenang wlp ditimpa ujian.

Bagaimana nak tenang?
Firman Allah , ketahuilah wahai manusia, dgn mengingati aku (berzikir), hati akan mnjdi tenang.

Ada org berzikir tp hati tak tenang. Kenapa? Ini kerana dia ada agama tp dia sebenarnya TIDAK BERIMAN. Dia hy ingat Allah masa dia susah saja. Org yg beriman bila dia ingat Allah, ketika itu dia akn terus mnjadi tenang.

******************************************

BILA?

"Ustaz, rumahtangga saya selalu tak tenang, saya dengan isteri kerap bergaduh, pasal hal yang kecil pun boleh bergaduh, kadang-kadang hal yang tak masuk akal, pun boleh bergaduh. Saya dah pening, saya dah jumpa ramai USTAZ, semua kata saya ADA SAKA, saya dah jumpa dengan ramai orang, untuk buang saka saya nie, dah buang sana sini, tapi rumahtangga macam tu juga, jiwa selalu tak tenang, degil betul ya saka saya nie ye ustaz? Ustaz boleh tolong buang tak saka saya?"

Soalan kepada kedua-dua mereka:

SUAMI
1) Bilakah kali terakhir mandi bersama?
2) Bilakah kali terakhir Solat Berjemaah bersama?
3) Bilakah kali terakhir Mengaji Al Quran bersama isteri?
4) Bilakah kali terakhir memeluk isteri dari belakang sewaktu isteri membuat kerja rumah?
5) Bilakah kali terakhir menyuap isteri makan?
6) Bilakah kali terakhir mengusap belakang isteri?
7) Bilakah kali terakhir memegang tangan isteri?
8) Bilakah kali terakhir mengucapkan I Miss You pada isteri?
9) Bilakah kali terakhir memberi hadiah kepada isteri?

ISTERI
1) Bilakah kali terakhir 'iron' baju suami tanpa diminta suami?
2) Bilakah kali terakhir mengurut kaki suami tanpa permintaannya?
3) Bilakah kali terakhir makan bekasan suami?
4) Bilakah kali terakhir memicit bahu suami tatkala suami sedang menonton televisyen?
5) Bilakah kali terakhir memohon maaf kepada suami walau tidak buat salah?
6) Bilakah kali terakhir memandang wajah dan.mata suami dengan senyuman manis?
7) Bilakah kali terakhir mengucapkan I Love You pada suami?
8) Bilakah kali terakhir menerima hadiah dari suami?
9) Bilakah kali terakhir meng'Aamiin'kan doa yang keluar dari mulut suami?

Kalian yang membaca boleh menilai persoalan tersebut kepada diri sendiri...

Ketahuilah bahawa, belaian dan usapan suami pada belikat dan ubun-ubun isteri dengan penuh kasih sayang walau sekejap, akan menghilangkan tekanan mereka selama mana sebelum belaian atau usapan itu dilakukan.

Fahamilah, urutan lembut pada kaki suami oleh isteri, biarpun sebentar saja, akan membuatkan suami hilang segala beban yang dipikul seharian bekerja.

Sebagai suami isteri, kedua-dua pihak perlu memahami psikologi serta jiwa masing-masing.

Kepada suami,
Ayuh cuba contohi cara Sayyiduna RasulULLAHi SallALLAHu Alaihi Wassalam menyantuni isteri-isteri Baginda Al Mustofa SallALLAHu Alaihi Wassalam.

Kepada isteri,
Cuba sebaik mungkin mencontohi akhlak Sayyiditina Khadijah Al Kubra dalam melayani Sayyiduna RasulULLAHi SallALLAHu Alaihi Wassalam. InsyaALLAH bahagia rumah tangga.

Jangan terlalu mengikat diri dengan perihal mistik sehingga terlepas pandang pada perkara yang lebih Realistik. - ustaz Wan Asrul Al Iydrus

*****************************************

USTAZAH NURHAFIZAH
"Dugaan Cinta Dlm Syurga Dunia"

Berkahwin mesti ada matlamat. Jangan terlalu menginginkan dunia. Dalam hati mesti selalu ada Allah, Rasul dan Hari Akhirat.

Surah al ahzab ayat 28, semua suami isteri kena hayati sb itu adalah tarbiah Allah secara langsung kpd nabi saw ttg apa yg sepatutnya ada dlm rumahtangga.

Melihat kekurangan pasangan itu sbnarnya tarbiah Allah pd kita supaya kita lebih membaiki diri. Allah nak kita berubah supaya lebih mendekatkan diri pd Allah swt, jd Allah uji kita dgn masalah rumahtangga.

Selama ini kita mungkin terlalu mencintai suami menyebabkn kita lalai utk mencintai Allah. Jika kita menyedari hal ini, kita akan bersyukur kepada Allah. Ketika ujian ini, Allah tunjuk keburukan manusia yg kita cintakan itu. Segala kerenah yg berlaku dlm rmhtangga sbnarnya itu menunjukkan kesempurnaan Allah. Allah yg sepatutnya kita cintai dgn sepenuh jiwa raga. Allah swt nak kita kembali padaNya.

Demikianlah apa yg berlaku pd Saidatina Aishah ketika difitnah. Ketika itu beliau amat berharap Rasulullah akn membelanya tetapi rupanya tidak kerana Rasulullah kata, tunggu saja firman dari Allah. Aishah sgt kecewa. Dengan perasaan yg sedih, Aishah meminta kebenaran pulang ke rumah bondanya. Tika berada di rmh bondanya, tika itu turunlah ayat Allah bagi membersihkan nama Aishah. Setelah namanya bersih, Bondanya menyuruh Aishah pulang n berterima kasih pd Rasulullah. Aishah kata dia patut memnjatkn syukur n terima kasih pd Allah bknnya pd suaminya kerana ujian itu sebenarnya Allah nk tarbiah dirinya supaya lebih mencintai Allah dan mnjadikan Allah sbg cinta yg utama berbanding yg lain.


******************************************


HATI YANG TENANG - tak rugi baca.

Tidak guna tinggal di rumah besar jika hati TIDAK TENANG
Tidak guna ada kereta mewah jika jika hati TIDAK TENANG
Ketenangan adalah nikmat yang Allah berikan yang lebih bernilai daripada kemewahan harta benda.

Sedar tak sedar, selepas solat kita selalu baca wirid ini :
Allahumma antassalam, waminkassalam, wa ilaikaya'uudussalam bermaksud : Wahai Allah, Engkaulah sumber kesejahteraan dan ketenangan dan daripada-Mu datangnya kesejahteraan dan ketenangan dan kepadaMU kembalinya kesejahteraan dan ketenangan.

Maknanya, kita mengakui bahawa tidak mungkin dalam hidup kita akan berlaku ketenangan kecuali jika kita bina hubungan yang intim, seintim-intimnya dengan Allah.

Kalau ada yang bertanya, perlu apa saya tenang ?
Jawapannya : Di saat nyawa kita berpisah daripada badan, kita akan mendengar seruan dari langit, "Wahai jiwa yang tenang, sekarang saat kamu kembali kepada Tuhan kamu dalam keadaan kamu redha dengan Allah,  Allah puashati dengan kamu..(surah al-fajr, ayat 27-28).

Kadang-kadang rasa tenang itu turun naik. Mungkin sekarang kita tenang, kemudian nanti kita stress, risau, marah. Ini bermakna jiwa kita tidak begitu stabil. Bagi mengatasi masalah ini, asasnya terlebih dahulu kita mesti memahami di mana letaknya ketenangan tersebut.

Bila di tanya, di mana letaknya ketenangan ? Pasti ramai menjawab...HATI.

Imam Ghazali r.h telah memperincikan tentang hati, iaitu dalam hati itu bukan hanya ada seketul hati tetapi ada lapisan-lapisannya.
1. Lapisan luar yang disebut : Sadr (dada semata-mata)
2. Lapisan dalam sedikit : Qalbun (hati yang luar)
3. Lapisan dalam sedikit : Fuad (hati yang dalam)
4. Lapisan paling dalam : Lubbun (inti kepada hati)
Di Lubbun ini lah letaknya TAUHID KEPADA ALLAH SUBHANAHUWATAALA.
Orang yang merasakan dirinya berilmu dan beriman tetapi gagal tenang tika ditimpa ujian barangkali tenangnya hanya separas dada sahaja.

Orang yang tenang adalah orang yang walau datang apa saja musibah, dia mampu menghadapinya dengan tenang kerana di lubbunnya iaitu akal kepada hati telah tertanam ketauhidan kepada Allah, keyakinan terhadap keEsaan Allah swt. Oleh itu, dalam kita mencari ilmu, dalam kita beramal soleh, biarlah tujuannya agar ia sampai ke inti hati, barulah kita boleh tenang di mana jua....dalam apa jua keadaan dan ujian yang melanda, dalam nikmat dan duka... kita tetap membawa jiwa yang tenang kerana kita merasakan kita sentiasa bersama dengan Allah swt.

TIPS MENCAPAI KETENANGAN

Ilmu Allah tersangat luas dan tidak pernah habis, di ruang yang terbatas ini akan dikongsikan sesuatu yang dirasakan amat praktikal untuk dilakukan demi mendapatkan LUBBUN yang TENANG.

PERTAMA
Setiap kali kita bangun pagi, hargailah dan syukurilah SATU PELUANG lagi yang Allah berikan dalam kehidupan kita ini. Ulama terkemuka Syeikh Muhammad Al Ghazali menukilkan bahawa, di saat Nabi Ibrahim melihat matahari naik, Nabi Ibrahim telah berdoa :
Ya Allah,
sesungguhnya inilah ciptaanMu yang baru.
Inilah hari yang baru,
Peluang yang baru untuk ku.
Maka bukakan ya Allah pada hari ini untuk aku
Agar aku mampu melakukan ketaatan
Tutuplah hari ini dengan keampunan dan keredhaanMu.
Kurniakanlah kepada ku hari ini dengan segala kebaikan yang kau terima daripada ku
Kau sucikanlah amalan-amalanku
Kau gandakan ganjarannya untukku
kalau aku melakukan kesalahan, ampunkanlah aku

Kata Syeikh Muhammad Al Ghazali, barangsiapa berdoa dengan doa ini, pada setiap hari....ini akan membawanya mensyukuri setiap detik kehidupan yang Allah berikan padanya.

KEDUA
setiap orang perlu istiqomah untuk melakukan PENJERNIHAN HATI. Istiqomah bermaksud proses penjernihan hati ini dilakukan sepanjang masa, setiap hari, sampailah kita bertemu dengan Allah swt.

Nabi saw pernah bersabda bahawa sesungguhnya pada semua perkara ada pencucinya termasuk hati dan pencuci hati adalah ZIKRULLAH.

Dengan melazimi zikir kepada Allah, kita sebenarnya sedang MENCUCI HATI. Hati itu mungkin dah kotor, dah hitam, dah busuk tapi dengan kita mengingati Allah, kita menjadikan hati kita cantik dan bersih. Bertepatan dengan firman Allah, : "Dengan mengingati Allah, hati menjadi tenang".

Ketika kita sedang tenang, ketika itu kita istiqomah melakukan penyucian jiwa dengan berzikir memuji Allah. Nanti pada waktu-waktu yang kritikal, bantuan Allah akan tiba bagi mengingatkan kita...sabarlah sikit...tenanglah sikit....ingatlah Allah. Bantuan Allah pasti akan datang masa kamu susah, masa kamu tua, masa kamu sakit bilamana kamu sentiasa berusaha untuk istiqomah mengingatkan Allah di waktu kamu senang.

KETIGA
Setiap perancangan hidup kita mesti bertepatan dengan apa yang diturunkan oleh Allah. Dari segi ibadah, akhlak dan segala aspek kehidupan. Kalau tiba-tiba kita rasa keluh resah serba tak kena, ingatlah itu merupakan 'signal' daripada Allah untuk kita muhasabah diri dan berkata,"Ya Allah, apa dosa yang telah aku buat?".

Bila kita kita lapar, perut bagi signal. Kini hati pula yang bagi signal dengan diberikan rasa runsing dan keluh kesah kerana hati nak bagi ingatan agar kita mencari ilmu yang mendekatkan diri kita kepada Allah.

KEEMPAT
Jauhi 5 perkara kerana 5 perkara ini kalau kita lakukan, kita akan hina di mata manusia, juga hina di mana Allah.
1> Menyerahkan hati dan hidup kepada syaitan seperti suka jumpa bomoh, putus asa dengan Allah, maka orang ini hidupnya akan resah selama-lamanya. hidupnya akan hina.

2> Mengikut Hawa nafsu. Hawa nafsu akan tolak kita ntuk penuhi segala hasrat. Tapi akhirnya kita akan merasa kecewa bila semua suruhan hawa nafsu kita dah buat tapi ketenangan itu seumpama semakin lari dari hidup kita (contoh kehidupan orang yang suka bermewah tetapi akhirnya rasa tetap tidak bahagia)

3> Tidak berbuat Ihsan iaitu tidak berbuat baik. Misalnya seorang isteri yang sentiasa bersenang lenang tanpa menyumbang kepada keluarganya. Anak2 tidak diasuh dengan kasih sayang yang sempurna, kebajikan suami tidak dijaga. Akhirnya dia dijauhi dan pastinya pada ketika itu dia akan dihantui rasa bersalah kerana tidak berkhidmat kepada keluarganya. Tiada ketenangan dalam hatinya.

4>Hilang keyakinan dengan Allah. Bila kita resah bermakna keyakinan pada Allah dah makin luput...bermakna kepercayaan dah makin merosot.

5>Bila kita menyukai apa yang ada di tangan makhluk melebihi daripada apa yang ada di sisi Allah. Sebab itu dalam hidup, kita mesti pimpin hati supaya mencintai apa yang ada di sisi Allah (syurga), bukannya menyayangi yang ada di sisi kita.

Proses penyucian hati ini adalah satu proses yang tak pernah akan habis sepanjang hidup kita dan insya Allah, Allah akan kurniakan kita hati yang bersih, supaya kita mampu tenang.

CIRI-CIRI ORANG TENANG DAN YAKIN
Surah Ibrahim ayat 24, Allah telah membuat perumpamaan iaitu orang-orang yang dalam jiwanya mempunyai kalimah tauhid, dia diumpamakan sebatang pokok. Pokok yang akarnya sangat teguh dalam perut bumi dan cabang pucuknya menjulang hingga ke langit. Bayangkan betapa pohon itu sangat subur. Penuh dengan buah-buahan yang masak ranum dan sentiasa gugur untuk orang lain nikmati buah tersebut.

Begitulah perumpamaan orang-orang yang benar-benar tenang hidupnya. Dengan kalimah Allah dalam jiwanya, dia hidup dengan menaungi orang lain. Orang lain boleh mengambil manfaat dengan apa yang ada dalam dirinya hasil daripada rasa tenang kerana tauhid yang dia miliki.

Sebagai seorang ibu, anak-anak kita merasa tenang dan bertuah kerana menjadi anak-anak kita. Sebagai seorang isteri, suami kita merasa bersyukur sekali dan merasa bertuah menjadi suami kita. Kerana orang yang tenang, lazimnya dijamin semestinya memberikan aura ketenangan kepada orang lain.

Sebenarnya, kita boleh nilai diri kita sendiri. Kalau dalam hati kita rasa resah gelisah, kalau dalam hati kita rasa serba tak kena, silakanlah ke rumah Allah iaitu MASJID, TEMPAT SUJUD. Jadi bila rasa serba tak kena, jangan muhasabah sendiri-sendiri, berikan masa pada diri untuk mengunjungi masjid. Jadi tetamu Allah dalam masjid. Solat hajat di sana, berdoalah dengan Allah di sana, " Wahai Allah, aku ni mencari ketenangan, aku tahu ketenangan daripada Engkau ya Allah. Berikanlah aku petunjuk ...apa langkah yang sepatutnya aku buat supaya aku ketenangan dunia dan dapat kekebahagian akhirat.".

Pastinya sebagai tetamu Allah, di Rumah Allah, kita akan diberikan apa yang kita minta kerana seawalnya kita akan merasai ketenangan ada di situ kerana kita tahu Allah sedang melihat langkah-langkah kita.

Hadis Nabi saw : Saat Allah mencintai seorang hamba, maka Allah akan mengisytiharkan nama kita di langit. Allah akan memanggil malaikat Jibrail : Wahai Jibrail, Aku mencintai hambaku ini maka cintailah dia!". Maka Jibrail pun mencintai dia, lalu Jibrail mengumumkannya kepada seluruh penduduk langit dan berkata :
"Wahai penduduk langit, sesungguhnya Allah mencintai orang ini, maka cintailah dia". Maka seluruh penduduk langit pun mencintainya. Kemudian orang itu pun dicintai oleh segenap makhluk Allah di muka bumi ini"

Bayangkanlah, bila nama kita sudah diisytiharkan di langit di sisi Allah, di sisi para malaikat, agak-agak tenang tak hidup kita ? PASTI, kita akan memperolehi KETENANGAN DI DUNIA DAN AKHIRAT.

Maka dalam hidup kita ini...jadikanlah satu matlamat agar NAMA KITA DIISYTIHAR OLEH ALLAH DI LANGIT SANA lantaran besarnya kasih sayang dan kecintaan Allah kepada kita. Wallahualam - Ustazah Norhafizah Musa.

******************************************


BISU YANG BERSUARA…

Kata orang, komunikasi tahap tinggi ialah "kemampuan kita mendengar sesuatu yang tidak diperdengarkan".

Komunikasi tanpa suara, begitulah istilah yang mungkin paling tepat untuk menamakan komunikasi jenis ini. Mendengar bukan sekadar dengan telinga, tetapi dengan mata dan hati. Berikan hubungan mata, jalinankan rasa hati. Itulah maksud mendengar yang hakiki. Jika tidak, kita masih dikira ‘tuli’ dalam perhubungan sesama suami-isteri.

“Dah berapa kali saya cakap baik-baik abang tak mahu dengar. Terpaksalah saya jerit macam ni. Kalau abang tak faham juga tak tahulah… saya bosan!”

Begitu luapan kekecewaan seorang isteri.

Kata-kata ini menunjukkan betapa manusia sering gagal ‘mendengar’ kata-kata pasangannya.

Termenung saya memikirkan. Sebagai suami, saya selalu mengharapkan isteri mendengar kata-kata yang saya luahkan tanpa suara. Namun, saya sedar, mana mungkin saya menerima tanpa terlebih dahulu memberi? Ertinya, setelah saya benar-benar ‘mendengar’, barulah saya didengari.

“Awak sedar tak banyak kemahuan saya yang awak gagal penuhi?” kata suami yang berang.

“Eh, awak kira kemahuan awak saja. Kemahuan saya? Dah berapa banyak awak penuhi? Saya tak dapat apa-apa dari perkahwinan ini!” balas isteri.

Mana lagi hubungan yang paling intim dalam kehidupan ini selain hubungan antara suami dengan isterinya? Apa kemahuan suami, harap-harap dipenuhi oleh isteri. Begitulah sebaliknya. Tetapi mampukah semua kemahuan ini dipenuhi? Silapnya, kebanyakan kemahuan itu dipendamkan sahaja. Tidak diperdengarkan. Jika pun diperdengarkan akhirnya, tetapi semua telah terlewat. Sudah jadi jeritan, bukan lagi bisikan.

Beringat-ingatlah, kita tidak mungkin menerima tanpa terlebih dahulu memberi. Justeru, marilah kita dengar dahulu apa suara hati isteri sebelum mereka mendengar suara hati kita. Saya takut, kalau-kalau kita tidak berusaha mendengar bisikan, nanti kita terpaksa mendengar jeritan. Jadi, sementara isteri masih sudi berbisik, marilah kita dengar bisikan itu. Takut-takut bila kita tuli dengan bisikan, dia terpaksa menjerit untuk memaksa kita mendengarnya. Jadi…

Dengarlah bila isteri berbisik, “bang, dengarlah suara hati saya… sampai bila hubungan kita akan renggang begini?”

Jika tidak kita akan mendengar jeritan:“Bang, muktamad ceraikan saya!”

Mungkin ini yang dimaksudkan dengan kata-kata: Kalau cinta luahkan, kalau benci berterus-terang. Ah, tidak semudah itu. Lebih-lebih lagi dalam hubungan suami isteri, justeru sering terjadi, orang yang paling berpotensi untuk kita benci ialah orang yang pernah paling kita sayangi. Nauzubillah! Perkahwinan itu bukan kuburan percintaan!

Suatu hari saya pernah bertanya, apakah yang diperlukan oleh isteri saya. Dia senyum. Diam. Saya jadi buntu. Niat hati, kalau dia berani menyuarakan, nanti saya tak segan-segan menyuarakan isi hati saya pula. Ini konsep, “ first seek to understand than to be understood”. Tapi sukarnya memahami hati wanita… Berbicara bukan melalui kata dan suara tetapi lebih pada lirikan mata dan lenggokan gaya. Bahasa tubuh, kata orang sekarang.

Lama saya tunggu, hari-demi hari, minggu demi minggu. Isteri masih tidak bersauara.

“Kenapa?”

“Tak kan tak tahu…”

Jawapan ‘tak kan tak tahu’ itu menyebabkan saya semakin tidak tahu.

‘Tak kan tak tahu’ menunjukkan jawapan itu ada. Dan jawapan itu terlalu dekat dan nyata. Tapi biasalah, sesuatu yang terlalu dekat biasanya sukar dilihat. Cuba kita rapatkan kedua-dua belah tangan ke mata, rapat dan lebih rapat lagi… akhirnya pandangan kita terhadapnya akan menjadi terlalu samar. Kita tidak akan nampak lagi. Ya, mungkin suara hati isteri terlalu dekat, maka kita menjadi semakin tuli untuk mendengarnya.

Isteri mula berbicara, “Kita membina hidup atau kehidupan?”

Saya kaget sebenar. Beza antara ‘life’ dan ‘living’ terlalu besar.

“Kedua-duanya,” jawab saya.

“Tapi mana yang lebih penting?”

“Kehidupan,” jawab saya pendek.

“Apa bezanya hidup dan kehidupan?” soalnya lagi.

“Kita hidup dengan makanan, pakaian, kenderaan dan tempat tinggal. Tapi kita membina kehidupan dengan kasih-sayang, cinta dan kemesraan.”

“Jadi, isteri teman hidup atau teman kehidupan?”

Saya panik. Terasa diperangkap.

“Err… teman hidup dalam kehidupan,” saya membetulkan.

“Tahu pun!” bidasnya pantas.

“Apa mahu isterimu?” Dia bertanya lagi.

“Kasih sayang, kemesraan, pembelaan, kemaafan, keadilan…”jawab saya.

“Itulah kehidupannya. Sebaliknya apa yang kamu berikan selama ini?”

Saya jadi serba-salah.

“Hanya makanan, pakaian, kenderaan, rumah, wang… Itu semua untuk hidup, bukan untuk kehidupan,” tingkahnya sinis.

Lantas saya bermonolog sendiri...
“Tapi saya juga inginkan itu semua darinya. Saya juga inginkan kehidupan bukan semata-mata hidup.”

“Ingat prinsip ini baik-baik: Kita hidup dengan apa yang kita dapat tetapi kita membina kehidupan dengan apa yang kita beri.”

“Maksudnya saya perlu memberi sebelum menerima?”

“Siapa yang tidak mengasihi tidak akan dikasihi. Itu hukum kasih-sayang. Untuk orang mencintai kita, kita dahulu mesti menyintai orang. Itu hukum kasih-sayang dan cinta. Ini rukun kehidupan.”

(Begitu dialog diri saya dengan diri sendiri)

Saya terus bermonolog…

Ah, sukarnya memenuhi kegala kemahuan kerana kita sentiasa dibatasi kemampuan. Mungkin kita mahu, tapi tidak mampu. Mungkin kita mampu, tetapi tidak mahu. Ini lebih sukar.

Ramai isteri yang tidak mahu memenuhi kemahuan suami dan begitu juga ramai suami yang tidak mahu memenuhi kemahuan isteri. Mahu bukan soal fizikal dan material tetapi soal fikiran, hati dan perasaan.

“Senyum bila berdepan dengan suami…” pesan para ulama untuk isteri.

Mampu?
Siapa yang tidak mampu kalau sekadar tersenyum. Tetapi berapa ramai isteri yang mampu tersenyum di depan suami.

“Peluk isteri sekurang-kurangnya 7 kali sehari tanpa dibauri keinginan seks. Maksudnya, semata-mata melahirkan kasih sayang,” kata pakar motivasi untuk suami.

Mampu?
Berapa banyak tenaga yang diperlukan untuk memeluk isteri wahai para suami?
Tak banyak, tetapi berapa ramai antara kita yang mahu melakukannya.

Al hasil, semuanya kembali kepada Allah. Kata ustaz, "dekatkan dirimu pada Allah, nescaya akan didekatkan dirimu dengan orang-orang yang engkau kasihi (keluarga pastinya)"

Jadi, jangan kemahuan kita yang didahulukan… dahulukan perintah Allah. Allah tetapkan ketaatan seorang isteri hanya untuk suaminya. Allah mahukan pembelaan seorang suami hanya untuk isteri. Itulah hakikatnya ‘kemahuan’ Allah yang sebenarnya kerana segala ‘kemahuan-Nya’ hanya untuk manfaat hamba-Nya. Allah Maha Kaya!

******************************************






No comments:

Post a Comment