Thursday, May 15, 2014

Lets fall in love again!

Bila rasa jauh dari Allah, kita kena belajar untuk cintakan DIA kembali.
Mesti ada somewhere somehow nikmat-Nya yang kita dustakan.
Mesti ada arahan-Nya yang kita lalaikan.
Mesti ada larangan-Nya yang kita tak patuh.

So, what are we gonna do?

Lets fall in love again!

Mari belajar untuk cintakan DIA.
Semalam dan hari ni tak sama.
Semalam kita rasa dah cintakan DIA, mungkin hari ni berkurang.
Jadi kena selalu,
selalu jatuh cinta berulang kali pada Allah.
Pada segala kebaikan dan kasih sayang-Nya yang membenarkan kita bernafas atas muka bumi ini.

Wednesday, May 7, 2014

BERJIWA HALUS

"Orang yang halus perasaannya, orang lain bersalah, dia yang rasa bersalah. Orang lain berdosa, dia yang rasa berdosa. Ada orang mati kelaparan, dia rasa bersalah. Apatah lagi kalau dia yang bersalah dan berdosa, tersiksa jiwanya sepanjang masa"

UMUR KITA

Umur kita ni ibarat seguni pasir dengan lubang kecil di bawahnya. Pasirnya akan jatuh sedikit demi sedikit hingga menjadi kosong. Ini bermakna, setiap kali kita menyambut hari kelahiran, kita sebenarnya juga kian menghampiri saat kematian, yang semua orang tidak akan berupaya untuk menolaknya. Subhanallah.

Orang2 soleh sangat berhati2 dalam memanfaatkan umur mereka. Mereka berkata," usia itu pendek, maka jangan dipendekkan lagi dengan kelalaian".

Setiap dari kita akan ditanya umurnya dihabiskan (sedarlah wahai diri!!!). Rasulullah saw telah bersabda yang maksudnya, "Tidak akan berganjak kedua kaki manusia pada hari Kiamat sampai selesai ditanya tentang 4 perkara, iaitu tentang umurnya, untuk apa ia dihabiskan, tentang masa mudanya untuk apa ia dipergunakan, tentang hartanya di mana ia memperolehi dan untuk apa ia dibelanjakan, dan tentang ilmunya apakah sudah diamalkan". (HR Tarmidzi)

SENTIASA BERKATA YANG BAIK-BAIK

Seorang anak kecil sedang bermain-main dengan tanah. Si ibu pula sedang menyediakan hidangan untuk tetamu si ayah. Juadah selesai dihidangkan menunggu tetamu yang akan tiba. Tiba-tiba si kecil itu menabur debu tanah ke atas hidangan yang tersedia.

Lalu si ibu berkata, “ Pergi kamu! Semoga Allah jadikan kamu imam kepada al-Haramayn”. Anak yang dimarahi ibunya itu sekarang sudah membesar menjadi Imam al-Haramayn iaitu Imam al-Sudaisi yang terkenal itu.~

Subhanallah! Kagumnya mendengar kisah tersebut. Begitu makbulnya ungkapan seorang ibu kepada anaknya walaupun dilafazkan dalam keadaan marah sebegitu.

Jabir r.a. melaporkan bahawa Rasullullah SAW berkata,(maksud hadis), “
Janganlah kamu mendoakan yang tidak baik untuk diri kamu, anak-anak kamu dan harta kamu kerana boleh jadi doa kamu itu bertepatan dengan waktu yang mana waktu itu doa dikabulkan sehingga apa yang kamu mohonkan juga dikabulkan.

Hadis direkod oleh Imam Muslim.

Sunday, May 4, 2014

MUHASABAH DIRI

Tragedi yang paling dahsyat dalam hidup seseorang adalah dia tidak kenal siapa penciptanya, siapa dirinya, apa tujuan hidupnya dan di manakah destinasi terakhir yang akan menjadi persinggahannya.

Orang yang halus perasaannya, orang lain bersalah, dia yang rasa bersalah. Orang lain berdosa, dia yang rasa berdosa. Ada orang mati kelaparan, dia rasa bersalah. Apatah lagi kalau dia yang bersalah dan berdosa, tersiksa jiwanya sepanjang masa.

Saturday, May 3, 2014

Jangan menilai siapa yang menegur mu tetapi lihat apa yang ditegurnya.... jika kebenaran terimalah, kerana itu hakikatnya daripada Allah. 

Seringkali Allah mendidik seorang manusia melalui manusia lain.

Ustaz Pahrol.

IKHLAS DALAM BERBICARA

"Ikhlas bukan bermaksud boleh sebut semua benda"

1. Kalau tgh marah, jangan keluarkan apa yg ada dalam hati. Pilih kata2 yg hendak dikeluarkan. Marah macam manapun jangan berkata sesuatu yang buruk. Ini yang nabi nak pada diri seorang mukmin.

2. Jangan bercerita AIB YANG TELAH ALLAH TUTUP.
Misalnya kita ada kisah silam, tapi kita telah bertaubat n berhijrah. Jadi kisah silam ini tidak perlu lagi kita sebut-sebut kerana keaiban itu telah pun Allah tutup.

 - ustaz muhammad Amin.

SYUKUR YANG SEBENAR

Seorang lelaki duduk kesedihan seorang diri,kemudian ditegur oleh seorang tua yang kebetulan lalu disitu

Orang Tua: Hai pemuda,mengapa engkau bersedih

Pemuda: Aku sedih kerana aku miskin,tidak mempunyai wang dan harta

Orang Tua: Aku seorang peniaga yang mmpunyai banyak harta,mahukah kamu jika aku berikan kamu wang sebanyak RM 1 juta,namun matamu kuambil sehingga kau menjadi buta?

Pemuda: Hah? tak mungkin..apa guna aku ada wang tetapi tak dapat melihat.

Orang Tua: Kalau begitu,mahukah kamu jika aku berikan RM 1juta kepadamu namun kemaluanmu kupotong?

Pemuda: Tidak sama sekali!aku lebih rela mati!

Orang tua: Hmm..Kalau begitu aku beri kamu RM 1 Juta tetapi engkau mesti memakan ubat ujikaji ini yang akan menjadikanmu bisu dan pekak

Pemuda: Engkau gila.tak guna aku ada wang sebanyak itu jika aku tak dapat mendengar dan bercakap.aku akan kesunyian

Orang Tua: Lihat,engkau ada harta bernilai lebih dari RM 3 juta yang dikurniakan oleh tuhanmu kepadamu,mengapakah engkau menangis dan bersedih kerana helaian helaian kertas(duit)? Engkau sangka duit yang banyak akan menyelamatkanmu di dalam kubur?

Friday, May 2, 2014

RAMAI KE ORANG YANG BERTAKWA?

Tazkirah Jumaat.

Dalam 100% ciptaan Allah,
πŸ‘‰90% adalah makhluk mati tanpa roh
πŸ‘‰10% makhluk hidup

Daripada 10 % makhluk hidup,
😱9% adalah malaikat
😱1% makhluk lain

Daripada 1% makhluk lain
😰0.9% haiwan n tumbuhan
😰0.1% manusia dan jin

Daripada 0.1%
😱0.09% jin
😱0.01% manusia

Daripada 0.01% manusia
😩0.001% sahaja yang benar-benar bertaqwa kepada Allah.

Nak bagitau betapa sikitnya orang-orang benar2 mengikuti syariat Allah.

Ya Allah, pilihlah kami dan jadikanlah kami di kalangan golongan yang sedikit ini.

ustaz aziz yahya.
Forum Islam kelantan fm.

BILA SYAITAN KETAWA DAN MENANGIS?

Dalam sebuah hadis dikatakan BAHAWA SYAITAN AKAN KETAWA apabila seseorang MENGUAP dengan mengeluarkan suara seperti; "euuuay" atau "hwaaaa"...

Abu Hurairah r.a. berkata, Rasulullah saw bersabda: "SESUNGGUHNYA ALLAH MENYUKAI BERSIN DAN MEMBENCI MENGUAP...Apabila seseorang bersin lalu mengucapkan al-hamdulillah, maka muslim yang mendengarnya perlu mendoakannya... Adapun MENGUAP datangnya dari syaitan, kerana itu tahanlah sedapat mungkin... Apabila ia menguap terus keluar suara "haaa", maka syaitan akan ketawa "(HR. Bukhari dan lainnya)...

SYAITAN AKAN MENANGIS, apabila seseorang membaca SURAH AS-SAJDAH dan ketika sampai pada ayat sajdahnya yakni ayat yang ke-15, ia melaksanakan Sujud Sajdah.

Hal ini sebagaimana dikatakan dalam sebuah hadith Rasulullah saw:" Apabila anak Adam membaca surat as-Sajdah kemudian dia sujud sajdah (ketika membaca ayat sajdahnya ayat ke-15), MAKA SYAITAN AKAN PERGI MENANGIS SAMBIL BERKATA: "ADUH CELAKA DAN SIALNYA NASIBKU" BANI ADAM DIPERINTAH SUJUD, maka kemudian dia sujud, maka baginya syurga, sedangkan aku ketika diperintah sujud aku menolak maka bagiku neraka.”.... (HR. Muslim)

DI MANA HATI KITA?

APAKAH KITA LEBIH BANYAK CENDERUNG KEPADA DUNIA, ATAU AKHIRAT

Bila orang tanya APAKAH MATLAMAT HIDUP KITA kita? Kita pasti akan jawab bahawa... KITA SEBENARNYA ingin MENDAPATKAN KEREDHAAN ALLAH, dan menuju ke Syurga Allah Subhanahu wataala.... TETAPI, CUBA PERIKSA DAN SEMAK DIRI KITA:

► Kita lebih gembira MENYAMBUT 1 JANUARI daripada 1 Muharram
► Kita lebih tahu apa itu 14 FEBRUARI daripada 12 Rabiulawal
► Kita lebih MEMBESARKAN HARI SABTU DAN AHAD daripada hari Jumaat
► Kita lebih KHUSYUK MENDENGAR LAGU daripada mendengar Alunan ayat2 Al Quran
► Kita lebih SUKA LEPAK, TIDUR, TENGOK TV dan DVD, daripada solat dan mengaji
► Kita lebih TAHU TENTANG ARTIS HIBURAN, AHLI SUKAN KITA, daripada nama2 Nabi
► Kita lebih SUKA MENYEBUT HELLO! DAN HI! daripada Assalamualaikum
► Kita lebih SUKA MENYANYI DARIPADA BERWIRID atau bertahmid
► Kita lebih SUKA MEMUJI MANUSIA daripada Tuhan kita sendiri
► Kita lebih SUKA MEMBACA MAJALAH HIBURAN daripada buku agama
► Kita lebih suka ke konsert, karaoke, pasar malam, daripada ke ceramah agama
► Kita lebih suka memaki, ngumpat orang daripada memuji mereka
► Kita lebih bangga dgn kejahilan kita drpd b'syukur dgn keimanan kita
► KESIMPULANNYA: Kita lebih cenderung kepada dunia daripada akhirat...

SEGERALAH PERBETULKAN AMAL PERBUATAN KITA, AGAR SELARI DENGAN MATLAMAT YANG KITA UCAPKAN.

KETAHUILAH... KITA SEBENARNYA SEDANG MENUJU KE AKHIRAT.


UMUR PANJANG?

MESKIPUN UMUR PANJANG

Adalah suatu hal yang aneh dan lucu sebenarnya, jika seseorang MERAYAKAN ULANGTAHUN UMURNYA DENGAN PENUH SUKACITA…. BERGEMBIRA DAN BERTEPUK TANGAN... Padahal sebenarnya yang terjadi ialah, UMURNYA SEMAKIN BERKURANGAN…. Bukankah yang patut mereka lakukan adalah MUHASABAH DIRI @ MEMERIKSA DIRI, atas hari-hari yang telah berlalu?

 Rasulullah s.a.w. menyebutkan bahawa, di akhirat nanti, manusia akan ditanya mengenai umur mereka… KE MANA DIHABISKAN, DAN UNTUK APA DIHABISKAN umur itu….. Kita pasti faham PURATA UMUR MANUSIA adalah (60 – 70) enam puluh hingga tujuh puluh tahun sahaja….

Ada sebuah riwayat yang mengatakan bahawa Nabi Nuh ‘alaihissalam, adalah nabi yang umurnya paling panjang… Suatu ketika, dia pernah ditanya: "Apa pendapatmu tentang dunia?" … Dia menjawab: "Dunia bagaikan rumah yang mempunyai dua pintu…. Saya masuk dari satu pintu dan kemudian keluar dari pintu yang satu lagi…."

Nabi Nuh ‘alaihissalam yang berumur panjang pun, menganggap hidupnya sesingkat itu, lalu bagaimana dengan orang yang KEBERKATAN umurnya sudah dicabut? Di hari akhirat nanti mereka hanya akan menyesal dan bersedih....

 Allah SWT berfirman: "Dan (ingatlah) akan hari di mana Allah mengumpul mereka, (mereka merasa di hari itu) seakan-akan mereka tidak pernah berdiam (di dunia) hanya sesaat sahaja di siang hari, di waktu itu mereka saling berkenalan." (surah Yunus, 10:45)

 Pada ayat lain disebut: Allah berfirman: "Allah bertanya: "Berapa tahunkah lamanya, kamu berada di bumi?..."Mereka menjawab: "Kami berada (di bumi) sehari atau setengah hari, maka tanyakanlah kepada orang-orang yang menghitung..." Allah berfirman:"Kamu tidak berada (di bumi) melainkan sebentar sahaja, kalau kamu sesungguhnya mengetahui."… (Surah Al-Mukminun, 23:112-114 )...

 Kerana pada hakikatnya umur itu sangatlah pendek, maka kita seharusnya memanfaatkannya secara optima dengan MELAKUKAN AMAL PERBUATAN YANG SOLEH YANG DI REDHAI ALLAH SWT

 Sesiapa mengetahui pentingnya waktu, maka dia sudah mengetahui erti penting kehidupan…. KERANA WAKTU ADALAH KEHIDUPAN ITU SENDIRI.

 Berapa banyak waktu yang hanya digunakan untuk BERSENDA GURAU dan bersantai, sehingga mereka banyak melupakan tugas utama, dan akhirnya akan menyesal ketika kematian dan ketika tibanya hari penghitungan amal perbuatan.

ISTIDRAJ

Aku Berdosa Tapi Aku Berjaya.

Kita tahu bahawa ILMU itu CAHAYA, dan cahaya ini tidak akan memasuki hati-hati yang gelap, tetapi kita lihat, kawan kita yang akhlaknya buruk, suka berpoya-poya, boleh berjaya pula, sedangkan kita terkial-kial untuk berjaya walaupun sudah berusaha. Kita tahu bahawa, siapa yang berbuat baik, taat kepada ALLAH akan dipermudahkan jalan kehidupannya, tetapi kita lihat, kawan kita ini tidak solat, tetapi bisnesnya menjadi, kita pula hidup dengan penuh cabaran dan dugaan.

Jangan merasa pelik, Inilah kurniaan Allah yang dinamakan ISTIDRAJ!!!

Rasullulah s. a. w. bersabda :”Apabila kamu melihat bahawa Allah Taala memberikan nikmat kepada hambanya yang selalu membuat maksiat (durhaka),ketahuilah bahawa orang itu telah diistidrajkan oleh Allah SWT.”
(Diriwayatkan oleh At-Tabrani, Ahmad dan Al-Baihaqi)

Fahamilah bahawa Istidraj itu adalah keadaan apabila ALLAH memberikan kejayaan, kekayaan, rezeki yang melimpah ruah agar manusia ini menjadi lebih jauh dariNya kerana ketika ini juga Allah buatkan ia lupa beristighfar dan lupa mengingati Allah.

Kenapa ALLAH menghukum manusia sebegini dengan istidraj ? Kenapa ALLAH tidak memberi hidayah saja dan menyedarkan mereka ?

Itu karena hidayah tidak akan diberikan kepada mereka yang menutup hatinya dan tidak bersedia menerima petunjuk ALLAH, bahkan mereka menjadikan kebaikan yang diajarkan ALLAH sebahai bahan untuk mengolok-olok.

Hidayah hanya bisa saja datang kepada seorang pendosa jika mereka ini berusaha untuk berubah dengab membuka pintu hatinya untuk menerima petunjuk-petunjuk ALLAH.

MUHASABAH DIRI
Sebenarnya, apakah yang akan timbul dalam hati kalian apabila kalian ini jenis yang melazimi dosa-dosa, melakukan maksiat, kemudian kalian berjaya di dalam peperiksaan atau perniagaan. Apakah  agaknya yang akan timbul dalam jiwa kalian?

Saya yakin, 99% akan merasa begini, “ Tengok, aku tak solat pun berjaya. Siapa kata kena solat untuk kejayaan?”

Apakah yang sebenarnya sedang terjadi kepada anda? Sedarlah....Anda sebenarnya telah diISTIDRAJ oleh Allah swt. Dan anda sebenarnya perlahan-lahan dalam proses untuk dibinasakan. Tak percaya? Nak bukti?

Sesungguhnya hal ini telah dinyatakan dalam al Quran :
* (QS. Al-An’am: 44)
“Tatkala mereka melupakan peringatan yang telah diberikan kepada mereka, Kami pun membukakan semua pintu-pintu kesenangan untuk mereka; sehingga apabila mereka bergembira dengan apa yang telah diberikan kepada mereka, Kami siksa mereka dengan sekonyong-konyong, maka ketika itu mereka terdiam berputus asa.”

* (QS. Al-Qalam: 44)
“Nanti Kami akan menghukum mereka dengan berangsur-angsur (ke arah kebinasaan) dari arah yang tidak mereka ketahui.”

Pastinya, semua tindakan maksiat yang Allah balas dengan nikmat, dan ketika itu Allah membuat dia lupa untuk beristighfar, sehingga dia semakin dekat dengan azab sedikit demi sedikit, selanjutnya Allah berikan semua hukumannya, itulah istidraj.

DAH TAKUT? Baca lagi...

MANUSIA ISTIDRAJ Adalah manusia yang lupa daratan. Walaupun berbuat maksiat, dia merasa Allah menyayanginya. Mereka memandang hina kepada orang yang beramal. “Dia tu siang malam ke masjid, basikal pun tak mampu beli, sedangkan aku ke kelab malam pun dengan kereta mewah. Tak payah beribadat pun, rezeki datang mencurah-curah. Kalau dia tu sikit ibadat tentu boleh kaya macam aku, katanya sombong.” Sebenarnya, kadang-kadang Allah memberikan nikmat yang banyak dengan tujuan untuk menghancurkannya.

Siapa Qarun?
Dia ini adalah seorang manusia yang teramat kaya. Ada sesetengah riwayat menyatakan Qarun ini sepupu kepada nabi Musa. Hartanya melimpah luah. Anak kunci gudang hartanya sahaja kena dibawa oleh 40 ekor unta.
Bila Nabi Musa cuba mengingatkannya berkenaan semua kekayaannya itu datang daripada ALLAH,  Qarun dengan angkuh menjawab,
“ Tidak, semua ini adalah hasil dari… ILMUKU"
Dia nyata semakin jauh dari ALLAH, walaupun kekayaannya menjadi, rezekinya melimpah ruah. Dia saban waktu memperlekehkan pengikut-pengikut nabi Musa yang terdiri dari orang miskin dan hamba. Apakah pengakhiran Qarun? Dia akhirnya ditenggelamkan ALLAH ke dalam bumi dengan seluruh hartanya. Kisah ini terdapat di dalam Al-Quran. Jadi kalau kita kaya, jangan sangka Allah sayang, Qarun lagi kaya, akhirnya binasa juga.

Siapa tak kenal Firaun?
Hebatnya Firaun ini, dia tidak pernah sakit, bersin pun tidak pernah kerana Allah berikannya nikmat kesihatan. Orang lain selalu sakit, tapi Firaun tidak, orang lain mati, namun dia masih belum mati-mati juga, sampai rasa angkuh dan besar diri lantas mengaku dirinya tuhan. Tapi dengan nikmat itulah Allah binasakan dia.

Ingat kisah Namrud yang cuba membakar Nabi Ibrahim? Betapa besar pangkat Namrud? Dia begitu sombong dengan Allah, akhirnya menemui ajalnya hanya disebabkan seekor nyamuk masuk ke dalam lubang hidungnya.

WAHAI ORANG BERIMAN
Maka jangan gusar bila tidak berjaya. Sesungguhnya kejayaan itu sebenarnya ujian, kekayaan juga ujian. Tersilap langkah, kejayaan dan kemewahan boleh menjerumuskan kita ke lembah kehinaan.

Hubungan keimanan anda dengan ALLAH itulah yang pertama sekali perlu anda perhatikan. Jika anda berjaya membina hubungan keimanan yang baik, insyaALLAH, datanglah badai apa sekalipun, anda akan mampu melaluinya.

Sebenarnya ALLAH suka menguji hamba-hambaNya yang beriman. Bila Allah merasakan darjat yang disediakan untuk hambanya itu tidak akan mampu dicapai dengan amalan soleh semata-mata, maka Allah berikan ujian agar hamba kesayangan Allah ini bersabar dan bersyukur tatkala menerima ujian dan seterusnya mencapai darjat tersebut kerana pahala sabar itu teramatlah BESAR!!!

Terdapat satu kisah yang saya suka baca ketika saya masih kecil.

KISAH DUA NELAYAN
Terdapat dua orang nelayan. Seorang penyembah berhala, dan seorang lagi muslim yang taat kepada ALLAH. Ketika menebar jala, yang menyembah berhala menyebut nama berhalanya, manakala yang muslim membaca bismillah. Bila jala diangkat, yang menyembah berhala mendapat banyak ikan, manakala yang muslim, hampir sahaja tiada ikan untuknya pada hari itu.

Malaikat yang melihat keadaan itu bertanya kepada ALLAH.
“ Ya ALLAH, apakah yang telah berlaku? HambaMu yang menyekutukanMu, KAU berikan dia rezeki yang banyak, sedangkan hambaMu yang menyebut namaMu, KAU tidak memberikan DIA apa-apa”

ALLAH menjawab,
“ Yang menyekutukanKu, tempatnya memang sudah pasti NERAKA. Maka apalah sangat rezeki yang pasti akan hancur itu jika Kuberikan kepadaNya?

Tetapi HambaKu yang beriman itu, AKU hendak mengganjarkannya SYURGA, maka AKU suka mengujinya untuk melihat kebenaran imanNya”

Nah, jangan anda kecewa bila diuji, tidak berjaya di dalam peperiksaan walau sudah study, gagal dalam perniagaan walau kemas menyusun strategi. Itu semua adalah sebahagian dari ujian ALLAH. ALLAH menguji hanya untuk mereka yang dikasihi.

Bukankah ALLAH SWT ada berfirman,
“ Apakah kamu mengira KAMI akan membiarkan kamu berkata kami beriman sedangkan kamu belum diuji?…”

Jika gagal terhadap satu-satu perkara, senyumlah...anda masih belum gagal dalam kehidupan. Teruskan usaha, selagi nyawa masih ada. InsyaALLAH ALLAH akan memberikan sesuatu yang bermakna kepada anda. Bersangka baiklah kita kepada PENCIPTA kita.

Maka sebenarnya, bila hidup kita digegarkan dengan masalah, hendaklah kita rasa bersyukur. Tandanya, ALLAH masih lagi dekat dengan kita. Ujian adalah tanda kasih sayang dan perhatianNya kepada kita.
Mustahil anda suka senang sebentar di dunia, di akhirat yang kekal abadi nanti anda merana. Anda mahukan istidraj?

Saya yakin tidak..

Anda tenang sekarang?

Anda wajib untuk tidak berasa tenang jika anda berbuat dosa, dan anda berjaya. Sebab itulah, muhasabah diri itu penting. Untuk kita sentiasa periksa bagaimanakah hubungan kita dengan ALLAH SWT.
Aku berdosa, tetapi aku berjaya…. Berhati-hatilah kita agar jangan sampai lafaz itu, atau lafaz-lafaz yang membawa maksud serupa itu terkeluar dari mulut kita.
Mari kita sama-sama duduk, dan bermuhasabah semula.

Sekiranya dirasakan bermanfaat, silakan like & share untuk peringatan bersama.

****************************************

ASAL KISAH SUBHANALLAH 33X, ALHAMDULILLAH 33X, ALLAHUAKBAR 33X DINAMAKAN ZIKIR FATIMAH

Kisah Puteri Rasulullah s.a.w. yang bernama Siti Fatimah r.ha. Gembira hatinya, gembiralah Rasulullah s.a.w.Tertitis air matanya, berdukalah baginda. Dialah satu-satunya puteri yang paling dikasihi oleh junjungan Rasul selepas kewafatan isterinya yang paling dicintai, Siti Khadijah. Itulah Siti Fatimah r.ha., wanita terkemuka di dunia dan penghuni syurga di akhirat.

Bersuamikan Sayyidina Ali bukanlah satu kebanggaan yang menjanjikan kekayaan harta. Ini adalah kerana Sayyidina Ali yang merupakan salah seorang daripada empat sahabat yang sangat rapat dengan Rasulullah s.a.w, merupakan kalangan sahabat yang sangat miskin berbanding dengan yang lain. Namun jauh di sanubari Rasulullah s.a.w. tersimpan perasaan kasih dan sayang yang sangat mendalam terhadapnya.

Rasulullah s.a.w. pernah bersabda kepadanya, “Fatimah lebih kucintai daripada engkau, namun dalam pandanganku engkau lebih mulia daripada dia.”
(Riwayat Abu Hurairah)

WANITA PILIHAN UNTUK LELALI PILIHAN

Fatimah mewarisi akhlak ibunya Siti Khadijah. Tidak pernah membebani dan menyakiti suami dengan kata-kata atau sikap. Sentiasa senyum menyambut kepulangan suami hingga hilang separuh masalah suaminya. Dengan mas kahwin hanya 400 dirham hasil jualan baju perang kepada Sayyidina Usman Ibnu Affan itulah dia memulakan penghidupan dengan wanita yang sangat dimuliakan Allah di dunia dan di Akhirat.

Bukan Sayyidina Ali tidak mahu menyediakan seorang pembantu untuk isterinya tetapi sememangnya beliau tidak mampu berbuat demikian. Meskipun beliau cukup tahu isterinya saban hari bertungkus-lumus menguruskan anak-anak,memasak, membasuh dan menggiling tepung, dan yang lebih memenatkan lagi bila terpaksa mengandar air berbatu-batu jauhnya sehingga kelihatan tanda di bahu kiri dan kanannya.

Suami mana yang tidak sayangkan isteri. Ada ketikanya bila Sayyidina Ali berada di rumah, beliau akan turut sama menyinsing lengan membantu Siti Fatimah menggiling tepung di dapur. “Terima kasih suamiku,” bisik Fatimah pada suaminya. Usaha sekecil itu, di celah-celah kesibukan sudah cukup berkesan dalam membelai perasaan seorang isteri.

Suatu hari, Rasulullah s.a.w. masuk ke rumah anaknya. Didapati puterinya yang berpakaian kasar itu sedang mengisar biji-biji gandum dalam linangan air mata.

Fatimah segera mengesat air matanya tatkala menyedari kehadiran ayahanda kesayangannya itu. Lalu ditanya oleh baginda,“Wahai buah hatiku, apakah yang engkau tangiskan itu?Semoga Allah menggembirakanmu”

Dalam nada sayu Fatimah berkata, “Wahai ayahanda, sesungguhnya anakmu ini terlalu penat kerana terpaksa mengisar gandum dan menguruskan segala urusan rumah seorang diri. Wahai ayahanda, kiranya tidak keberatan bolehkah ayahanda meminta suamiku menyediakan seorang pembantu untukku?”

Baginda tersenyum seraya bangun mendapatkan kisaran tepung itu. Dengan lafaz Bismillah, Baginda meletakkan segenggam gandum ke dalam kisaran itu. Dengan izin Allah, maka berpusinglah kisaran itu dengan sendirinya. Hati Fatimah sangat terhibur dan merasa sangat gembira dengan hadiah istimewa dari ayahandanya itu. Habis semua gandumnya dikisar dan batu kisar itu tidak akan berhenti selagi tidak ada arahan untuk berhenti,sehinggalah Rasulullah s.a.w. menghentikannya.

Berkata Rasulullah s.a.w. dengan kata-kata yang masyhur, “Wahai Fatimah, Gunung Uhud pernah ditawarkan kepadaku untuk menjadi emas, namun ayahanda memilih untuk keluarga kita kesenangan di akhirat.” Jelas, Baginda Rasul mahu mendidik puterinya bahawa kesusahan bukanlah penghalang untuk menjadi solehah.
Ayahanda yang penyayang terus merenung puterinya dengan pandangan kasih sayang, “Puteriku, mahukah engkau kuajarkan sesuatu yang lebih baik daripada apa yang kau pinta itu?”

Tentu sekali ya Rasulullah,” jawab Siti Fatimah kegirangan.

Rasulullah s.a.w. bersabda, “Jibril telah mengajarku beberapa kalimah. Setiap kali selesai sembahyang, hendaklah membaca ‘Subhanallah’ sepuluh kali, ‘Alhamdulillah’ sepuluh kali dan ‘Allahu Akbar’ sepuluh kali. Kemudian ketika hendak tidur baca ‘Subhanallah’, ‘Alhamdulillah’ dan ‘Allahu Akbar’ ini sebanyak tiga puluh tiga kali.”

Ternyata amalan itu telah memberi kesan kepada Siti Fatimah. Semua kerja rumah dapat dilaksanakan dengan mudah dan sempurna meskipun tanpa pembantu rumah.
Itulah hadiah istimewa dari Allah buat hamba-hamba yang hatinya sentiasa mengingatiNya.

Jadi, selepas solat dan sebelum tidur jangan tinggalkan Zikir Fatimah ni ye.







DUNIA BUKAN DI HATI

DUNIA HANYA DI TANGAN, BUKAN DI HATI

Hidup memang sebuah ujian, hanya orang-orang yang benar-benar teguh iman saja yang dapat melewati ujian ini dengan baik. Mereka adalah orang-orang yang tidak tertipu oleh kilauan nikmat dunia yang begitu menggoda.

Kita seharusnya memandang dunia dan isinya tak lebih dari sebuah permainan yang seringkali melalaikan, kita tidak seharusnya berbangga dengan harta kekayaan yang di miliki. Jika dalam diri telah tertanam sifat2 tersebut, maka kita bisa di sebut sebagai zuhud.

Zuhud merupakan sifat yang seharusnya di miliki oleh setiap orang yang mengaku dirinya sebagai mukmin.

Zuhud bukan bererti meninggalkan kenikmatan dunia sama sekali, bukan pula mengenakan pakaian-pakaian yang lusuh dan bukan bererti perlu kelihatan miskin. Sebenarnya, zuhud adalah kemampuan kita dalam menjaga hati dari godaan serta tipu daya kemewahan dunia tanpa meninggalkanya.

Seorang ulama di zaman tabi’in pernah berkata bahawa makna meninggalkan dunia yang sebenarnya adalah dari hati dan fikiran. Semakin kuat keimanan seseorang terhadap hari akhirat, maka semakin tenanglah ia memandang kehidupan. Sebaliknya, semakin lemah iman seseorang terhadap hari pembalasan, otomatik akan menjadikan ia  mudah tertipu oleh gemerlap keindahan yang ditawarkan oleh dunia.

Jika kita tidak mempunyai harta tetapi seringkali berangan diberi kemewahan.  Hal tersebut tidaklah boleh dikatakan sebagai zuhud, sebab INTI dari sifat tersebut adalah hati yang bersih dari kecondongan terhadap kesenangan duniawi. Tak salah mendoakan kekayaan jika kita juga tidak lupa mendoakan agar diberi kezuhudan hati dalam menguruskan kekayaan tersebut.

Bersyukur dengan kurniaan yang telah ditentukan jika kita bukan ditakdir kaya ria. Sesunguhnya Sang Khalid yang menciptakan kita lebih kenal diri kita lebih daripada kita mengenali diri kita sendiri.

PERMUDAHKAN...JANGAN DISUKARKAN

Bismillahirrohmaanirrohim.

Setiap kali berdoa, berdoalah begini..
"Ya Allah, jika Kau berikan aku ujian, berikanlah juga kesabaran dan petunjuk...agar semakin bertambah takwa dan tawakkal ku padaMu"

Perasan tak...kadang2 kita rasa ada urusan kita yang Allah tidak permudahkan...senang kata...ada aje 'sangkaknya'...kita pun berkata pada diri :
"ya Allah, pasti ada silap dariku...ini pastinya satu teguran dariMu"

Mungkin dgn doa kita supaya diberi petunjuk atas setiap ujian, adakalanya Allah memberikan petunjuk itu menerusi tazkirah yang secara tidak sengaja kita dengar.

Kata ustaz menerusi kitab yang dibacanya, Nabi bercerita kepada para sahabat :
"Di akhirat nanti ada seorang ni Allah masukkan dia ke syurga. Maka ditanya oleh ahli syurga yang lain, "apakah amalan yang membuatkan kamu masuk ke syurga?"
Dia berkata, "aku tiada amalan yang istimewa..cuma dulu masa di dunia aku seorang peniaga...bila orang berhutang dan tidak mampu mnjelaskn hutang pd masa yg ditetapkan, aku beri dia tangguh sampai masa yg dia mampu byr. Bagi yg mudah membayar hutang pula, aku bg dia potongan harga..kalau ada org yg datang nk beli barang tp tiada wang, aku bagi saja secara percuma...aku sedayanya cuba mempermudahkan segalanya..."
Jadi kata Allah, jika begini sekali dia cuba memudahkan segala urusan orang lain, maka adalah tugasKu untuk memudahkan urusannya ke syurga"

MasyaAllah...betapa besar hikmah mempermudahkan urusan orang..pastinya segala urusan kita juga dipermudahkn Allah di dunia dan di akhirat.

Nah...sekarang kita lihat mcmna kita menguruskan kehidupan seharian kita....tanya diri :
"adakah aku sentiasa berusaha cuba memudahkan atau menyulitkan?"

Sebagai bos di tempat kerja, adakah kita terlalu berkira dgn anak2 buah kita? Semua benda nak kena ada hitam putih dari kita...kalau tersilap sikit terus marah...atau kita seorang bos yang murah dengan sifat tolak ansur? Muhasabah diri...Yang manakah kita?

Sebagai seorang isteri, adakah kita sering menyesakkan perasaan suami dengan kerenah kita? Serba serbi tak kena...semua nak kena ikut rules kita? Silap sikit merajuk? Maknanya kita tak berusaha untuk memudahkan urusan rumahtangga kita. Rumahtangga asyik panas saja dengan sikap kita yang menyulitkan.

Sebagai seorang sahabat, adakah kita seorang yang mudah memberi pertolongan tanpa diminta? Atau diminta baru tolong ? Atau tolong bila kita free, kalu tak free jangan harapla nak tolong...kita utamakan hal kita dulu...
Kalau free baru kita tolong, jangan declare diri kita sebagai seorang yang suka memudahkan urusan orang!

Kata ustaz, "seorang yang sikapnya suka memudahkan ini...setiap hari dia akan sentiasa mencari jalan untuk memudahkan urusan orang."

Dan ada juga di kalangan kita...kalau kawan susah, kita mudah aje nak tolong tp bila melibatkan keluarga sendiri, kita sukar-sukarkan.

Muhasabah...muhasabah...
muhasabah!

Pasti inilah puncanya adakala urusan kita Allah sulitkan...

Ya Allahhh...indahnya teguranMu...

P/s
Kata ustaz lagi...dalam apa saja hal, mudah2kanlahhh...jangan disusah susahkan...kita juga yang senang di akhirat nanti...

BADAN BERCAHAYA

BADAN KITA SEBENARNYA BERCAHAYA?

BUKTI AL QURAN
"Allah (Pemberi) cahaya (kepada) langit dan bumi. Perumpamaan cahaya Allah, adalah seperti sebuah lubang yang tak tembus, yang di dalamnya ada pelita besar. Pelita itu di dalam kaca dan kaca itu seakan-akan bintang yang bercahaya seperti mutiara, yang dinyalakan dengan minyak dari pohon yang berkahnya iaitu pohon zaitun yang tumbuh tidak di sebelah timur dan tidak pula di sebelah baratnya yang minyaknya saja hampir-hampir menerangi, walaupun tidak disentuh api. Cahaya yang berlapis-lapis, Allah membimbing cahaya-Nya kepada sesiapa yang Dia kehendaki, dan Allah memperbuat perumpamaan-perumpamaan bagi manusia, dan Allah Maha Mengetahui segala sesuatu. (An Nur 35)

BUKTI HADITH
Dalam salah satu hadith yang diriwayatkan Al Bazzar dan Abdullah ibnu Amr ia pernah mendengar Rasulullah bersabda:” "Sesungguhnya Allah menciptakan makhluknya dalam kegelapan, lalu melemparkan kepadanya suatu cahaya dari cahayaNya. Maka barang siapa yang terkena cahaya itu, ia mendapat petunjuk, dan siapa yang luput darinya maka sesatlah ia”

Orang yang berada dalam kegelapan adalah orang yang jahil, bodoh, tidak berilmu, hidupnya terasa sempit,  kacau penuh carut marut dan berbagai kesulitan dan kesengsaraan.

Sebaliknya orang yang berada pada tempat yang terang adalah orang yang berilmu, hidup sejahtera, aman nyaman dan tenteram penuh dengan berkah dan rahmat Allah.

TANDA2 KITA MEMPUNYAI 'NUR ILAHI'
Orang beriman adalah orang yang berada dalam naungan cahaya Allah, wajah dan hatinya diliputi cahaya yang dapat dirasakan oleh orang di sekitarnya.
* Kata-katanya menenteramkan dan menyejukan hati sesiapa yang mendengar.
* Perilaku dan akhlaknya menyenangkan orang di sekitarnya.
* Di manapun ia berada selalu mendatangkan kedamaian dan ketenangan.

Orang yang peka dan terang hatinya dapat melihat cahaya yang terpancar dari wajah orang Mukmin ini.

TANDA2 JIKA TIADA 'NUR ILAHI'
Nur Ilahi tidak ada pada orang yang tidak beriman pada Allah. Mereka berada dalam kegelapan. Wajah dan hatinya diliputi kegelapan di atas kegelapan.
* Kata-katanya menyakitkan hati
* Perilaku dan akhlaknya menimbulkan keresahan orang di sekitarnya.
* Hidupnya penuh pembohongan
* sering melakukan kemaksiatan
* menyenangi keseronokan dunia
* Orang yang mengikutinya sering terjebak dengannya.

Orang yang peka dan terang hatinya dapat melihat kegelapan wajah orang ini.

AMALAN UNTUK MENDAPAT NUR ILAHI
Sifat-sifat orang beriman yang bermandikan dan berselimut cahaya itu ada disebutkan dalam surah An Nur ayat 36 iaitu :
1) mereka yang sentiasa mengingati Allah dengan ZIKIR pada waktu pagi dan petang.

2) Mereka tidak dilalaikan oleh perniagaan dan urusan dunia dalam berzikir mengingati Allah, mengerjakan solat, menunaikan zakat, dan mereka takut akan datangnya suatu hari yang hati dan penglihatan manusia bergoncang (kiamat).

JIN DAPAT MELIHAT CAHAYA ORANG MUKMIN
Cahaya yang memancar dari wajah dan tubuh orang beriman ini dapat dilihat oleh golongan Jin di dunia ini.  Jin fasik dan kafir tidak berani mendekati orang yang taat beribadah, mereka merasa panas berada dekatnya kerana cahaya yang memancar dari tubuh orang mukmin  ahli ibadah dapat membakar mereka.

Orang yang tidak beriman tidak memiliki cahaya seperti itu, mereka menjadi alat bagi tipu daya jin dan syaitan dalam kehidupan dunia ini. Allah juga menyebutkan hal  ini dalam surat an Nahl ayat 99 dan 100. Bahawa syaitan dan jin tidak punya kekuasaan dan kekuatan terhadap orang yang beriman dan bertawakal pada Allah.

Salah seorang sahabat yang paling ditakuti oleh golongan jin dan syaitan adalah Umar bin Khatab, dalam hadith yang diriwayatkan oleh Bukhari, Rasulullah bersabda pada Umar bin Khatab:  “Demi Dzat yang jiwaku berada di tangan-Nya, tidaklah syaitan bertemu denganmu  di suatu jalan melainkan ia akan mengambil jalan yang lain dari jalanmu.” (HR. Bukhari, no.3480).

Golongan Jin dan syaitan boleh mengenal orang mukmin dari jauh dari cahaya yang memancar dari wajah dan tubuhnya. Mereka selalu menghindar dari pertemuan dengan orang seperti ini.

CAHAYA ORANG MUKMIN DI PADANG MAHSYAR
Banyak ayat Qur’an yang menceritakan bahwa kelak di Hari Kebangkitan, orang beriman dikenal dengan cahaya yang mengiringinya di depan , belakang, kiri dan kanannya. Tubuhnya bermandikan cahaya. Jelasnya, Mereka dapat dikenal dengan mudah dari cahaya yang memancar di sekitar tubuhnya. Allah menyebutkan hal itu dalam surat al hadit ayat 12 :

"..pada hari ketika kamu melihat orang mukmin laki-laki dan perempuan, sedang cahaya mereka bersinar di hadapan dan di sebelah kanan mereka, (dikatakan kepada mereka): “Pada hari ini ada berita gembira untukmu, (yaitu) syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai, yang kamu kekal di dalamnya. Itulah keberuntungan yang besar.” ( Al Hadit 12 )

Dalam hadith yang diriwayatkan oleh imam Bukhari dan Muslim, Rasulullah mengajarkan kita untuk berdoa memohon cahaya pada Allah sebagai berikut:
 “Ya Allah ciptakanlah cahaya di hatiku, cahaya di lidahku, cahaya di pendengaranku, cahaya di penglihatan-ku, cahaya dari atasku, cahaya dari bawahku, cahaya di sebelah kananku, cahaya di sebelah kiriku, cahaya dari depanku, dan cahaya dari belakangku. Ciptakanlah cahaya dalam diriku, perbesarlah cahaya untukku, agungkanlah cahaya untukku, berilah cahaya untuk-ku, dan jadikanlah aku sebagai cahaya. Ya Allah, berilah cahaya kepadaku, ciptakan cahaya pada urat sarafku, cahaya dalam dagingku, cahaya dalam darahku, cahaya di rambutku, dan cahaya di kulitku”

(Hal ini semuanya disebutkan dalam Al-Bukhari 11/116 no.6316, dan Muslim 1/526, 529, 530, no. 763)

Demikianlah Allah memberikan cahayaNya pada orang yang beriman berupa Aura Nur Ilahi ketika hidup di dunia dan ketika berada di Padang Mahsyar kelak. Masya Allah.


MATA YANG MENANGIS

MATA YANG TAKUTKAN ALLAH

Rasulullah SAW telah bersabda,"Bahawa tidak akan masuk neraka orang menangis kerana takut kepada Allah SWT..."

Dalam sebuah kitab Daqa'iqul Akhbar menerangkan bahwa akan didatangkan seorang hamba pada hari kiamat nanti yang sangat berat timbangan kejahatannya dan telah diperintahkan untuk dimasukkan ke dalam neraka. Maka salah satu dari bulu matanya berkata,"Wahai Tuhanku, Rasul Engkau Nabi Muhammad SAW telah bersabda, barangsiapa yang menangis kerana takut kepada Allah SWT, maka Allah SWT mengharamkan matanya itu ke neraka dan sesungguhnya aku menangis kerana sangat takut kepada-Mu."

Akhirnya Allah SWT mengampuni hamba itu dan menyelamatkannya dari api neraka dengan berkat sehelai bulu mata yang pernah menangis kerana takut kepada Allah SWT. Malaikat Jibril AS mengumumkan, telah selamat Fulan bin Fulan sebab sehelai bulu mata."

Dalam sebuah kita lain, Bidayatul-Hidayah, diceritakan bahawa pada hari kiamat nanti, akan didatangkan neraka jahanam dengan mengeluarkan suaranya, suara nyala api yang sangat menakutkan, semua umat menjadi berlutut kerana terlalu takut.

Allah SWT berfirman, "Dan (pada hari itu) kamu lihat tiap-tiap umat berlutut. Tiap-tiap umat dipanggil untuk (melihat) buku catatan amalnya. Pada hari itu kamu diberi balasan terhadap apa yang telah kamu kerjakan." (Surah Al-Jazhiyah ayat 28).

Setelah mereka menghampiri neraka, mereka mendengar kegeraman api neraka dengan nyala apinya dan diterangkan dalam kitab tersebut bahwa suara nyala api neraka itu dapat didengar dari jarak 500 tahun perjalanan.

Pada waktu itu,  Nabi-Nabi yang lain akan berkata dengan ucapan," Diriku, diriku (selamatkanlah diriku Ya Allah)"... kecuali hanya seorang nabi saja yang berkata, "Umatku, umatku".

Beliau adalah junjungan besar kita Nabi Muhammad SAW. Pada masa itu akan keluarlah api neraka jahanam seperti gunung-gunung.
Umat Nabi Muhammad SAW berusaha menghalanginya dengan berkata," Wahai api! Demi hak orang-orang yang solat, demi hak orang-orang yang ahli sedekah, demi hak orang-orang yang khusyuk, demi hak orang-orang yang berpuasa, supaya engkau kembali."

Walaupun demikian, api neraka itu tetap tidak mau kembali, lalu malaikat Jibril AS berkata,
" Sesungguhnya api neraka itu menuju kepada umat Muhammad SAW."

Kemudian Jibril AS membawa semangkuk air dan Rasulullah SAW meraihnya. Berkata Jibril AS." Wahai Rasulullah, ambillah air ini dan siramkanlah kepadanya."

Lalu Baginda SAW mengambil dan menyiramkannya pada api itu, maka padamlah api itu.

Setelah itu Rasulullah SAW pun bertanya kepada Jibril AS." Wahai Jibril, Apakah air itu?" Maka Jibril berkata," Itulah air mata orang di kalangan umatmu yang menangis kerana takut kepada Allah SWT. Sekarang aku diperintahkan untuk memberikannya kepadamu agar engkau menyiramkan pada api itu." Maka padamlah api itu dengan izin Allah SWT.

Telah bersabda Rasulullah SAW," Ya Allah anugerahilah kepada kami dua buah mata yang menangis kerana takut kepada-Mu, sebelum tidak ditemunya air mata."